hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang Rabu lepas, kak Ros (emak kepada kawan Irfan) bagi sebungkus pau dan sebungkus keropok lekor dan kebetulan pagi semalam kawan-kawan sekelas Irfan datang ke rumah. Pau dan keropok lekor tulah yang Amy hidangkan ... memang rezeki diorang. 


Tetamu semalam

 Selain Nabil (anak Kak Ros) inilah kali pertama kawan-kawan dia datang ke rumah. Amy suka sebenarnya diorang datang, bolehlah Amy kaji kawan-kawan dia tu... heheh. Yelah kan pengaruh kawan tu penting. 


Tetamu semalam

Inilah motif utama diorang. 

Lepas aje minum Amy kena bawa diorang pergi swimming pool. Walaupun masing-masing dah nak masuk 14 tahun tapi masih lagi tak boleh dibiarkan. Tau ajelahkan budak-budak lelaki, ada aje 'adventure' dioarang. 

Tetamu semalam

Masa-masa macam nilah anak-anak orang kena buat macam anak sendiri. Keselamatan nombor satu. Masing-masing bukannya pandai sangat berenang... nanti ada pulak main yang bukan-bukan pulak. Kat rumah Amy ni tempat-tempat untuk games ni semua dekat tingkat 6, selain dari kolam renang Amy paling takut kalau diorang memanjat atau main tolak-tolak dekat dengan tembok (amy tak tau perkataan yg sesuai) buatnya terjatuh nanti... 

Tetamu semalam

Lepas berenang ... makan tengah hari, solat dan siapkan homework berkumpulan. Amy buat kek coklat moist kukus untuk minum petang. Hampir 3/4 kek tu habis. Bila dah ramai masing-masing berselera.

Petang bawa mereka ke tingkat 6 lagi. 

Tetamu semalam

Budak kecik ni muncung dia dapat main ping pong 2 kali aje. 


bermain squash

 Irfan, Faris dan Haziq main squash. Bila dah kepenatan masing-masing join main ping pong pulak. 

Asyik melayan mereka hujan lebat kat luar pun tak perasan. Masa emak diorang ambil petang semalam hujan masih lagi tengah lebat dengan kilat dan guruh.  

Balik aje diorang, Amy kemas dapur dan terus pengsan. Lotih den.

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera...


d'alamanda

Kejadian hari Rabu lepas betul-betul dekat pondok Pak Guard di gate nak masuk parking rumah Amy. En hubby kata masa dia nak hantar anak-anak ke sekolah lagi dah ada kereta tu kat situ.

Biasa tengok keadaan macam tu dalam tv aje. Amy rasa driver dia mabuk kot. Nasib baiklah kereta tu kat situ aje. Masa Amy lalu kat situ... takut jugak, buatnya kereta tu tetiba bergerak. Kebetulan kat bawah tu main road, kereta memang sentiasa banyak aje. 

Ada seorang guard yang jaga kereta tu tapi guard tu pun Amy tengok macam tak tentu arah aje.
Assalammualaikum dan Salam Jumaat.

Rindu tidak pernah bertepi


RINDU YANG TAK PERNAH BERTEPI

Menurut Imam Al-Ghazali, Allah SWT pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud a.s.: “Wahai Daud! Sampai bila engkau akan  menyebut-nyebut syurga dan tak pernah meminta perasaan rindu kepada-Ku?”

Nabi Daud a.s. bertanya, “Siapakah orang-orang yang merindukan-Mu, ya Allah?”

Lalu, Allah menjawab, “Orang-orang yang merindukan-Ku adalah mereka yang Aku bersihkan dari segala kotoran dan Aku peringatkan mereka agar selalu waspada dan berhati-hati. Aku lubangi hati mereka agar mereka dapat melihat-Ku (yakni syuhud). Aku genggam hati mereka dengan tangan-Ku dan Aku letakkan di lapisan-lapisan langit-Ku. Lalu, Aku panggil malaikat-malaikat-Ku. Setelah berkumpul, mereka lalu bersujud kepada-Ku.

Lalu, Aku katakan kepada mereka: “Aku memanggil kalian bukan untuk bersujud kepada-Ku. Aku memanggil kalian semua untuk mempertunjukkan hati orang-orang yang merindukan-Ku.”

Sungguh Aku bangga kepada kalian, wahai orang-orang yang merindukan-Ku. Hati kalian menyinari malaikat-malaikat-Ku di seluruh penjuru langit-Ku, sebagaimana matahari menyinari bumi.

