Peperiksaan Hujung Tahun ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Minggu lepas Nasiim bawa balik jadual 'peksa', mamanya pulak ambik tengok dan oh ok peksa lagi. Tak delah tengok betul-betul 'peksa' apa, ingatkan peperiksaan biasa aje... ala peperiksaan yang biasa sebelum atau selepas cuti sekolah tuuuu. Rilex aje mamanya ni 😂😂😂

End year exam

Dua tiga hari kemudian Faris pulak tunjuk jadual peksa ... jadual yang sama. Rasanya baru dua bulan lepas 'peksa' .... dah peksa lagi ek?

Entah macam mana barulah nak terpandang tajuk jadual yang kat atas sekali tu. Adehhhhh, rupanya ni peperiksaan hujung tahun lah. Macam manalah sebelum ni tak baca betul-betul 😅.

Tapi... awalnya 'peksa', 30hb Oct dah selesai. Ada lagi 4 minggu sekolah. Nanti jadi macam tahun lepas, anak-anak lepas 'peksa' dah bosan nak ke sekolah tapi kena datang jugak sebab pemulangan buku teks, buku Adab(rekod) dan kelas untuk tahun depan tak tau bila. 

Comments

  1. hujung tahun, biasa lah akak. Moga berjaya utk anak akk ye :D

    ReplyDelete
  2. Sama adik saya pun banyak peperiksaan. mungkin dorang nak menguji kecekapan otak budak dari kecik lagi. hehe

    ReplyDelete
  3. Ni kira peperiksaan akhir tahunlah ye

    ReplyDelete
  4. Lari topik sekejap, saya tengok gambar akak, tak macam ibu kepada 3 anak lelaki. nampak muda hehehe

    ReplyDelete
  5. Lepas Cuti Deepavali kan pekse hujung tahun...Tulah tu....hakak pun selalu mcm tu. Mcm tak fokus hihi

    ReplyDelete
  6. Haah anak2 saya pun dah sibuk periksa akhir tahun dah sekarang ni.. Memang rasa baru je lagi diaorang periksa, tup2 dah periksa lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)