Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air. Lambat sikit melapor diri... heheh.
Alhamdulillah, tertunai sudah hajat yang disimpat bertahun-tahun. Akhirnya kami dijemput untuk menjejakkan kaki ke sana. Cerita umrah pertama Amy ni banyak gambar syok sendiri 😅 kalau nak cepat abis tu scroll aje laju-laju ke bawah.
Bergambar sebelum berlepas bersama Ustaz Harianto (UHR).
Kami tiba di KLIA seawal pukul 10 pagi, kononnya kena berkumpul 3 jam sebelum berlepas tapi bila sampai sana tak nampak pulak yang lain.
Sepatutnya kami berlepas pukul 3 tapi delay ke pukul 5 petang. Merasa jugaklah Saudia belanja Burger King UHR pulak belanja nasi ambeng.
Kami tiba di KLIA seawal pukul 10 pagi, kononnya kena berkumpul 3 jam sebelum berlepas tapi bila sampai sana tak nampak pulak yang lain.
Sepatutnya kami berlepas pukul 3 tapi delay ke pukul 5 petang. Merasa jugaklah Saudia belanja Burger King UHR pulak belanja nasi ambeng.
Hari tu ada 2 group, group Amy seramai 44 orang ke Madinah dan 40 lebih lagi ke Jeddah. UHR pergi bersama sama group yang ke Jeddah.
Masing-masing excited sebab dah lama benar tak naik kapal terbang.
Tak pernah lagi naik Saudia ni ... sama aje dengan yang lain.
Masa pergi kami semua duduk sesama ahli keluarga sendiri. Masa Balik ... haru biru semua. Kalau group kita oklah jugak ni ni campurnya dengan group lain. Semua anak-anak Amy duduk ngan orang lain. Jauh-jauh pulak tu.
Sebelah Amy pulak anak orang orang. Bayangkanlah anak-anak yang masih kecil duduk jauh dari ibu bapa. Irfan dan Faris oklah jugak ni ada yang lebih kecik dari Nasiim... mau tak tentu arah maknya.
Pergi dan balik Nasiim dapat beg comel.
Makanan masa pergi ... masa balik pun lebih kurang camni jugak. Cuma masa balik lebih ramai pramugari orang Filipina dari mak arab. Layanan mereka jauh lebih baik.
Masa pergi air pun nak kena minta, layanan mak arab ni kurang sikitlah pada kita.
Airport Madinah... lepas barang keluar.
Nasib baik kami keluar cepat dari perut kapal tu, kamilah orang yang awal beratur kat imegresen Arab tu. Masyaallah punyalah lama nak kena tunggu. Dah sampai gilinan pun lama jugak nak kena menunggu kat meja diorang tu. Sempat berborak borak dengan orang meja sebelah.
Sapa yang lambat beratur memang lama lah nak kena tunggu, bukan kapal yang kita naik tu aje yang sampai waktu tu, kapal lain pun ada jugak.
Kami sampai pukul 9 lebih waktu sana. Tak boleh nak lepak-lepak lama dalam tu sebab dah kena halau ngan pak arab kat dalam tu... heheh.
Kami disampaikan berita bahawa dah 3 hari kat sana diistiharkan cuti kerana ribut pasir, tak pasti Madidah aje atau pun satu Arab Saudi.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga mendapat umrah yang mabrur
alhamdulillah... dah selamat smpi akk kita ni... sihat ke spnjg kt sn?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Seronoknya. Dah lama tak pergi umrah. Best kan naik Saudia. S.K. kalau pergi, memang selalu naik Saudia.
ReplyDeleteSemoga kita dijemput lagi menjadi tetamu-Nya, amiin. In sha Allah
bestnya kak sampai ke sana ngn family....
ReplyDeletetak sbr nk tunggu sambungan cite akak nih.... pak arab ni main halau2 je yek
Mana2 perjalanan ke mekah dan madinah mmg x ada air tuut. Hehe .oh.madinah dulu ye. Nanti sambung lagi tau Amy. Syok pada yang menulis dan membaca. Serius
ReplyDeleteAlhamdulillah perjalanan yang lancar..
ReplyDelete