hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Buka tutup buka tutup peti ais tu last-last keluarkan ikan. Bila dah keluarkan ikan kenalah fikir nak masak apa ... kadang-kadang rasa tak tau dah nak masak apa. Akhirnya goreng ajelah.


Tak kanlah ikan goreng aje kan. Kat rumah ni yang makan sayur Amy dan En Hubby, anak-anak ambik kuahnya aje. Jadi Amy buatkan sambal kicap dan ulam timun.

Amy ada simpan resepi sambal kicap sos tiram Bonda Rozita jadi masa ni lah nak try. 

Senang aje resepinya... semuanya main campak ikut selera masing-masing yang penting kena ada :

cili api
bawang putih
sos tiram
cuka
kicap

Nak lebih detail bolehlah tengok kat SINI.

Anak-anak dan En Hubby kata sedap sambal kicap ni. Irfan yang tak suka sambal kicap pun boleh makan bertambah-tambah. Lebih sos kicap ni Amy simpan dalam botol kecik, lain kali nak makan terus tuang aje.


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dekat 8 tahun balik-balik tengok ghupa yang sama aje bosan pulak. Semalam, balik aje dari dating dengan En Hubby tu cari idea kat Pinterest untuk menyerikan sikit ruang dobi tu.


Nak cat tu tak delah dalam masa terdekat ni ... bila umur dah bertambah ni dah semakin kurang semagat nak mengecat. Lap-lap sikit dinding tu bagi hilang habuk aje, heheh.



Langsir tu rasanya tak sesuai dengan ruang ni tapi kalau nak tunggu Amy jahit ... emmmm entah bilalah tu.


Amy guna kertas A4 tu dan lekat guna Patafix tu aje. Tak kuasa nak menambah lubang kat dinding tu. Jam tu pun Amy lekatkan jugak, mesti tunggu masa nak jatuhlah tu.




Nak nampak simple aje tapi rasa masih ada yang kurang.

Sebelum ni ruang belakang ni Amy letak drawer, tv dan kerusi. Memandangkan tv tu pun dah terbakar dan barang semakin banyak jadi bahagian yang bertentangan dengan mesin basuh ni dah jadi macam stor.

Buat masa ni bahagian dobi ni aje dulu. 

Tapi kan ... tapi, Amy tetap rasa tak puas hati dengan kaler cat tu, macam nak buat tema black n white aje kat situ. oiii... cat bertentangan kaler pink, black n white bendanya.



Kerja yang tak pernah habis ... 
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dah 3 hari berturut-turut naik MRT tapi hari ni first time naik MRT dari Maluri ke Stadium Kajang. Hari ni Amy jumpa lawyer kat sana berkenaan rumah Semenyih tu. Jemu pulak dah tetiap ari naik train ni. 


Tak sangka lengang sungguh dalam train tu. Masa ni pukul 9:50 pagi, yelahkan waktu macam ni orang semua nak menghala ke KL kita pulak terbalik mana tak lengang.


Inilah salah sorang penumpang yang ada dalam train tu. Bukan senang Amy nak berselfie ni tau kena tengok kiri kanan dulu pastu kena nampak kurus sikit... pastu...pastu heheh. Mengada. Kalau suruh En hubby yang ambikkan gambar memang dia tak layan.

Hambik Amy pakai tudung kaler tu hari ni ... saje pakai tudung kaler Mango ni, biar senang lawyer tu nampak. Kalau tak nampak jugak aku tak tau lah.



Sampai aje Stesen Stadium Kajang terus nampak Medan Satey. Seberang jalan aje .... jadi haruslah menyinggah.

Kaunter buka pukul 10:30 tapi belum lagi 10:30 dah beratur panjang. 


Sekejap aje jumpa lawyer tu, opis dia dekat-dekat situ aje. Senang aje dia nampak Amy dalam 2 barisan yang panjang tu. 

Amy bungkus aje satey tu ... balik rumah tinggal makan aje tak payah masak dah. 



Masa Amy sampai tak de pulak ramai-ramai ni.


