Terlupa Anniversary Yang Ke 15

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam masa berborak dengan En Hubby kat whatapp tetiba en Hubby teringat yang kami dah terlepas tarikh anniversary perkahwinan kami yang ke 15. Amy memang tak teringat langsung dah 9 hari terlepas dan tak perasan notification kat tipun tu off pulak.

Anniversary 15

5 Julai 2017 genaplah 15 tahun perkahwinan kami. 

Ceritanya bermula dengan.... 

Masa tu Amy tinggal dengan mak ngah Amy di Melaka, satu petang dia call Amy (masa tu dia kat luar dan Amy pun tak ingat sangat ayat dia) dan tanya nak kenal tak dengan seseorang dan latar belakangnya pun ok. Amy pun katalah tak nak dan lepas tu Amy lupakan. Sapa nak perkawinan yang diaturkan kan bukan zaman dulu-dulu.

Tak lama lepas tu mak ngah Amy ajak gi rumah kawan dia (busu Zai), masa tu en hubby dan family dia semuanya ada kat sana. Busu Zai buat makan-makan tapi yang peliknya hanya keluarga dia dan Amy berdua dengan mak ngah. Selang sehari dua mak ngah Amy pulak buat makan-makan dan family en hubby pun dijemput sekali.  Sebelum balik Buzu Zai minta Kami bertukar no tipun. Dekat seminggu baru en hubby call, tak kan Amy nak call dulu kan... heheh. 

Anniversary 15


Kami berjumpa adalah 2-3 kali sebelum en hubby naik kapal dan en hubby turun kapal kami pun bernikah. Kenal bulan Januari bulan Julai kami bernikah. Tak sempat nak bercintan cintun. Cinta selepas kawin aje... 😍. Tak pergi honeymoon pun sebab en hubby dah kena keje lepas tu jadi Amy ikutlah dia pergi kerja. Honeymoon atas kapal kalau kapal cruise oklah jugak tapi ni kapal LNG tapi bila kapal masuk yard di Yokohama 3 bulan merasa jugaklah berjalan kat sana.

Anniversary 15

Alhamdulillah, perkahwinan kami bahagia sehingga kini dan dikurniakan 3 orang putera yang handsome... 😁. Amer Irfan Hakim 14 tahun, Ameer Faris Iman 11 tahun dan Ameer Nasiim Nasiim Naim 9 tahun.
Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan bahagia hingga ke Jannah. Dipanjangkan umur kami agar dapat membesarkan anak-anak dengan baik. Aamin.


Comments

  1. nsb dua2 terlupa... tp akak lg teruk lupa nya hehehhe...

    sweet2 perkenalan akka

    ReplyDelete
  2. happy anniversary kak.. smoga kekal sampai ke syurgaNYA.. aminnn.. suwett gmbar akak ngn suami yg first tuu <3

    ReplyDelete
  3. bercinta lepas kawin ye.. semoga bahagia hingga ke jannah ye amy.. dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. happy anniversary..anniversary saya 3 July :)

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary Sis.. Semoga jodoh sis dan suami kekal bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  6. tahniahhhh semoga berbahagia hgga ke syurga aminnnn....

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)