hilmirdadaud.blogspot.my

Faris Demam.

| On
April 05, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah dua hari Faris tak ke sekolah. Selalunya demam sehari aje lepas tu dah boleh pergi sekolah tapi kali ni dah masuk dua hari dah. 
Pagi semalam kejutkan dia bangun pagi rasa badan panas sangat, bila cek 38.5 terus Amy bagi makan ubat. Nasib baik ubat sentiasa ada aje dalam peti tu.


Amy selalu risau bila diorang demam sebab diorang ni demam bukan sikit-sikit panasnya, paling rendah pun 38 tapi selalu lebih.

Bila makan ubat aje terus macam orang sihat ... start menyepahkan rumah tapi lepas 3-4 jam kemudian startlah panas balik, dia pun startlah tidur tak pun kejap-kejap mengadu sakit kepala lah, sakit tekak lah, bila nak jalan pusing-pusing lah.

Dulu masa anak-anak soleh Amy ni masih kecil, selalu diorang demam terutamanya si Irfan. Selang seminggu dia demam kadang-kadang sekali 3 demam, lepas tu Amy pun demam sekali... heheh.
Alhamdulillah... bila dah berumur 7 tahun ke atas dah semakin jarang diorang demam. Antibodi dah kuat kot.

Kononnya semalam Amy rancang nak ke Jaya Jusco beli barang sikit tapi tunda ke hari ni, nampaknya hari ni pun tangguh lagi.



6 comments on "Faris Demam."
  1. Alolo banyakkan rehat ye. Semoga cepat sembuh 😘

    ReplyDelete
  2. Lahai sian pulak.. moga cepat sembuh ye faris.. :)

    ReplyDelete
  3. semog faris diberi kesembuhan

    ReplyDelete
  4. agaknya musim skrg kot kejap panas kejap hujan...

    ReplyDelete
  5. Bila anak2 demam, memang kita akan susah hati kan Amy..
    semoga anak-anak amy diberikan kesihatan yang baik selalu..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)