hilmirdadaud.blogspot.my

Kitchen Cabinet - Part 2

| On
September 16, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung Syawal selepas Eh Hubby balik dari China barulah boleh start kerja-kerja dapur tu tapi sebelum tu Amy kena buat permit dulu, sepatutnya permit biasa aje yang kena bayar deposit RM1k tu tapi disebabkan ada buat paip sikit terus kena buat permit renovation deposit RM1500. Hampeh betul.


Tak sangka rupa-rupanya selama ini barang yang ada kat dapur tu lagi banyak dari barang yang ada di ruang yang lain. Puas Amy menghangkutnya keluar. 

Magic kan dapur kita... heheh.


Sorang aje yang datang membuka kabinet dapur tu rupanya ingatkan ramai.


Bila dah siap buka driver lori pulak datang. Pun sama jugak dia dan driver lori tu aje yang menghangkutnya.




Inilah rupanya bila kabinet tu dah tak ada. 

Selama ni lipas-lipas tu bermaharajalela buat rumah kat belakang kabinet tu. Hampeh punya lipas, sesuka hati aje kan buat rumah haram kat situ. Yang hitam-hitam tu kesan peninggalan dialah.


Dialah tukang bukak kabinet, dialah plumber dan dialah elektrician. 

Sebelum ni paip tu keluar dari dinding sekang buat dia dari bawah pulak. 


Bila dah selesai semua ni startlah kerja untuk Amy pulak. Kalau bukan Amy sapa lagi kan... huhuhu. Sebelum cat kenalah bersihkan dinding tu dulu. Gigih den menyental tahi-tahi lipas tu. Geram aku dengan lipas-lipas tu.


Tadaaaaa ... bersih dah. Dengan bangganya Amy ambik gambar dan hantar pada En Hubby ... betapa 'terernya' wife dia. Hahaha. En hubby pun bila wife dia dah bagi report yang macam ni kenalah puji wife dia kaaaannn. 

Ialahkan kalau tak masuk bakul angkat sendiri sapa yang nak angkatkan... betul tak?.


Keesokkan harinya pulak sambung mengecat. Suruh En Hubby beli cat asas yang kocik tapi yang bosar aje ada kat kedai masa tu. Bila balik rumah belek-belek rupanya bukan cat asas tapi cat cantik.
Emmmm .... Lantaklah ko Labu.

Amy rancang cat asas tu untuk tutup balik cat yang lama tu pastu dinding tu nak cat kaler Putih Grey tapi nampaknya putih ajelah.

Beli cat tapi lupa beli masking tape, yang lama punya tak cukup jadi ada dinding yang tak ada tape tu. Lantaklah. Memang comotlah tempat yang tak bertampal tu. Ingatkan kaler tu sama dengan kaler syiling tapi tak. Syiling pun comot jugak. Biarlah comot Amy tak sanggup nak cat syiling mau 'teleng' seminggu kepala den.


Dah Siap....

Inilah hasilnya setelah setengah hari mengadap dinding dapur tu. Disebabkan cat tu banyak jadi bolehlah buat 2-3 lapisan, terus hilang tanda-tanda kewujudan kaler sebelum tu.

Kontraktor yang datang tu nak catkan sekali tapi faham-faham ajelah.... duit lagi tu. Kalau setakat 20-30 hinggit tu tak pelah jugak. baik aku cat sendiri.

Bila Amy cakap Amy nak cat sendiri diorang buat muka macam tak percaya pulak. Apa ingat orang perempuan tak boleh mengecat ke. Nak tahap profesional tu tak mampulah Amy, setakat nak cat rumah sendiri bolehlah... cantik ke tidak rumah aku bukan rumah orang. Aku yang tengok tetiap hari. Kalau tak lawa padan muka sendiri.



1 comment on "Kitchen Cabinet - Part 2"
  1. kabinet lama tu buat apa? jual balik ke? boleh tolak $$ x dgn kabinet baru?

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)