Vaksinasi Covid19 - Booster Dose

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..




 Alhamdulillah, booster dose Pfizer hari ini di Klinik Kesihatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.11:35am dah boleh balik. Sampai rumah, dah start rasa tak best terus telan penadol sebiji. 


Kawasan aku pun terjejas jugak. Flat PPR sebelah ni pun dah start tak de air. 'Bangunan rumah' aku ni nasib ler tak ramai yang ada kat rumah. Semoga air yang kat dalam tangki tu dapat bertahan sehingga keadaan kat loji air tu pulih semula.

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Mereka

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Semoga dipermudahkan segala urusan buat mereka yang terjejas dengan banjir dan kebakaran. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.



Kebakaran di Flat Sri Johor yang tak jauh dari rumah aku.

Hulu Langat juga teruk terjejas.

Dua tiga hari ni berita sedih datang bergilir-gilir. Kemalangan yang meragut banyak nyawa tak hilang lagi sebak di dada kemudian banjir pula tiba. Banjir di Selangor belum surut lagi, kebakaran pula yang tak jauh dari rumah aku. Ada juga rumah yang terbakar ketika banjir melanda.



Sebelum ni aku hanya siapkan dokumen penting aje untuk detik-detik kecemasan, nampaknya lepas ni kena tambah lagi benda-benda yang lain.

Rumah nenek dan adik adik aku kat N.Sembilan semuanya ok, alhamdulillah walaupun hujan agak lebat. Rumah aku kat Pajam tu tak tau apa citer. Dah setahun tak berjeguk sejak PKP akhir tahun lepas. Ada bahagian yang bocor tak sempat en hubby repair masa balik sebelum ni, hujan-hujan ni bimbang juga ruang tamu jadi kolam renang pulak.


Hari Sabtu lepas ... hari yang hujan satu hari tu, aku teman en hubby pergi Plaza Glomac kat Shah Alam tu. Balik dah pukul 12 tengah hari, masih hujan. Alhamdulillah sebelum zohor kami selamat sampai rumah.

Petang tu masa tengah tunggu si Irfan kat kedai gunting rambut, start dapat berita air dah naik kat banyak tempat yang kami lalu pagi tu.



Drama, Movie dan Cartoon.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang ni aku dah tak selalu sangat 'tengok' drama dan movie online. Bukan hari-hari. Biasanya aku akan tengok masa lipat dan gosok baju. Tak delah rasa bosan masa tu.

Tapi...

Sepatutnya kejap jadi lama pulak kerja-kerja tu... heheh.  

Drama The king's affection

The King's Affection (2021)

Drama 20 episod yang baru completed semalam. Aku masukkan dalam 'My List' kat netflik tu dulu tunggu dia complete baru tengok. 

Bagi aku drama The King's Affection bestlah jugak tapi kalau nak repeat sekali lagi buat masa terdekat ni mungkin tak lah kot. Drama ni tak delah sedih dalam kategori 'sedih' tu. Tak delah memanjang aje air mata aku nak berjurai macam air hujan.

Kalau nak tengok drama yang macam ni kena tunggu waktu semua orang tak de dalam rumah ni. Mata aku ni keluar air mata sikit pun dah merah jadi tak best lah kalau anak-anak dan en hubby nampak.


Movie Korea

Miss and Mrs Cop (2019)

Citer ni ok lah bagi aku. Yang kelakar tu bila diorang buat tattoo. Sorang buat tattoo FBI dan sorang lagi NYPD.                `


Drama Korea

Inspector Koo (2021)

Drama 12 episod yang baru jugak selesai. Yang ni aku tengok tiap-tiap minggu.


Movie Korea

Miss Granny (2014)

Movie ni dah lama tapi baru ni baru rasa nak tengok. Nenek tu ambik gambar untuk funeral dia tapi terus jadi muda lepas tu. Masa dah hujung movie, bila turn si atuk tu pulak jadi muda.... punyalah handsome atuk tu, masa tu jugak si nenek tu suruh pergi derma darah supaya jadi tua balik 😂. 