Nasib baik Amy dah lepas masa ni. Diorang menyanyi lagi Merdeka kat situ sampai susah orang nak lalu.


Kumpulan ni nyanyi macam-macam lagu kat sini termasuklah lagu merdeka tu tadi.


Stesen selepas Maluri ke Kajang semuanya atas langit, Maluri aje dalam tanah.



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sekejap aje gi dating ngan En Hubby, azan Zohor tadi Amy dah sampai rumah. Yelah hari bekerjakan jadi dia kenalah keluar dan masuk ikut 'time', waktu balik aje dia tetiap hari terlebih 'time'.


Alhamdulillah rezeki dapat coklat Dairy Milk.
Keluar dari Stesen Pasar Seni dapat satu coklat ingatkan nak makan tapi teringat pulak anak-anak soleh tu jadi masa balik Amy buat muka tak malu minta lagi satu ... heheh. 

Bila diorang balik nanti bolehlah patah 2, dapatlah sorang setengah kerat. Ayah dia tak payah sebab tadi dia pun dapat satu ... mesti dia dah abiskan kat opis lah tu 😏.


Tengah menunggu train kat Maluri. 
Masa ni stesen tu lenggan jadi bolehlah nak berselfie ke apa ke. Bila tengok diri sendiri kat cermin tu terus dalam hati 'bilalah nak kurus ni' tapi bila mengadap makan tak teringat pulak.


Tadi En Hubby bawa gi Meggoo Deli tak silap Amy nama kedai tu. Bepoloh ketiak jugaklah berjalan kaki dari Dayabumi ke sana.


Nasib baik kami sampai awal, kamilah pelangan yang ada dalam kedai tu tapi 5 minit kemudian kejap aje penuh. 

Lepas makan terus En Hubbby hantar ke Stesen MRT, tak leh nak dating lelama maklumlah kojo makan gaji... heheh.



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Teringin nak buat WW tapi tetiap hari Amy membisu jadi tak leh lah buat WW.



Nampak tak apa yang membuatkan Amy hangin hari ni.

Tak de angin tak de ribut tetiba dia jatuh. Nak aje cakap " Kau apa hal?". Hangin betul, kita tengah kelang kabut nak mengemas rumah kejap lagi nak keluar boleh pulak dia buat cerita.

Lantaklah kau kat situ ... suka hati kau lah, tak kuasa aku nak layan. Jangan MIL datang tetiba cukup.

Hari ni anak-anak balik lewat jadi adalah 'can' nak merayap. Tak delah nak merayap mana pun, nak gi opis En Hubby lunch dengan dia aje... heheh. Itu yang kena cepat-cepat siapkan kerja kat rumah ni, nanti merayap rumah pulak macam tongkang pecah. Langsir tu lantaklah dia sapa suruh dia jatuh.

Eh kejap ... nak tanya pendapat ni. Langsir kaler apa yang sesuai nak match kan dengan ruang tamu kami ni yea?
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Akhirnya Amy tewas jugak dengan godaan si Duck tu... heheh. Sebab utama Amy tertewas tu adalah kerana si Duck tu dah ada yang empat segi pulak. 3-4 kali nak order tapi bila part nak bayar hati Amy berbelah bagi tapi akhirnya Amy bayar jugak. Bukannya senang nak buat keputusan, tengok ajelah harganya. Kalau yang LE tu Amy mampu tengok ajelah.


Alhamdulillah berjaya tangkap satu, kalau lambat terus tak merasa. Hari Jumaat malam Amy order malam semalam diorang hantar. Amy ingatkan poslaju ataupun kenkawan dia tapi tak... tak sangka yang hantar tu perempuan dan dia bawa motor. Risau jugak menengoknya tau ajelah KL ni kalau dah memalam. 



Inilah dia yang ada dalam kotak tu. 
Berjaya jugak Amy 'menangkap' MSS Sq Froth ni. 




Hari ni anak-anak balik paling awal pukul 4:30 petang, sempatlah Amy nak keluar. Bukan pergi jalan mana-mana pun cuma pergi opis En Hubby dan lunch dengan dia. Maklumlah sekarang ni dah ada MRT. Dari Stesen Maluri tu ke Stesen Pasar Seni 10 minit tambang RM1.10.


