Kanak-kanak dan Bayi - Resepi Minyak Bawang Putih Untuk Merawat Batuk Dan Selsema.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam sahabat FB ada kongsikan post dari FB Page Dr Hana tentang bayi mati selepas diberi ubat selsema. Mungkin ramai yang dah tahu tentang tentang ni tapi Amy sharekan jugak di sini, mungkin berguna untuk yang belum tahu. 






Ubat batuk dan ubat selsema tidak boleh diberi sebarangan kepada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun. Ubat yang ada kesan sampingan mengantuk itu akan menyebabkan kegagalan pernafasan.

Klik sini untuk tengok video beliau.


Minyak bawang putih bagus untuk merawat batuk dan selsema dikalangan kanak-kanak dan bayi. Kalau nak start batuk terus sapu minyak bawang putih ni tapi kalau dah bertambah teruk haruslah dibawa jumpa doktor.


Minyak Bawang Putih.

Bahan-Bahannya:
Minyak masak/minyak zaiton.
Bawang putih.

Caranya:
1. Bawang putih dicucuk pada garpu dan bakar atas api sehingga kehitaman.
2. Lenyek-lenyek sikit dalam bekas.
4. Masukkan minyak.
- Dah siap. 
- Bolehlah buat sapu dada dan belakang bayi.

Comments

  1. bagusnya tips ni kak.. smoga bermanfaat pada smua.. :)

    ReplyDelete
  2. Memang sokong! dulu masa budak2 ni kecik and selalu selsema..memang nany pun buat macam ni. Lagi satu guna kunyit. Ambil air die sapu atas batang hidung :)

    ReplyDelete
  3. kita yg dewasa ni pun boleh apply juga kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)