Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Husband Amy kata beli perabot kat Ikea aje ... senang semua ada kat situ tak payah keluar masuk kedai dah. Betul jugak kata dia, dah jimat masa kat situ. Nasib baik Ikea ada buat penghantaran ke Pajam.

Kalau pergi Ikea ... cuci mata pun berjam inikan pulak kalau nak beli barang. Nak-nak pulak kalau barang yang nak dibeli tu jenis banyak cerita. Nasib baik kami dah rancang dah dari rumah lagi barang apa yang hendak dibeli.


Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Puas belek sana belek sini tapi tetap jugak tak gheti. Belek komputer yang ada software dia pun tak gheti jugak, tanya staff yang kat kawasan tu tak membantu langsung last-lastnya pergi tanya adik yang kat bahagian sofa ni👆. 

Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Adik ni banyak membantu menjimatkan masa kami. Tunjuk aje contoh gambar yang kami nak pastu tambah sana sikit sini sikit tak sampai 10 minit siap. Siap dengan design, senarai barang dan harga. Tinggal bayar aje. 

Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Kalau lah buat sendiri rasanya terkial-kial sampai ke
malam pun tak siap lagi. Pasang pun upah diorang pasangkan. Punyalah banyak cerita besta ni. Poning kepalo den.


Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Adik tu siap bagitau lagi kalau ada barang lain dia boleh tolong masukkan dalam sistem nanti kita tinggal bayar aje. 

Bila dah tau ada jalan mudah kami pun apa lagi ambik gambar detail barang-barang yang kami nak. Tilam aje tak leh nak ambik gambar sebab kena ada staff yang punchkan order kita. 

Staff yang punchkan tilam tu tolong masukkan sekali barang-barang lain yang kami nak tu. Bagi kat dia nama barang-barang tu, nak pasang sendiri ke atau diorang pasangkan (caj 10% kot dari harga barang).

Bila penghantaran ke rumah dia akan tanya nak ambik sendiri ke atau diorang ambik kan. Kalau nak ambik punya banyak macam ni... jenuh ler sampai esok pun tak siap. Kalau nak diorang ambikkan kena caj RM25 untuk semua barang tu.

Selain harga barang Amy kena bayar:
Pasang kabinet Besta RM 221.++
Delivery RM150
Pick up RM25

Bila dia dah siap punchkan dia printkan senarai order kita tu dan kita tinggal bayar aje. Bayar pun kami bayar di atas aje tak payah nak beratur kat kaunter bawah tu panjang-panjang. Kat atas boleh bayar guna kad kredit sahaja kalau tunai kenalah join barisan yang panjang kat bawah tu.

Tak payah lagi ambik barang kat rak banyak-banyak tu, beratur panjang-panjang nak bayar pastu nak tolak pulak ke bahagian delivery.

Comments

  1. kalau delivery tu dia kira mcm mn yek? by KM o tmpt/kaw etc. ?

    ReplyDelete
  2. dilivery tu kira kawasan, Anies. Kira Jauh jugak dari Cheras ke Pajam,N9 tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)