hilmirdadaud.blogspot.my

Dating dengan En Hubby...

| On
August 23, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sekejap aje gi dating ngan En Hubby, azan Zohor tadi Amy dah sampai rumah. Yelah hari bekerjakan jadi dia kenalah keluar dan masuk ikut 'time', waktu balik aje dia tetiap hari terlebih 'time'.


Alhamdulillah rezeki dapat coklat Dairy Milk.
Keluar dari Stesen Pasar Seni dapat satu coklat ingatkan nak makan tapi teringat pulak anak-anak soleh tu jadi masa balik Amy buat muka tak malu minta lagi satu ... heheh. 

Bila diorang balik nanti bolehlah patah 2, dapatlah sorang setengah kerat. Ayah dia tak payah sebab tadi dia pun dapat satu ... mesti dia dah abiskan kat opis lah tu 😏.


Tengah menunggu train kat Maluri. 
Masa ni stesen tu lenggan jadi bolehlah nak berselfie ke apa ke. Bila tengok diri sendiri kat cermin tu terus dalam hati 'bilalah nak kurus ni' tapi bila mengadap makan tak teringat pulak.


Tadi En Hubby bawa gi Meggoo Deli tak silap Amy nama kedai tu. Bepoloh ketiak jugaklah berjalan kaki dari Dayabumi ke sana.


Nasib baik kami sampai awal, kamilah pelangan yang ada dalam kedai tu tapi 5 minit kemudian kejap aje penuh. 

Lepas makan terus En Hubbby hantar ke Stesen MRT, tak leh nak dating lelama maklumlah kojo makan gaji... heheh.



3 comments on "Dating dengan En Hubby..."
  1. hehe. COmel je bab tak boleh dating lelama, Hihi. Takpe kak Amy, nanti boleh dating lagi ye. Dating sekejap pun takpe, asalkan bermakna, masa diluangkan bersama yang tersayang :)

    ReplyDelete
  2. auuwwww suweetnya kak....

    naper dia bg cokelat yek? cadbury bt promo ke apa...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)