hilmirdadaud.blogspot.my

Jangan Salah Pilih Minyak Zaitun Untuk Memasak

| On
August 02, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sedikit info yang 'dikopipaste' dari group WA mengenai minyak zaitun. Ramai guna minyak zaitun utuk lagi sihat. Tapi jangan salah pilih tau. Kalau tersalah pilih boleh memudaratkan kesihatan. 


Beza antara EXTRA VIRGIN OIL dengan PURE OLIVE OIL

Walaupun dedua ni nama dia minyak zaitun. Tapi dedua ni tak sama fungsi dan rasa tau. Minyak zaitun ni ada gred gred dia. 

minyak zaitun


Kalau nak tau mana yang lagi baik, kita tengok kandungan acidity dia. Acidity untuk yang high quality mesti 0.8% ke bawah. Ni tuk extra virgin olive oil tau. Kalau pure olive oil pulak acidity dia 2% keatas.

Olive oil / pure olive oil

Kalau nak main masak masak. Korang guna la "pure olive oil". Pure olive oil ni pada asalnya minyak zaitun yang tak boleh dimakan sebab bau dengan rase dia tak sedap. Acidity dia pun lagi tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin. 

Jadi minyak zaitun ni akan diproses supaya boleh dijual. Lepas diproses, warna dan rase dia akan hilang tau. Jadi minyak zaitun ni akan dicampurkan dengan virgin olive oil sikit supaya ada aroma ngan rasa buah zaitun. Biasanya 85% minyak zaitun yang di proses, lagi 15% virgin olive oil.

Lepas diproses, minyak ni sesuai untuk kita goreng goreng. Warna minyak zaitun pure ni lagi cerah dan rasa pun lagi natural tau. Tak de rase pahit minyak zaitun.

Extra virgin olive oil

Kalau yang extra virgin pulak biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasa dia tak terjejas. Minyak ni sesuai tuk makan gitu jek ataupun dressing kat salad. 

Minyak zaitun extra virgin ni kalau kita gunakan tuk tumis, khasiat dia akan terjejas pastu boleh menyebabkan masalah hipertrigliseidemia iaitu lebihan lemak dalam darah. 


Jadi kalau korang nak main masak masak, beli yang olive oil atau pure olive oil. Sebab dia tahan panas. Tapi kalau nak makan sebagai supplement harian. Beli yang extra virgin tau. Minyak zaitun yang extra virgin ni tinggi oksida pastu ada banyak khasiat lain.

ps: Minyak zaitun ni kene simpan kat tempat kering dan gelap (tak kene cahaya matahari) supaya khasiat dan kualiti dia tak terjejas. Sebaiknya beli dalam botol kaca yang gelap.


5 comments on "Jangan Salah Pilih Minyak Zaitun Untuk Memasak"
  1. wooo barula kita tahu. rasanya memang kat rumah mak guna yang pure untuk masak. kalau tak silaap hehe jarang masuk dapur =P

    ReplyDelete
  2. tq utk penerangan yg betul2 nih kak...
    penah baca kata tak blh di msk tp tak detail... ni baru detail betul2,..

    ReplyDelete
  3. oke baru tahu..
    dressing salad guna ekstraks virgin olive oil..baru sedap rasa salad.hehehe

    ReplyDelete
  4. Yang pasal simpan dalam bekas gelap tuh first time saya tahu. Thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  5. jarang sy gn myk ni utk msk...kalu berurut ya hehehe

    p/s br nk start menjengah ;-)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)