hilmirdadaud.blogspot.my

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

| On
December 15, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Memula ingat nak beli tiket online aje. 2-3 kali jugaklah masa nak bayar tu tetiba rasa nantilah ... buatnya tak jadi pergi, membazir duit aku aje. Sudahnya beli tiket kaunter aje.

Kami sampai di Oriental Village pukul 9 pagi, jauh jugak dari Kuah nak ke sana. Lepas breakfast aje terus jalan.

** n3 super panjang menjela... banyak gambar syok sendiri, heheh.

naik skycab

Gambar ni ambik masa nak keluar, masa masuk tak sempat sebab nak cepat takut kaunter ramai orang.



naik skycab

Perjalanan menuju ke kaunter Sky Cab...


naik skycab

Terus menuju ke kaunter ... fuhhh lega. Kami ambik kombo skycab, skydome dan 3d art. Dewasa RM40 kanak-kanak RM30.

Skytrex masa tutup tutup. Amy memang takkan pergi skytrex tu, Cik Ya aje yang suka aktiviti macam tu. Amy dah merasa benda-benda tu masa sekolah dulu, cukup lerrr.

naik skycab

Bila dah masuk dalam ... haaaa hambik.

Kalau beli tiket online pun kat sini tetap tak lepas jugak. Lainlah kalau banyak pulus, ambik yang express line tak payah beratur macam ni.

naik sky cab

Sejarah Langkawi SkyCab ...

naik skycab

Berdebar-debar ... sebenarnya mamanya yang paling takut nak naik skycab ni.

naik skycab

Kami berlima + 1 orang pekerja dia.

Memula ok aje, relax aje mamanya ni ... tak sampai sepuluh minit kemudian angin bertiup punyalah kuat, tingkap-tingkap kecik skycab tu terbuka ... bunyi angin menderu-deru + goyang-goyang sikit ... hadoi hadoiii hadoiii. Tak nak aku naik dah benda ni lagi.

Bayangkan kalau ambik gandola yang bottom glass tu, siang-siang Amy dah pengsan.

Dalam takut tu sempat jugak bertanya kat staff yang naik sekali tu, hari-hari dia naik, angin-angin ni benda biasa aje ke? hahaha dah tau tanya lagi, dah memang tiap-tiap hari mestilah dia dah biasa.


naik kereta cable

Sampai hentian pertama staff tu turun, kami tak turun pun. Alahaiii konit benar tempat tu, dahlah aku ni tengah ketakutan, nak suruh turun kat situ ... memang tak lerrr.

Si Irfan tu dulu masa kecik-kecik naik semua benda dia takut, kali ni dia pulak kata best.



Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Pemandangan dari atas... 

Mana Lautan Hindi ... mana Lautan Andaman ... mana pulau-pulau Thailand, Amy pun tak tau. Kena pakai kamera lagi canggih lah ni.


dari atas gunung


dari atas gunung

Sky Bridge ...

Kami tak pergi sky bridge tu, nak naik sky glide kena bayar Rm15 nak jalan kaki kena bayar RM5 tak silap Amy. Semua nak kena bayar ... tak payah. 

Sebelum naik kat atas ni ada orang nak ambik gambar. Inilah part yang paling Amy tak suka. Mula-mula dah kata tak nak tapi diorang kata nanti kalau tak nak tak payah pun tak pe.

Tapi nanti masa dah turun dia dah siap-siap print gambar kita tu letak dalam fremlah kat botol air lah, harga RM50. 

Tak kanlah setiap ambik gambar tu nak beli, kalau RM5 tak pelah jugak, sepuluh pun boleh ni RM50 mau beratus nak bayar. 

Bila kita tak nak ... apa yang diorang buat ngan gambar kita tu, diorang buang aje dalam tong sampah ke?

Tak boleh ke diorang ambik aje dulu kemudian kalau kita nak baru print, tak delah muka aku masuk tong sampah.

Tak pelah, tak de dalam budget duit untuk gambar sampai beratus.



atas gunung

Amy tak taulah mata Amy yang sinsitif atau pun cahaya matahari kat Langkawi ni ... mata mesti silau, dah pakai cermin gelap pun silau jugak.


amy hilmirda atas gunung

Kalau minta En Hubby ke anak-anak ke memang tak boleh nak posing-posing, asalkan diorang ambik gambar aje dah cukup baik.

Kena minta Cik Ya dan Cik Limah jugak yang jadi tukang ambik gambar.

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Setakat ni, inilah tempat paling tinggi kami bergambar. Dalam kapal terbang tak kira tau.

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Inilah gayanya kalau suruh dia bergambar, dia malas nak layan bab-bab berposing ni 😭.

Angin punyalah kuat sampai tudung kat belakang boleh tutup muka, nasib baik aku pakai inner tudung... huhuhu.

dari atas gunung



Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Bukan senang nak dapat gambar dengan awan macam ni, selalu awan tu nampak kocik aje, nampak jauh aje.

atas gunung

Agaknya apakah itu?

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Sapa pernah pos surat dari sini ?. Tingginyalah peti pos ni, 

naik kereta cable

Masa turun, sebelum sampai hentian pertama tu angin punyalah kuat, Amy tutup mata rapat-rapat.

Sempat Amy bagi warning ... " Lain kali jangan ajak mama naik benda ni lagi" 😂.

naik kereta cable

Lepas hentian pertama tu angin dah ok, dah tak de goyang-goyang dah, walaupun nampak kecuraman masa nak turun tu tapi Amy dah boleh tergelak dah.

Tak silap Amy, ada terbaca masa nak naik tu 'benda' ni paling curam (42°) dan paling panjang kat dunia kot. 


Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Nampak air terjun Telaga Tujuh.


naik sky cab

 Hujung sana, line beratur kat kaunter dah panjang menjela.

sky dome langkawi

Sampai aje kat bawah terus pergi Sky Dome. Ni tengah tunggu pintu buka. Tak lama pun kat dalam tu, kojap aje.

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Sky Dome dari luar.


Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Pastu pergi 3D Art Langkawi.

Punyalah banyak ambik gambar kat sini, macam macam aksi, macam macam style. Bukan anak aje yang seronok mamanya pun seronok jugak... heheh.

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab


Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab


Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab



Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab


Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Ada kedai jual makanan...

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Toilet...

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab

Sebelum balik singgah beli cendol dulu.

Kononnya nak singgah pantai mandi laut tapi masa tu dah 11:30, punyalah panas, terus balik aje ke Kuah. Kang ada jugak yang pengsan.


4 comments on "Bercuti Di Langkawi -Pagi Hari Di Oriental Village Naik SkyCab"
  1. dah 2x naik cable car tu. tp sky bridge cuma 1x sbb masa lawatan kedua ia ditutup. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. adoi hai, teringin nya nak pi. tapi entah kan bila. haha. padahal saya orang kedah ja pun. haha

    ReplyDelete
  3. skydome tu ckp laa sekali sy msk..

    time cuti sek kan... fhm2 je laa kalu Q pnjg..

    ReplyDelete
  4. teringinnya nak naik skycab tuu! tapi kan.. sebenarnya.... sekali lalu baca tajuk entri ni, saya terbaca 'sky CRAB' hahaha.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)