Kasut Sekolah Sarung

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Salam Jumaat Semua, sekejap aje dah minggu kedua anak-anak kita start sekolah tapi Amy baru nak cerita pasal kasut sekolah. Sepatutnya ni cerita masa cuti sekolah tu, cerita basilah ni... heheh. 


Kasut anak lagi besar dari kasut mamanya

Anak-anak Amy sekarang kasut dah lebih besar saiznya dari saiz kasut Amy. Kasut Faris Amy pakai longgar, kasut Irfan lagilah  ... nenek Amy kata dah macam kapal 😂, tak lama lagi kasut ayah dia pun dia boleh pakaikan. Nasiim aje yang belum kalahkan Amy.

Tahun ni Amy belikan diorang kasut sarung aje. Senang, sarung terus jalan. Walaupun tak berapa 'hansem' kasut tu berbanding kasut jenis lain tapi dia paling jimat masa. Tak payah nak lekat-lekat, tak payah nak ikat tali. 

Faris aje nak satu kasut bertali, bersungguh dia nak beli masa tu. Dia tak pernah pakai kasut tali lagi ... dia tak tau lagi tu, abang dia dah rasa tahun lepas. Irfan terus serik nak pakai kasut bertali dah.

Nak pergi sekolah nak menunggu dia ikat tali kasut kang dah jalan-jalan tetiba tali kasut tu terbuka, kena ikat balik.... banyak cerita kalau kasut bertali ni.

Nasiim awal-awal lagi dah minta kasut sarung, dia kata senang.

Comments

  1. kalau laa time sek dulu ada kasut sarung mmg sy beli dah

    ReplyDelete
  2. kasut pilihan anak-anak hari ni, bukan takat kasut sekolah,...kasut sukan kasut jalan semua nak yang terus sarung gini :)

    ReplyDelete
  3. mudah kasut mcm ni. sarung je.. kalau cikyan. cikyan pilih yg mcm ni.. malas nak ikat tali kasut. haha

    ReplyDelete
  4. Sarung je senang. Sepantas kilat boleh dan bergerak ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. ehehee cool jugak kasut tu.. zaman dedulu je ada kasut lekat2 tu ke ada lagi sampai skrng ? ngeh3..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)