hilmirdadaud.blogspot.my

Tesco Ampang.

| On
May 06, 2012
Assalammualaikum..

Hari ni amy bawa anak2 gi Tesco Ampang naik teksi aje. En hubby Amy tak balik minggu ni. Minggu lepas gi Fokus Point nak tukar cermin mata Ameer Irfan tp bingkai plastik tak de so tukar kaca dia aje. Semalm nak gi ambik, Ameer Faris pulak demam. Pukul 10 pagi kami keluar dr rumah, hari pun macam nak hujan nasib baik cepat dapat teksi.

Sementara menunggu cermin mata siap, bawalah budak2 ni gi naik... benda2 yg dlm gambar ni. Tak tau nak panggil apa..


Ameer Irfan dan Ameer Faris



Besar benda ni.. 3 sekali boleh naik. Guna satu token aje.



Lepas tu naik pulak benda ni.


Ni pulak aksi budak tak puas hati tak dapat pegang stereng.. tak dapat pegang stereng tak nak naik.

Ingatkan lepas tu nak bawa dia org masuk kat tempat yg ade byk mainan tu. Nama pun tak ingat... apelah Amy ni kan. Seorg budak RM3 utk 2 jam. Tak jadi pergi sebab lama sangat. Tak kuasa nak tunggu sampai 2 jam. Perut pun dah lapar.


Lepas ambik cermin mata, singgah kat kedai ni kejap. Ameer Irfan nak beli buku. Ameer Faris tak puas hati sbb tak dapat. Sebelum ni dia dah dapat buku dahh..


Sebelum keluar dari Tesco tu ade org bagi book mark ni ..


 Buku yang Ameer Irfan beli.

Bila dah nak sampai rumah baru teringat.. sebelum ambik cermin mata tadi, Amy ade singgah kat kedai gambar. Ambik gambar ukuran passport utk Ameer Irfan, dah 2 minggu ustazahnya minta. Malangnya Amy dah terlupa dan terus balik.... dah bayar RM12 pulak tu..huhuhu..


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)