hilmirdadaud.blogspot.my

Wadai Kiping Durian...

| On
June 14, 2017
 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ramadan tahun ni Amy masak yang simple-simple aje untuk berbuka puasa. Rasa tak de mood nak memasak, tu yang tak de post  resepi bulan ramadan... heheh.

resepi wadai kiping

Dah 3 minggu nenek Amy berada di sini jadi adalah yang menolong Amy di dapur.


wadai kiping durian

 Minggu lepas kebetulan ada lebihan pengat durian jadi nenek buatkan wadai kiping durian. Senang sangat nak membuatnya. Nenek Amy kata ni ala puteri mandi cuma kuah dia aje berbeza sikit.

Tepung pulut dan sedikit air sahaja. Kalau nak letak garam sikit pun boleh. Gentil-gentil pastu masukkan dalam air mendidih(sikit) bila dah timbul masuk aje terus dalam pengat durian. Dah siap. Senang kan.

wadai kiping durian

Bertambah-tambah si Irfan tu makan. Dia kata rasa macam kuih mochi.
5 comments on "Wadai Kiping Durian..."
  1. sedap jgk tuh kan kak... rajin betul nenek akak mengentel tuh

    ReplyDelete
  2. ada yang menolong, makin rajin nak masak macam-macam kan.nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. nampak sdap ni. tp busyra tak makan durian.. hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya!! Asal durian, dah tahu sedap. Hehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)