hilmirdadaud.blogspot.my

Pinggan Batu ...

| On
September 24, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...



Rasanya dulu-dulu ramai yang ada koleksi pinggan batu tu kan. Amy panggil pinggan batu sebab berat macam batu. MIL Amy pun ada set pinggan batu ni. Amy tak taulah apa nama dia yang sebenarnya.

Nenek Amy masa muda-muda dulu dia suka beli pinggan mangkuk. Memang banyak. Ada macam-macam design dan kaler. 

Dia selalu cerita (yang Amy ingat) ada set yang dia beli ada yang hasil dia kumpul sikit sikit masa kerja di kantin sebagai pembancuh air. Sekarang banyak set-set tu dah dibahagi-bahagikan kepada anak dan cucu-cucu dia dan ada juga yang dah pecah mungkin sebab dah uzur kot. 

Amy dapat set pinggan batu tu. Nenek kata itu hasil dia kumpul masa kerja petik kopi.

Nenek kata dia tak kaya, tak de harta ... tak de duit, dia hanya ada pinggan mangkuk tu aje. Hanya pinggan mangkuk tulah untuk kami.

1 comment on "Pinggan Batu ..."

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)