hilmirdadaud.blogspot.my

Kitchen Cabinet - Part 1

| On
September 15, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa beli rumah ni dulu memang dah siap-siap dengan kabinet dapur sekali. Dekat 8 tahun guna habis-habisan akhirnya sampai dah nak roboh dah kabinet tu. Bawah sinki tu memang dah terkopak dah, reput. Sinki bocor dan dah jadi sarang lipas. Sejak kebelakangan ni aktiviti 'lipas hunting' tu memang biasa kat rumah kami... heheh.



Masa Homedec tu sempat jugaklah gi 'survey' kitchen kabinet. Kalau boleh nak cari yang baik sikit supaya boleh tahan lama. Amy rasa dapurlah tempat yang paling 'ganas' sekali kat dalam rumah Amy ni. Macam-macam aktiviti ada kat situ, hilang sifat perempuan melayu terakhir den...😆.


Selain Homedec ni Amy ada jugak gi tengok kat Ikea, bila buat perbandingan harga lebih kurang aje. Kabinet yang sedia ada tu pun kena fikirkan jugak, sapa nak buka dan buang dia. Bukan boleh buang sesuka hati kat tempat sampah rumah Amy ni.


Bila tanya Signature Kitchen diorang kata diorang boleh buka dan buangkan kabinet yang lama tu. Kami pun apa lagi mintalah diorang datang ukur dan bagi quotation.

Mula-mula ingatkan nak ganti kabinet yang nak runtuh tu tapi minta juga harga untuk kabinet yang satu lagi. 


Lama jugak kami ambik masa nak fikir dekat sebulan jugak. Takut tengok harga dia. 

Fikir punya fikir akhirnya jadi. Tak nak lagi jadi macam kabinet yang dulu tu baru 7-8 tahun dah K.O. MIL Amy punya kabinet dapur dekat 20 tahun O.K aje lagi. 




Bulan puasa tu barulah kami pergi opis Signature Kitchen kat Kota Kemuning. Jauh dari rumah Amy tauuuu.


Amy tak boleh nak bayangkan kalau tengok gambar jadi kenalah tengok dengan mata sendiri rupa dan kaler sebenarnya.

signature kitchen

Bila mama dan ayahnya berborak, anak-anaknya tak lepas peluang mengadapa ipad ayahnya.

Walaupun duit tabung En hubby dah ditahap kritikal tapi nak buat macam mana, terpaksalah. Harap-harap kabinet dapur yang ini dapat bertahan macam kitchen cabinet MIL Amy tu.


2 comments on "Kitchen Cabinet - Part 1"
  1. SA baru buat Kitchen kabinet gak awal tahun ari tu...dapur kecik..tp kena gak RM7k...

    ReplyDelete
  2. kabinet dulu dgn skrg.. fuhhh mmg jauh beza... betul tu... sm mcm umah opah sy... bertahan lg... seabya sy kot hahaha

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)