hilmirdadaud.blogspot.my

Faris dan Irfan

| On
March 09, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2-3 hari terbiar blog ni rasa macam tak best pulak. Pagi ni sebelum bersilat di dapur, sebelum mengadap mesin jahit ... baik Amy mengadap blog ni dulu.

Faris dan Irfan

Tak de idea nak up date apa, tetiba teringat benda ni kat pintu bilik Faris tu. Nanti diorang dah besar bila terbaca blog Amy ni mesti diorang gelak.

Faris share bilik dengan Nasiim. Irfan bilik lain. Irfan selalu masuk bilik Faris dan suka usik barang-barang Faris... bukan dia ambik tapi saja nak menyakat.

Faris pun selalu masuk bilik Irfan, maklumlah Irfan dah sekolah menengah jadi ada barang-barang yang menarik perhatian si Faris tu. Nanti ada aje barang yang dia nak pinjam. Selalu kena marah dengan Irfan.

Bila dah gaduh inilah jadinya.... siap tampal kat pintu lagi. Bila Irfan nak tampal Faris kata Irfan nak tiru dia. Amy dan en hubby jadi tukang dengar ajelah.

Faris dan Irfan

Bercinta betul nak mengadap kain langsir tu. Hari Selasa siap sekeping langsir aje. Semalam hanya dapat gunting 4 keping aje tak sempat nak jahit. Bila semua dah balik jangan haraplah boleh mengadap kain langsir tu lagi.

Tak sempat lagi nak buat BW. Jangan marah jangan kecil hati ye.... 
7 comments on "Faris dan Irfan"
  1. hahahhaha teringat masa kecik2 dulu pun penah bt gitu kak...

    dulu dana ngn makngah ddk bilik sekali, maktek ngn emak...
    kami mmg anti betul ngn maktek lah... sbb masa tu maktek ni anak manja abah heheheh
    siap tls kt pintu n ada gambar maktek di larang msk hahahha...

    tak sangka dh beso maktek ddk sekali ngn dana

    ReplyDelete
  2. hehe... pandainya, bila anak dh besar cam tu la kan nak ada privacy...

    ReplyDelete
  3. hehehe.. nmpk sgt da besar n matang ;-)

    ReplyDelete
  4. hehe. lucu je.. comel budak dua org ni.

    ReplyDelete
  5. Hehehe dulu zaman budak2 saya dengan adik2 memang ada buat nota camtu, siap bagi amaran lagi, "sapa ambik barang saya kena sumpah jadi katak.." kelakar pulak bila terkenangkannya..

    ReplyDelete
  6. hahahaha lawak pulak budak2 ni haih. confirm diorang ni gelak bila baca time besar nanti hehe.

    ReplyDelete
  7. kemahennn lagik memo si kecik tu ye.. hahaha.. pandai ngat dia..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)