Bila tak ada drama atau movie yang menarik ... aku tengok cartoon Doremon ni aje masa lipat atau gosok baju tu 😁

Aku punya Pets

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Buat masa ni aku ada 3 ekor pets, 2 ekor dapat free dan sekor lagi tu ... ðŸ’ļðŸ’ļðŸ’ļ duit tabung aku. Pet yang $$$ tu dah bertahun menjadi idaman kalbu tapi tahun ni beli itu disebabkan pet lagi 2 ekor tu.


Lulu and Luna

Si Lulu dan yang belakang hidung comot tu si Luna.

Budak bulus 2 ekor ni ... langsir, sofa, tisu, pendek kata semua dalam rumah ni harta dia. Semua ada trade mark dia. Tudung aku pun ada tanda dia. Bila kita sibuk mengemas dia sibuk mengembur. Pantang jumpa tisu abis ler satu rumah jadinya. Pendek kata si bulus ni penghibur hati, pengembur rumah dan tukang tambah kerje aku.




Pet aku yang sekor lagi ... si Robot berketurunun Roborock.



Walaupun bertahun ambik masa fikir nak beli ke tak tapi bila dah beli tu rasa berbaloi sangat. Tiap-tiap hari dia tolong vakum bulu si bulus yang bersepah satu rumah. Lantai pun dia tolong mop sekali.
Walaupun harga dia mahal masa beli lepas tu tak banyak citer dah. Caj bateri sampai penuh, bersihkan tempah sampah dan mop. Sekali sekala tukar spare part, tu aje.
Kalau dibandingkan si bulus dengan si robot. Si bulus tu punya 'maintenance' lagi banyak citer dan banyak ðŸ’ļðŸ’ļðŸ’ļ.


Happy ler dia tu...







Shopee Free Shipping Punya Angkara...

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Barang aku dalam online shopping cart tu jumlahnya akan bertambah setiap hari dan ada masa dia akan berkurang tapi belinya ntah bila. Sapa yang selalu buat macam ni? 😁

2-3 hari lepas aku ambik peluang guna shopee free shipping voucher untuk beberapa barang dalam cart tu. Biasa beli 1 atau 2 barang aje tapi hari ni berderet sampai depan pintu 😊


magnetic mask chain

2 in 1 magnetic mask chain 


Knitwear Women Waffle Loose Tshirt Ironless

QFM Knitwear Women Waffle Loose Tshirt Ironless




Scrunchies Set with Gift Box Birthday Gift Set Hairband Korea Hair Tie Surprise Gift

Scrunchies Set with Gift Box Birthday Gift Set Hairband Korea Hair Tie Surprise Gift for Her Girlfriend Student Present 


Beli untuk diri sendiri...
Kena guna getah ikat rambut lain dulu baru boleh pakai dia ni. Kalau pakai dia aje, melorot ke bawah. Boleh 2 kali simpul aje. Satu pun aku tak boleh pakai 😞.


Choco Tub Nims

Choco Tub Nims - Biasa aje rasanya.

Extra Large Cat Scratcher Sofa Scratching Board Cardboard

Extra Large Cat Scratcher Sofa Scratching Board Cardboard 

Kedai 👉  pafpetstore

Model 👉 Si Luna baru lepas mandi 😄

Tempat sangkut-sangkut aku kat entryway dah siap.

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Tempat sangkut-sangkut aku dah siap. Khas untuk aku yang tak berapa tinggi ni nak pakai tudung,  tempat aku nak sangkut beg pergi kedai dan sangkut tudung.

Kalau satu hari 4-5 kali nak kena keluar masuk takkan lah nak simpan kat bilik kan.

ikea entryway idea
Tiru dari Ikea Cheras showroom.


Cermin di pintu masuk

Inilah satu satunya tempat kat rumah ni yang aku tak perduli cantik ke tak, janji praktikal.

Kayu kat dinding tu pakai kayu yang kat rumah ni, bukanlah kayu yang sesuai untuk lekat kat situ. Tapi tak kan nak buang kan, pakai ajelah walaupun tak lurus.


Stoking boleh sangkut bawah kerusi kat oven.
Masalah sekarang ... mana nak sangkut jubah. 
Bila posman datang ... sarung jubah dan tudung terus boleh keluar. Tak de lah lama posman tu nak menunggu.

