hilmirdadaud.blogspot.my

Rumah Pajam : Terpaksa Buka dan Buat Semula.

| On
March 25, 2018
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ni Amy ada citer kan pasal tambah poin kipas kat ruang makan, Amy minta kontraktor yang buat tembok dan grill tu tolong buatkan. Buat poin aje tak pasangkan kipas pun.

Masa nak pasang kipas, punyalah lama en Hubby buat. 2-3 kali balik sana buat benda tu aje. Perasan dah wayar bumi tak de tapi pasangkan jugaklah kipas tu.... heheh.

Dah siap pasang semua tapi kipas tak boleh berfungsi... hadoiii. Dah lah panas. Turunkan kipas tu dan tukar kipas lain pulak, manalah tahu kot-kot kipas yang rosak tapi tetap sama jugak. Memang kena ada wayar bumi tu jugak.

Bila telifon balik kontraktor tu dia ada kat Johor. Tunggu punya tunggu sampai ke sudah, sampai hari ni dia tak muncul-muncul.


buat poin kipas

Dah tak tahan panas punya pasal En Hubby panggil kontraktor lain.    Nasib baik petang semalam jugak dia boleh buat.

Memula ingat tambah wayar bumi aje tapi bila dah buka.... adehhhh. Sambung sana sambung sini wayar kat dalam tu. Wayar dari suiz tu kaler merah bersambung dengan wayar hitam pastu sambung balik wayar merah. Pastu boleh pulak sambung menyambung dengan poin yang lain. Hangin betul.

Bukannya free. Sepatutnya dia buat betul-betul lah.

Semalam buat balik wayar-wayar tu, betulkan balik suiz yang terbengot tu dan siap pasangkan kipas. Alhamdulillah, kipas dah boleh berfungsi. Dia caj RM150 untuk semua tu, murah banyak dari kontraktor yang sebelum ni.

Lepas ni nak pasang kipas ke lampu ke, Amy panggil dia aje.
7 comments on "Rumah Pajam : Terpaksa Buka dan Buat Semula."
  1. kontraktor sblm ni mesti cincai jer tuh kan

    ReplyDelete
  2. ooo dia buat kerja main main eh cas mahal kemain.

    ReplyDelete
  3. Dah beranginlah dalam rumah sekarang.
    Bukan tuannya yang berhangin.

    ReplyDelete
  4. dh dpt hasil, bt keje cincai pastu hilang terus.... mmg ampeh betul yg sebelum tu ye kak.... nsb la ada kontraktor lain yg ok

    ReplyDelete
  5. kena cari kontraktor yg betul2 jujur dgn tugasnya https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. buat kerja mcm x ikhlas je... menyampah pulak sy bla bc ni!

    ReplyDelete
  7. Alahai, ciannya.. Kenapa laa buat kerja macam tu.. aniaya orang je kan..Sabar tau Amy.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)