hilmirdadaud.blogspot.my

Rumah Seri Pajam - Seminggu Kemudian.

| On
April 03, 2017
 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas Amy ada citer tentang salur air rumah Pajam yang tersumbat kan, semalam Amy pergi tengok lagi rumah tu. Dah seminggu mestilah diorang dah buat baiki salur yang tersumbat tu rupanya takkk(geram ni). 


En hubby dah call pihak maintanance minggu lepas beritahu tentang perkara ni, sepatutnya diorang dah ambil tindakan.

Beli Rumah Seri Pajam

Ingatkan mereka dah baiki sebab air yang menitis di ruang makan tu dah tapi bila Amy naik atas rupanya toilet tu masih lagi penuh dengan air. NI NAK BELA IKAN KE NAK BELA NYAMUK???.

Dah seminggu pihak maintainance Seri Pajam buat tak tahu aje. Boleh diorang biarkan aje. Ingat magic ke apa benda tu boleh baik sendiri. Ini bukan lagi tak puas hati tapi dah jadi sakit hati.

beli rumah seri pajam

Toilet bilik ke 3 pun sama jugak. Masih belum dibaiki. Toilet master bedroom pun sama. Masih belum ada pembaikan dilakukan + air paip pulak tak keluar. Entah apalah yang diorang dah buat.

beli rumah seri pajam

Plaster ceiling di laundry.


beli rumah seri pajam

Mereka ambik jalan mudah dengan tebuk lubang untuk air keluar. Ingat tebuk lubang tu boleh selesaikan masalah 'tersumbat' tu ke? Sesuka hati korang aje buat lubang sana buat lubang sini kan. 


Pihak Mantainance Seri Pajam - Dah tahu tentang perkara ni tapi masih boleh buat tak tahu. Tak ambil tahu ke pekerja korang buat kerja ke tak, masalah tu dah selesai ke belum. Kami hantar borang defect tu dah dekat 2 bulan.

Kalau macam ni bila nak siap daaa. Tak kanlah bila kami dah beli kami nak buat tak perduli. 
6 comments on " Rumah Seri Pajam - Seminggu Kemudian. "
  1. Ana pula yg geram dengan sikap maintenance ni. Selalu amik jln mudah. Bayaran nak on time je ye.

    ReplyDelete
  2. kite tgk pun geram kak... klu skit takpe lg... ni banyak kerosakan pastu aah2 senangn nya
    pakai tebuk2 gitu je yek

    ReplyDelete
  3. jemput sertai segmen saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Kenapa teruk sangat maintenance diorang ni.
    kita dah beli kot, agak-agak la. geram pula saya baca.
    especially part yang dia tebuk lubang tu.
    Harap dapat perhatian pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  5. buat kerja mcm lepas batuk ditepi tangga... eee geram plak sy baca!

    ReplyDelete
  6. Adoi.. Melampau betul maintanance nya..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)