hilmirdadaud.blogspot.my

Yard ... Stor dan Dobi

| On
October 03, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sebelum ganti kitchen cabinet tu, banyak barang yang share tempat. Bila dah share ruang tu biasalah mula-mula cantik lepas tu sepah dah sebab tak kuasa nak susun balik. 

Sekarang ni bukan barang en hubby aje yang banyak, barang anak-anak soleh tu pun banyak jugak. Bila masing-masing dah besar ni mulalah ada macam-macam projek sekolah. Masing-masing ada toolbox sendiri. Tak kan nak sumbat dalam bilik tidur kan. Nasiim aje yang belum ada toolbox. Barang tae kwan do pun banyak jugak, dengan head gearnya, target... body protecter lagi.


Ada yang keliru bila Amy cerita pasal rumah. Yang ini cerita kat rumah KL, rumah yang satu lagi masih kosong.

Dulu kat ruang belakang/yard ni ada drawer. Amy letak mesin jahit, alatan jahitan dan tool en hubby kat situ. Sumbat aje kat situ. Skang Amy dah alih drawer tu kat tempat lain... dah la barang-barang tu tak de tempat.

Satu rak barangan en hubby dan anak-anak dan satu lagi khas untuk mamanya.... heheh. Itu pun rasa macam tak cukup lagi 😅. Senang nak ambik tupperware dan loyang. Capai aje. Kalau dulu seksa nak susun balik. Cover mixer kaler merah tu Amy buat tutup mesin jahit. Tak delah berhabuk tapi mixer aku pulak yang berhabuk.


Dulu kat belakang/yard tu Amy buat tempat duduk-duduk, ada tv kecik kat situ dan ruang dobi, skang kena tukar jadi stor. Panggil yard aje sebab dalam plan rumah tulis ruang ni yard. Sekarang kena panggil stor lah kan.





Langsir tu Amy tukar dengan bidai aje. Langsir yang panjang menjela tu rasa macam menambahkan semak kat ruang ni.

Kerusi tu dulu Amy letak kat dapur, sambil masak boleh duduk tapi sekarang ruang tu Amy dah letak troli jadi kerusi ni Amy hantar ke belakang. Dalam ruang ni sebelah rak barang sebelah lagi ruang dobi.




Kononnya dulu nak buat tempat letak sabun baju, tempat sidai baju ataupun tempat mengosok baju tapi mana pulak nak letak dapur yang lama tu. 

Sekarang ni Amy rasa nak buat tempat anak-anak bertukang. Lapikkkan meja putih tu dengan tikar getah dah boleh guna dah. Meja makan Amy tu dah teruk dah sejak jadi meja multipurpose. Letak kipas kocik satu supaya masa diorang buat projek tu tak panas sangat.


Belakang pintu ni Amy rasa nak letak penyakut. Boleh sangkut apron dan body protector anak-anak. Nama pun stor kan, meh aku sumbat macam-macam... heheh.
2 comments on "Yard ... Stor dan Dobi"

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)