Wahai Daud! Aku ciptakan hati orang yang merindukan-Ku itu dari keredhaan-Ku. Aku pun menganugerahkan hati itu cahaya wajah-Ku. 

Aku jadikan mereka juru bicara-Ku dan Aku jadikan tubuh mereka tempat Aku memandangi bumi. Aku lukai hati mereka sebagai jalan untuk melihat-Ku sehingga kerinduan mereka terus-menerus bertambah setiap hari.”

--Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa asy-Syawq wa al-Uns wa ar-Ridha

Mari lah teman... kita memusatkan tujuan agar hati kita dapat  mencintai dan merindui Allah swt dan Rasulullah saw dengan banyak ingat (zikir) kepada Allah dan banyak berselawat kepada Rasulullah saw. Tiadalah dikatakan cinta bagi yang kurang menyebut-yebut dan kurang mengingat kepada yang dicintai...

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Amy tak ingat Amy copy dari mana tapi Amy sharekan di sini untuk peringatan diri sendiri.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Amy rasa Amy pun nak buat jugaklah Cabaran Berblogging 30 hari tu. Dah 3-4 hari ni tak de idea nak up date. Asyik letak resepi aje.. tengok dari atas sampai bawah macam tak meriah aje. Ok lepas ni cuba untuk sambut cabaran untuk diri sendiri ni 💪😀.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya Amy dengar tentang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibubapa tapi Amy aje yang malas nak ambik tau. Yang penting anak-anak buka VLE Frog diorang untuk siapkan kerja sekolah.


saps semakan ibubapa

Selalunya setiap kali periksa anak-anak akan bawa pulang Buku Adap (buku rekod) tapi akhir tahun lepas punyalah Amy tunggu Buku Adap si Irfan tu last-last Amy kena semak keputusan peperiksaan dia online.

 Hambik, barulah masa tu Amy ni kecoh nak tengok apa bendalah SAPS tu. Rupanya SAPS Ibubapa ni dibuat oleh Kementeria Pendidikan Malaysia untuk ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak online ... tak payah tunggu buku rekod dah.

 Amy ingatkan bila dah ada SAPS Ibubapa ni tak payah tunggu buku Adap lagi ... tak payah mengadap cikgu lagi tapi... masih kena juga. Baru minggu lepas pihak sekolah buat hari mengadap cikgu (Amy tak ingat nama harinya). 

saps semakan ibubapa

 Klik SINI untuk akses Sistem SAPS Semakan Ibubapa. 



saps semakan ibubapa

Baguslah dah ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibubapa ni.... sonang, bila cikgu masukkan markah aje dah boleh tengok dah. 

Kita boleh semak keputusan peperiksaan :
1. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Darjah 1 - Darjah 6.
2. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Tingkatan 1- Tingkatan 5.



saps semakan ibubapa
Macam inilah...
Bolehlah kita pantau satu-satu markah anak kita. Mana yang naik dan mana yang turun. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramai yang suka kek coklat kann, kalau ada yang tak berminat.... Amy rasa tak ramai kot. Sebut aje kek coklat mesti terbayangkan kek coklat yang moist, lembut dan sedap

Semalam Amy buat kek coklat kukus satu adunan dapat 4 bekas aluminium yang kecil tu. 2 bekas Amy buat kek coklat cheese lava. Kalau dibandingkan dengan kek coklat kukus yang Amy buat sebelum ni... Amy lebih suka resepi kek coklat kukus moist yang ini tapi kalau nak terendam lama-lama dalam coklat yang lebih cair kena pakai resepi coklat kukus yang satu lagi tu.


kek coklat moist kukus

Hari ni Amy sharekan sekali lagi resepi Kek Coklat Kukus yang sangat moist, lembut, sedap dan yang paling penting senang nak disediakan. Tak payah guna whisk ataupun mixer, Amy guna senduk kayu aje. Kek coklat ni adalah kek coklat yang sama dalam resepi Kek Coklat Cheese Lava sebelum ni. 

Anak-anak Amy suka sangat dengan kek coklat ni. Hampir habis 2 bekas tu sekali hadap...😅. 

kek coklat moist kukus

Kek Coklat Moist Anis 
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.

1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.

Caranya:

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus sehingga masak. Amy kukus 40 minit.

-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu cair untuk kek kukus.

kek coklat moist kukus

Selamat Mencuba...
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


BlogID = 8156915759054367055

Klik banner untuk join tau..
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy buat apam untuk minum petang. Selalu guna resepi kak ipar yang pakai minyak masak tapi semalam Amy cuba resepi lain pulak. 