Tangga nak keluar ke Pasar Seni ni punyalah tinggi, walaupun dah separuh tapi tetap nampak tinggi lagi.


Sila abaikan muka orang baru balik berjalan ni ye... hahahaBedak dah abis, lipstik dah tak berapa ada... muka berminyak, bilalah muka ni nak licin. 
Ni nak tayang tudung yang tak sempat basuh lagi dah pakai sebenarnya tauuu 😅.

Besar, mudah terbentuk dan senang nak pakai. Terpaksa bawah dagu tu pakai pin, Amy ni ganas sangat kalau pakai magnet pin belum keluar pintu lagi dah tercabut.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama dah kami beli air cond, masa Homedec hujung bulan 4 dulu tapi bulan puasa baru nak pasang. Raya dah lama habis baru nak cerita... cerita basilah ni.

Rumah Pajam tu kalau tak letak air cond nanti terjulur aje benda hitam tu keluar dari dinding ... macam tak semengah aje rupanya.

 kebetulan masa Homedec tu ada promosi jadi kami pun belilah tapi tak delah beli untuk semua point yang terjulur keluar tu ... pengsan En hubby nak membayarnya. Yang 4 ketul ni pun rasa macam nak pengsan 10 kali ini kan pulak 8 ketul 😱.

 Air Cond - Wiring Rumah Yang Problem.


Lama jugaklah diorang pasang dari pukul 3 lebih sampai lepas buka tapi malangnya air cond yang kat ruang tamu tu on aje tak sampai 10 minit lepas tu 'trip'. Pasang lagi pun sama jugak. 5-6 kali jugaklah jadi macam tu. Memula ingatkan installer pasang tak betul  tapi tak. Mungkin air cond tu yang ada problem. 


 Air Cond - Wiring Rumah Yang Problem.

Seminggu lepas raya orang daripada York pun datang.

 Air Cond - Wiring Rumah Yang Problem.

Lepas cek sana cek sini rupanya bukan air cond tu yang problem tapi wiring point tu yang problem .... cis, ingatkan dah setel dah masalah rumah ni tapi tak jugak.

Jadi selagi masalah wiring point air cond tu tak dibetulkan selagi tulah tak boleh guna air cond. 

Sampai sekarang belum selesai lagi masalah air cond tu. Tengah menunggu developer cek balik wayar-wayar kat rumah tu tapi sampai sekarang kami pakai air cond kipas aje.

Penutup longkang tu sampai sudah tak de khabar berita. 

Anak-anakku

Inilah kerja anak soleh ni kalau dah ke sana. Tak lekat dalam rumah, ada aje kerja dia.

Anak-anakku


Anak-anakku


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lupalah bila punya cerita ni... tulah lama terperap sampai lupa dah. Sebelum ni Amy ada cerita yang ada kereta sesuka hati parking depan pintu pagar rumah Amy ... macam pagar rumah dia aje dia buat kannnn,  tengah hari tu sebelum kami ke sana kami ke Labu dulu mencari Cendol Sagu Rumbia.

Minggu sebelum tu FIL Amy asyiklah bercerita pasal Cendol Sagu Rumbia Labu yang dia tengok kat TV tu. Bukan main beria lagi dia bercerita ... maka kami pun 'dapatlah' isi tersirat dari ceritanya tu. Dia nak ajak MIL masa tu MIL pulak kena tahan wad, jalan nak ke sana dia main agak-agak aje. Kebetulan kami memang hendak ke Pajam kami pun ajaklah dia pergi menyinggah ke Labu tu. Dengan pertolongan Pak Cik Waza sampailah kami ke sana.


Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Kedai Cendol ni kat tepi jalan aje. Tempat parking dah penuh jadi kenalah park kat tepi jalan.

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Punyalah ramai orang sampai nak duduk pun kena tunggu meja kosong.

