hilmirdadaud.blogspot.my

Teaser Hari Sukan SKSBU 2017.

| On
April 13, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu ni hari Sukan Tahunan Sek Keb Seri Bintang Utara. Hari Selasa lepas cikgu bagi pada group whatsapp ibu bapa, tak sangka pulak sukan tahun ni ada teaser.



Gambar ajelah, video tak keluar pulak 😅


Yang ni keluar tajuk... heheh.
Konon-konon nak manjalah tu dengan abangnya. Sekejap aje baiknya tu tak sampai 1 minit dah start balik. Ada aje citernya nak gaduh.



Jadual peperiksaan pertengahan tahun dah keluar. Baru bulan 3 periksa ni dah periksa lagi sekali. Rasa sekejap aje dah tengah tahun kan.




rumah seri pajam

Citer Rumah Pajam pulak. 

Amy dah malas dah nak citer benda yang sama. Rasa bosan dan menyampah. Pembaca pun dah malas nak baca kannn.

Hari Sabtu lepas kami ke sana lagi. Cerita toilet (bilik 2) yang boleh buat kolam bela ikan tu masih sama lagi. En hubby test sekali lagi toilet yang satu (bilik 3) lagi sebab masa kami sampai tu toilet tu dah kering. Mana tau kot dah repair. Rupanya tak pun. Air tu kering sendiri. 

Yang paling sakit hati, nak guna toilet yang lain tak boleh. Semua toilet yang dekat bawah kena kunci air. Puas siasat tak jumpa kat mana dia kunci, en hubby kata agaknya dia kunci kat bumbung. Nak sembahyang pun tak boleh. 

Sakit hati betul tak kan nak pergi cari tanda awam kot.
5 comments on "Teaser Hari Sukan SKSBU 2017."
  1. Ohhhh sekolah Bintang Utara ke hehehe. Kawan saya punya mak guru besar dekat situ and anaknya pun bakal guru juga. Good luck untuk anak-anak akak.

    ReplyDelete
  2. anak kalau dua-dua lelaki memang kuat gaduh punya

    perkara biasa tu..

    ReplyDelete
  3. bln 4 ni boleh dikatakan hmpr seluruh sekolah dalam malysia ni buat sukan... mggu lps sek anak sedara sy...

    ReplyDelete
  4. Adik beradik kan. Cepat gaduh, cepat juga baik, pastu gaduh balik. Hihi

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)