Rasa lebih kurang sama, cuma yang ni bau wangi pandan dan yang selalu Amy buat tu tak letak daun pandan pun. Untuk Amy yang tak berapa rajin ni, Amy lebih suka resepi yang selalu Amy buat tu .... masuk aje semua dan kukus. Dah siap. Resepinya Amy ada share DI SINI.


apam tembam apam kampung

 Apam Tembam/Apam Kampung.
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

Bahan A.
1/2 cwn gula melaka/perang
1/2 cwn gula pasir
2 cwn air
1 helai daun pandan.
- Satukan dalam periuk dan masak sampai gula larut.
- Sejukkan dan tapis. Pastikan dapat 2 cwn air. Kalau tak cukup boleh tambah.

Bahan B.
11g yis - Amy guna sepaket mauripan.
1 sudu teh gula
1/2 cwn air suam
- Satukan dalam bekas lain, kacau rata dan perap 10 minit. Ia akan berbuih-buih dan naik.

Bahan C
4 cwn tepung - diayak
secubit garam
1/2 cwn air



apam tembam apam kampung



Caranya:
- Satukan tepung dengan garam dalam bekas lain.
- Buatkan lubang kat tengah dan tuangkan yis yg diperap tadi.
- Kacau rata
- Tuangkan air gula dan gaul rata.
- Tuangkan 1/2 cwn airlagi dan gaul rata sampai tidak berbintil. Amy guna whisk aje, rasa macam nak tercabut tangan.
- Kalau nak blander pun boleh tapi sikit-sikit sebab adunan ni kental, kalau nak guna mixer pun boleh.

- Tutup (tutup dgn tudung yang tinggi sebab adunan akan naik)
- Biarkan dia 1 jam sehingga dia naik 2 kali ganda.
-Sediakan loyang 11 inch yang telah disapu minyak. (Amy tak de loyang 11 inch guna 9 inch aje.
- Tutup loyang dengan aluminium foil tapi Amy bungkus kain kat penutup periuk kukus tu.
- Kukus dengan api besar selama 40 minit.
- Bila dah masak tunggu sejuk baru potong.
- Nak senang potong, sapu sedikit minyak kat mata pisau tu.

apam tembam apam kampung

Adunan ni dapat banyak, jika yang nak makannya tak ramai separuhkanlah resepi ni.

Amy guna loyang 9 inch jadi apam Amy naik tinggi. Nak sedap lagi letaklah kelapa sikit. Kami makan macam tu aje. Anak-anak Amy tak suka jika ada kelapa lagipun mamanya malas nak ke kedai semata-mata nak beli kelapa parut aje...😂




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Abam Kie buat GA lagi...

Jom kita memeriahkannya lagi. GA ini berlangsung dari 6 hingga 31 Januari 2017



Syarat nak join ni simple aje

1. Follow blog Abam Kie. 
2. Follow Google Plus Abam Kie.
3. Buat entri bertajuk 'Back To School Giveaway by Abam Kie'
4. Tampal banner di atas di entri penyertaan dan 'backlinkkan' ke entri INI.
5. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini.
6. Siap!

Para pemenang akan dipilih oleh random.org. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak Nasiim kata dia nak buku Biologi, banyak kedai Amy pergi mencari buku Biologi yang sesuai. Rata-rata menjual buku biologi untuk tingkatan 4 dan 5.

Susah Amy nak percaya dia mintak buku biologi. Agaknya terpengaruh dengan mamanya yang asyik tengok citer doktor.

Buku Biologi Untuk Kanak-kanak

Amy pergi Mehraj Pandan Jaya minggu lepas nak mencari buku aktiviti yang diminta guru kelas Faris. En hubby pulak mencari buku Engineering dia. Tak sangka jumpa buku yang sesuai dengan permintaan Nasiim kat situ.

Buku Biologi Untuk Kanak-kanak

Kami jarang pergi bahagian belakang-belakang ni. Kat sinilah kami jumpa buku Biologi untuk kanak-kanak tu. Selalu pergi kat bahagian buku-buku sekolah tu aje.

Buku Biologi Untuk Kanak-kanak

Amy suka pergi Mehraj ni sebab lagi dekat berbanding kedai yang satu lagi di Bandar Baru Ampang dan harga lebih murah berbanding kedai buku yang lain.

