hilmirdadaud.blogspot.my

Rumah Pajam : Pasang Grill Rumah ...

| On
October 18, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Seperti biasa kalau cuti sekolah blog Amy ni akan terbiar sikit ... heheh. Nak-nak pulak start aje sekolah minggu depan peksa pun start jugak.

Anak-anak soleh Amy ni kalau tak dihadap buat ulang kaji ....

 Sedangkan kita ada kat depan mata sempat lagi adik usik abang, abang balik kertas kat adik ... inikan pulak kalau kita tak de kat situ. 


Hari Sabtu lepas kami menjengah rumah Pajam, dua minggu tak 'berjenguk'. Grill rumah semuanya dah sampai tinggal pasang aje.



Pagi tadi kami ke sana lagi, sempat tengok diorang pasang grill tu.


Rumah Pajam ni punyalah banyak tingkap, sliding door aje dah 4 nasib baik 2 pintu aje yang kena pasang grill, jadi bayangkan lah harga yang kami kena bayar... huhuhu.

Lama kami ambil masa nak buat keputusan, nak pasang ke tak ... nak cari yang lebih murah tapi yang berkualiti. Lastnya buat dengan orang yang buat tembok rumah kami tu jugak. 

Alhamdulillah, hasil kerja diorang memang memuaskan ... Kami pilih design yang simple dan kaler yang sama dengan bingkai tingkap supaya tak nampak sangat beza tingkap dan grill.


Ini muka budak merajuk.
Kononnya tak nak ikut nak tinggal rumah dengan oyangnya, sanggup kalau tinggal kat rumah baca buku ... emmmm tak de mananya. Hadap bukunya sekejap aje pastu buku ntah ke mana dia ntah ke mana.

Baiklah dia ikut, depan mata hati pun senang.



5 comments on "Rumah Pajam : Pasang Grill Rumah ..."
  1. salam.. just nak share je tau, bukannya apa. nurin punya rumah pun pasang grill memanjang2.. blog post kat link bawah ni. tapi sebab dia memanjang, satu hari tu, pencuri kopakkan tingkap and kebetulan sangat letak laptop kat meja tepi (jaraang sangat letak kat situ) and laptop tu boleh bolos sebab memanjang. kalau dia segiempat memang tak boleh keluar la. sharing je sbb hati2 part tu la..always..

    http://nurinkhairi.blogspot.my/2014/10/pasang-grill-rumah-khidmat-e-neng-dan.html

    ReplyDelete
  2. da mcm 1 keperluan kn kn psg gril setiap umah even rumah kayu pn mcm umah opah sy semuanya gara2 pencuri msk

    ReplyDelete
  3. Seronoknya ada rumah baru...boleh deko deko gitu.
    Tapi tulah rumah baru pun kena sediakan duit jugakkan Amy. Sekarang ni biasalah...semuanya mahal

    ReplyDelete
  4. Hi. Dapatkan wallpaper, wainscoting dan lantai vinyl di sini
    Http://myhanawallpaper.com

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)