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Inilah rupa Cendol Sagu Rumbia tu. Cendol dia dari sagu kot sebab putih aje, tak tanya pun. Gula tu gula dari pokok Rumbia kot ... sesuka hati aje aku meneka...😅.

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Amy order Laksa, FIL ambik kuih aje. 

Order kat kedai ni pelik sikit. Kita cakap nak cendol 7 makan, 5 bungkus n Laksa 1, budak tu dah bagitau kat orang yang buat cendol tu order kami tapi orang tu cakap buat 10 cendol lepas tu nanti dia bawalah cendol tu tanya kita punya berapa , yang bungkus punya kena beratur kalau tak tunggu esok pun tak dia ambik pesanan kita tu. Penat mulut aje order. Laksa kena minta lagi sekali baru dapat.


Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Rasa cendol tu oklah... sedap, rasa cendol lah tapi lain dari cendol yang kita selalu makan tu.

Yang penting FIL Amy tu lepas rasa nak makan cendol Sagu Rumbia.... punyalah jauh nak makan cendol. Sampai rumah dah lapar balik.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Punyalah terbiar blog Amy ni, BW pun tak terbuat nanti ada pulak yang merajuk... heheh.

Kitchen cabinet dah siap tapi nak mengemas pulak satu hal, mengembur senang aje nak mengemas adehhh. Nanti Amy citer pasal dapur tu ye. 

Pepagi ni rasa macam rajin pulak nak angkut sana pindah sini. Nak minta pendapat semua mana yang lagi ok yang sofa putih tu ke atau yang sofa coklat tu. 





Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sedikit info yang 'dikopipaste' dari group WA mengenai minyak zaitun. Ramai guna minyak zaitun utuk lagi sihat. Tapi jangan salah pilih tau. Kalau tersalah pilih boleh memudaratkan kesihatan. 


Beza antara EXTRA VIRGIN OIL dengan PURE OLIVE OIL

Walaupun dedua ni nama dia minyak zaitun. Tapi dedua ni tak sama fungsi dan rasa tau. Minyak zaitun ni ada gred gred dia. 

minyak zaitun


Kalau nak tau mana yang lagi baik, kita tengok kandungan acidity dia. Acidity untuk yang high quality mesti 0.8% ke bawah. Ni tuk extra virgin olive oil tau. Kalau pure olive oil pulak acidity dia 2% keatas.

Olive oil / pure olive oil

Kalau nak main masak masak. Korang guna la "pure olive oil". Pure olive oil ni pada asalnya minyak zaitun yang tak boleh dimakan sebab bau dengan rase dia tak sedap. Acidity dia pun lagi tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin. 

Jadi minyak zaitun ni akan diproses supaya boleh dijual. Lepas diproses, warna dan rase dia akan hilang tau. Jadi minyak zaitun ni akan dicampurkan dengan virgin olive oil sikit supaya ada aroma ngan rasa buah zaitun. Biasanya 85% minyak zaitun yang di proses, lagi 15% virgin olive oil.

Lepas diproses, minyak ni sesuai untuk kita goreng goreng. Warna minyak zaitun pure ni lagi cerah dan rasa pun lagi natural tau. Tak de rase pahit minyak zaitun.

Extra virgin olive oil

Kalau yang extra virgin pulak biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasa dia tak terjejas. Minyak ni sesuai tuk makan gitu jek ataupun dressing kat salad. 

Minyak zaitun extra virgin ni kalau kita gunakan tuk tumis, khasiat dia akan terjejas pastu boleh menyebabkan masalah hipertrigliseidemia iaitu lebihan lemak dalam darah. 


Jadi kalau korang nak main masak masak, beli yang olive oil atau pure olive oil. Sebab dia tahan panas. Tapi kalau nak makan sebagai supplement harian. Beli yang extra virgin tau. Minyak zaitun yang extra virgin ni tinggi oksida pastu ada banyak khasiat lain.

ps: Minyak zaitun ni kene simpan kat tempat kering dan gelap (tak kene cahaya matahari) supaya khasiat dan kualiti dia tak terjejas. Sebaiknya beli dalam botol kaca yang gelap.