Buku Biologi Untuk Kanak-kanak

Buku ni berharga RM25 sebelum tolak diskaun 10%. Agak mahal tapi Amy belikan jugak. Kalau novel atau komik jangan haraplah.


Buku Biologi Untuk Kanak-kanak

Nasib baik dia suka buku ni, banyak dah yang dia baca. Tak delah rasa sia sia membelinya.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah seminggu birthday en Hubby berlalu baru semalam Amy berkesempatan buat kek untuk dia. Minggu lepas Amy sibuk dengan anak-anak yang baru start sekolah (alasan...😂) minggu ni barulah lega sikit.

Mulanya Amy tak tau nak buat kek apa... anak-anak dah muak makan kek sebenarnya. Yang tak muak hanya mama dan ayahnya sahaja... heheh.  

Belek-belek blog kak Azlita jumpalah resepi kek coklat cheese lava yang berhantu ni. Kek ni sepatutnya dalam bekas tapi Amy pulak dah tau topping dia meleleh lagi nak jadikan dia ala-ala birthday kek... hambik, cari penyakit betul. Kejap aje cantik lepas tu abis meleleh.

kek coklat cheese lava

Kek Coklat Cheese Lava memang sedap. Gabungan coklat leleh dan cream cheese yang sangat sedap. 

Bila gigit aje terbenam gigi dalam cream cheese dan coklat... ah sedapnya.  Ditambah pula dengan kek coklatnya yang moist, rasa macam makan kek mahal aje... heheh.



kek coklat cheese lava

Walaupun kek ni sangat sedap tapi ia bukanlah dalam kategori kek yang Amy akan buat selalu. Amy lebih suka kek yang simple. Kek yang leceh dan banyak cerita macam kek ni setahun sekali tu oklah.


kek coklat cheese lava

Chocolate Cheese Lava Cake
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.

Kek Coklat Moist Anis 
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.




kek coklat cheese lava

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus atau pun dibakar. Amy guna loyang 8 inch jadi kek agak tebal dan ambik masa  lebih satu jam. 
-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu caik untuk kek kukus.

kek coklat cheese lava

Krim Cheese

250g cheese
500g UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis

- Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
- Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.


kek coklat cheese lava

Coklat Leleh

250g coklat masakan - Amy guna milk choc.
250ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh madu/ golden syrup/glucose syrup - Amy guna madu
1 sudu besar butter - Amy guna buttercup dlm tin
1 sudu besar nuttela/ hazelnut paste
1 sudu teh esen vanila.

- Satukan coklat, butter dan nuttela ke dlm mangkuk
- Panaskan UHT whipping cream dan madu sehingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
- Biarkan coklat mencair
- Tambah esen vanila dan kacau rata
- Biarkan sejuk.

Cara-caranya.

1. Kek hendaklah betul-betul sejuk  dan di potong 2 - jika hendak letak cheese kat tengah.

2. Ambil sedikit krim cheese (2sb) dan letakkan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan masukkan dlm piping beg untuk hiasan atas kek.

3. Letakkan krim cheese di antara 2 keping kek yg telah di potong dan di atas kek.

4.Ratakan cheese di atas kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga cheesenya keras sedikit.

5. Bila cheese dah keras bolehlah tuangkan coklat leleh diatasnya.

6. Gunakan krim cheese coklat dalam piping beg untuk buat hiasan atas kek.

7. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.

8. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan bolehlah di kendurikan.

Selamat Mencuba ...




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah siap makan tetiba tekak teringin kek coklat. Bukan kek coklat yang biasa Amy buat tu tapi kek yang gam-gam sekali makan... macam mana nak terangkan Amy pun tak gheti... heheh.

Selongkar punya selongkar terjumpalah resepi kek milo 3 minit ni yang Amy simpan dari blog kak Azlita Masam Manis. Kebetulan barang semua ada tinggal adunan kan aje.

kek milo sedap dan senang

Resepi ni senang sangat dan sedap. Masa untuk membuatnya pun tidak selama kek yang Amy biasa buat. Tak perlu mixer, guna whisk aje. Masuk aje semua bahan dalam satu bekas dan guna whisk untuk sebatikannya. Senang kan.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo 3 Minit.

