hilmirdadaud.blogspot.my

Ulang tahun ke 14 ... Pantasnya Masa Berlalu.

| On
September 25, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Pejam celik pejam celik kejap aje masa berlalu. Hari ni genaplah 14 tahun usia Ameer Irfan Hakim Bin Ameer Arif.

Amy ingat lagi minggu terakhir pemeriksaan doktor, doktor kata baby sonsang memang dah tak boleh pusing + pelvis Amy kocik jadi kenalah 'caesar'. Lahirlah Ameer Irfan dua hari awal dari tarikh yang sepatutnya dengan berat 3.56kg.


Ameer Irfan 5 bulan...
Anak pertamalah katakan, setiap bulan ambik gambar.



Ameer Irfan 1 tahun.



Ameer Irfan 3 tahun. 

Kononnya pergi hospital sebab demam panas sangat sekali Dr. Haliza kata kena 'operate' Hernia sekali. Amy manalah tau tu Hernia, ingat kan tak de apa-apa. Takut jugak mula-mula dengar nak kena bedah tu.

Anak bertuah ni memang selalu keluar masuk hospital sebab demam panas. Kalau demam tu tak lebih dari 38.5 mesti tak sah. Dua kali kena sawan 2 kali naik ambulans. 


Irfan dan Faris..


Alhamdulillah bila dah besar ni jarang dah demamnya. 

Semoga dia membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, sentiasa menjaga solat, mentaati perintah Allah, cemerlang dalam peperiksaan, dapat masuk universiti yang terbaik dan berjaya di dunia juga di akhirat. Aamin.

Ingat nak buat kek tapi nanti tak abis pulak. Masing-masing nak kek lain-lain. Nanti Amy jugak yang jadi tukang habiskan.
2 comments on "Ulang tahun ke 14 ... Pantasnya Masa Berlalu."
  1. tahniah Ameer.
    Moga jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  2. xlama lg da bermenantu eh eh hahaaha... all the best utk ameer

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)