hilmirdadaud.blogspot.my

Pokok Peria Dan Kacang Botol.

| On
April 07, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap aje dah hari Jumaat kan, pantas betul masa berlalu.

pokok peria dan kacang botol

Hari rasa happy aje bila tengok anak pokok peria katak dah bertambah besar, benih yang lain pun dah start bercambah. Harap-harap dia akan terus membesar dan dapatlah Amy merasa hasilnya. Maklumlah nenek Amy kata tangan Amy panas. Tanam pokok cili tak sempat besar dah mati, bela pokok cili yang dah besar pun boleh mati jugak.

Pokok yang Amy paksa panjat kayu tu pokok kacang botol. Yang ni mak mertua Amy bagi dah besar macam tu.

Rumah atas langit ni manalah nak tanam pokok menjalar macam ni. Tak kan nak lilitkan dia kat besi balkoni tu, nanti mana pulak nak sidai kain, lagipun kat situ panas terik.

Pokok kacang botol tu asyiklah nak ketepi... nak kejar cahaya mataharilah tu, suruh panjat kayu tak mau.... meh aku lekatkan ko kat kayu tu, padan muka.
11 comments on "Pokok Peria Dan Kacang Botol."
  1. teringin gak nak menanam macam ni

    ReplyDelete
  2. Rajinnyeeeee amy bercucuk tanam.. Yang bagusnya tanam pokok yang mendatangkan hasil yang boleh dimakan.. Lea dok tanam pokok bunga jerk kat umah.. x leh makan..

    ReplyDelete
  3. best kalau dha dapat hasilkan :)
    saya pun rumah atas langit..huhu..husband beli pokok cili & pudina, tp macam panas sgtlah balkoni tu..dah kuning2 dah daun dia T_T

    ReplyDelete
  4. moga cpt membesar n dpt bg hasilnya....

    ReplyDelete
  5. Berbudi pada tanah ni bagus hehe nanti dapat makan hasilnya. silap2 boleh jual sekali hehe.

    ReplyDelete
  6. seronoknya bercucuk tanam sendiri :)

    ReplyDelete
  7. HAHAH! Amy..pokok Kacang Botol Amy tuh macam pokok daun kari Nany lah. Geram betul tengok..dia cari cahaya matahari jugakk..mengganggu mata ajer nengoknya..lepas tuh kena ikat kat batang penyapu yang dah tak guna . Sebab nak kasi straight. Pueh hati den!

    ReplyDelete
  8. Mungkin amy boleh try buat pancang kayu kat dalam pasu tu.. Buat macam puzzle tu.. supaya pokok tu boleh melilit.. Cadangan sahaja.. hehehe.. semoga tanaman Amy akan keluarkan hasil yang banyak..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)