Si Nasiim dan si Faris sempat lagi belek rambut kat sini sebelum keluar pakai kasut sekolah. Siap bawak sikat kat situ 😄

Pendaftaran MUET Sesi 3, 2021

 

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Pendaftaran MUET sessi 3 akhir Julai lepas aku nak daftarkan untuk si Irfan sebelum dia abis Asasi. Hari tu dia ada kelas jadi mak dialah duk mengadap laptop.

'Semak kekosongan baru beli nombor pin' ...  

Dari pukul 10 sampai pukul 1 lebih asyik ler loading website tu. nak tengok kekosangan camner?. Tarikh tutup lama lagi .... hari tu hari pertama, tengah hari pun belum lagi, sementara menunggu tu aku belilah nombor pin online nanti senang. 

  Bila ada kekosongan baru beli nombor pin - bunyi macam kita ada masa, tak terkejar kejar.

TAPIIIIII.....

Kalau tinggal kat KL tapi nak ambik peksa kat negeri lain boleh lah. 



Pukul 1 lebih baru dapat masuk tapi Kuala Lumpur, Putrajaya, N. Sembilan tak de kekosongan 😭😭😭

Camner diorang dapat rebut peluang. Mesti Internet diorang lagi power kan.

Nombor pin yang dibeli online 27 Julai dapat pada 29 Julai 😭😭😭

Katakanlah ada kekosongan masa beli nombor pin tu tapi selepas 2 hari ... ada lagi kosong kat Sabah dan Sarawak.


Si Lulu Sakit Mata

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mulanya nak ambik si Luna aje tapi bila tengok keadaan si Lulu yang masa tu sakit mata (comot habis), aku takut tak de orang nak ambik dia. 

 Pagi pagi aje kena bersihkan mata dia kalau tak mata dia tak boleh buka. 

Kesiannnn.

Kena guna kain lembut yang lembab dan suam.


Ubat kucing sakit mata

Ni Lulu lepas kena vaksin... sakit mata dah lama baik heheh.


Risau juga sebab anak kucing Amy dulu maknya yang setelkan masalah tu... heheh.

Kawan Aku yang bela berbelas ekor kucing bagitau, dia bawa kucing pergi klinik tapi ubat mata yang diberi sama macam ubat mata dia... 

Kenalah pergi farmasi beli ubat mata. Padahal klinik haiwan tu lagi dekat dengan rumah. Siap ler minta ubat mata untuk budak kecik 😅.

Ubat mata tu guna satu titik aje (sikit aje bukan satu titik yg banyak) selepas mata dibersihkan. Keesokkan pagi mata dia tak kena gam dah. Sekali tu aje guna ubat mata. 

Alhamdulilah.


nota kaki : draf bulan ogos dulu baru ni nak publish :)

Mengadap blog - Terpaksa tukar template

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah blog ni buat macam-macam citer, ada aje yang tak kena. Aku malas nak layan, kalau layan satu keje pun tak jadi. Dua tiga hari yang lepas masa mencari resepi yang pernah aku share dulu-dulu, punyalah lama dia loading.... loading... loading, sakit hati betul.

Nak tak nak terpaksalah mengadap blog ni balik... huhuhu.


Cara paling senang, tukar aje theme lama tu ke theme yang dah disediakan. 

Memula 'Simple' theme - 3 post pun punyalah panjang menjela ke bawah.... hahaha aku malas nak letak 'jump break' setiap post.

Contempo punya theme - mengadap lelama dah siap rasa semak pulak blog tu. 

Tukar ke Notable - rasa pelik.



Soho ni pulak, aku suka jugak ler tapi post yang 3-4 kotak tu tak sama besar pulak. Bila pergi ke post, post tu tak center. Ehhh macam-macam ler yang tak kena kat mata.
Nak belek HTML - kirim salamlah jawabnya.


En hubby kata nak senang tempah aje .... ehhhhh tak naklah. Kalau aktif macam dulu ok lah jugak ni jengah pun setahun 5-6 kali aje. 

Blog ni lama tak up date bukan pasal tak cukup masa tapi kebanyakkan masa asyik 'mengskroll' IG dan Shopee tu aje 😎😎😎

Sudahnya ambik ajelah Emporio ni haaaa walaupun tak bekenan dengan part latar belakang yang ada gambar blur tu. Nampak semak kat mata ni. 


Bolehlah dari tak de. Kalau rajin ... mungkin bertukar lagi kot lepas ni.