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar milo
4 sudu besar gula halus atau kastor
4 sudu besar susu segar - Amy guna uht whipping cream
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan.
 ramekin (bekas yang boleh dibakar di dalam microwave)


kek milo sedap dan senang

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Masukkan tepung bersama semua bahan kecuali choc cip n choc rice kedalam mangkuk besar.
3. Gunakan senduk kayu atau whisk - kacau adunan sehingga sebati.
4. Oles ramenkin dengan sedikit butter atau minyak dan tuangkan adunan 1/2 mangkuk. Jangan penuh sangat kerana kek ni akan naik takut nanti membuak-buak.
5. Taburkan choc cip dan choc rice diatasnya.



kek milo sedap dan senang


Kalau guna microwave 3 minit sahaja.
Amy bakar guna oven. Mula-mula 15 minit pertama 180c api bawah dan 5 minit lagi api atas bawah. Bergantung pada besar ramekin yang digunakan dan juga oven masing-masing.


kek milo sedap dan senang

Resepi ni Amy buat 3 aduan... kami 5 beranak manalah cukup satu aduan tu. 

Amy guna 5 remekin, yang kaler pink tu kecik sikit dari yang kaler putih. Baki aduan dapat lagi 5 remikin- Amy bakar keesokkan paginya untuk breakfast. Kesimpulanannya.... 3 adunan tu Amy dapat buat 2 kali bakar.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo ni sedap dimakan suam-suam, jangan pulak keluar aje dari oven turus ngap.... nanti ada pulak yang melecur lidah 😂.

En hubby dan anak-anak semua kata kek milo ni sedap tapi tak leh tambah sebab Amy bakar ngam-ngam sorang satu.



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bulan Januari 50 tahun yang lalu... ramai yang dah tau, Amy aje yang tertinggal keretapi.


Januari 1967

Januari 2017...

Sama kan.




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama betul Amy tak up date blog ni, ingatkan balik dari Melaka nak up date tapi dah sibuk pulak dengan persediaan anak-anak hendak ke sekolah. 



Bercuti di Melaka kali ni kami pilih Hatten Hotel lagi. Salah satu sebab Amy suka dengan Hatten Hotel ni .... boleh tengok gambar tu. Besar... luas, tv ada 2 muat kami 5 beranak tidur. Amy cuma bawa tilam angin aje. Hotel yang lagi mahal pun tak macam ni.

Sebelum ni Amy ambik Premium Junior, mahal sikit tapi bilik kecik. Kali ni Amy ambik Deluxe suite, murah sikit tapi besar. 


Macam biasa.... gambar benda-benda ni untuk kenangan, heheh.


Toilet pun nak tunjuk jugak. 


Mineral water dapat 2 botol, masa kat Avillon dapat 4 botol.



Irfan dah cop tenpat tidur dia. 







Kata pergi bercuti jadi terpaksalah bagi diorang rasa macam gi bercuti jugak. Mainlah layang-layang kat Klebang tu sampai hitam.
Selain Klebang, kami tak kemana pun ... maklumlah nama pun kampung kami, rasa macam semua tempat dah pergi. Banyak masa kami habiskan golek-golek dalam bilik hotel aje. 



 Silau.... pinjam mama punya sekejap.




Balik dari Klebang kai terus ke Crystal Bay, Alai. Kami sampai sana belum pukul 6 petang lagi, kodai pun belum buka baru susun kerusi meja. Sementara tunggu kedai buka kami menyinggah dulu kat pantai berdekatan. Sorry tak tau nama pantai tu.



Bila kedai dah buka...
Amy beli sikit aje taku tak habis. Udang 8 ekor, kerang bakar 400g dan sotong hampir sekilo. Itu aje. Selalunya kami beli lebih dari ni siap ada ikan masak 2 jenis lagi, sampai bungkus bawa balik sebab tak abis makan. Ingatkan kali ni murah lagi tapi hambikk harga lebih kurang jugak.

Masa makan ni kami boleh dengar lagi casher tu ajar kawan dia 'kerang bakar RM14 kalau rebus RM12'. Dalam hati Amy... banyak ke, sikit ke kerang tu tak kanlah dia nak kira sama kot?.


Concierge..
Masa nak check out malas pulak nak beratur. Nampak peti fast check out tapi rasa macam was-was pulak nak guna. Kang kalau dah masuk salah pulak nanti satu hal pulak. Orang yang kat kaunter concierge tu kata kalau dah buat payment masuk aje access card tu dlm kotak check out tu. Tak sangka senang aje. Tak payah beratur lama-lama.

Dari Melaka kami balik kampung Amy di Serting, Jempol. Lama jugaklah kami di sana. Sempat jugaklah Amy jumpa kawan-kawan sekolah dulu.


Kebetulan kami ada di kampung pada hari yang sama. Dalam masa 2 minggu Amy telah berjaya membesarkan diri... heheh.