Showing posts with label Vaksin. Show all posts
Showing posts with label Vaksin. Show all posts

Vaksin Covid 19 - Akhirnya....

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera. 


Akhirnya dos pertama vaksin Covid 19 untuk Irfan semalam di Klinik Kesihatan Kg Pandan. Kawan-kawan dia dah dapat dos kedua, dia baru nak dapat dos pertama. 


vaksin covid

Sepatutnya dia dapat dos pertama pada 4 Disember 2021 di Klinik Kesihatan Cheras tapi Kuala Lumpur cuti hari tu dan ditangguh ke 10 Disember 2021 si Irfan pulak peksa hari tu. Kenalah tangguh.

Muet on Demand pada 19 Disember 2021 tak boleh ambil kerana masih lagi belum divaksin. 

vaksin covid 19


إن شاء الله dos kedua 4 Februari 2022 dan 6 Februari 2022 dah kena masuk asrama kat Dengkil tu, MoD tak tau lagi bila.

Vaksin - Temujanji Pertama

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah dah dapat dos pertama untuk Vaksin semalam. Husband Amy dah dapat awal bulan Julai kat Hospital Pantai Cheras, dekat jer dengan rumah. Amy pulak dapat kat KLCC Convention Centre.

Kebetulan 2 orang kawan Amy pun dapat hari yang sama sorang kat SCCC Setia Alam sorang lagi kat UITM Puncak Alam (dekat2 kaw diorang). Walaupun masing-masing kat tempat lain tapi rasa macam pergi sama-sama. Dari pagi lagi dah kecoh kat group WA tu. Jauh di mata dekat di WA 😂.

ppv klcc convention center


Amy pergi naik Grab aje, En Hubby sambil keje sambil tengok anak-anak kat rumah. Dari pintu utama nak ke pintu masuk tempat ppv tu punyalah jauh.

ppv klcc convention centre

Dah masuk pulak dari tempat pertama ambil borang sehinggalah tempat menunggu terakhir tu, punyalah jauh.


vaksin, nombor giliran

Lepas terima vaksin terus pergi tempat menunggu. Masa menunggu tu Amy tengok orang lain punya borang semuanya tinggal 1 helai, Amy aje yang ada 2 helai lagi. Amy tak perasan bila kena serahkan borang tu. 
Dari pukul 3:25 hingga pukul 4 petang Amy tertanya-tanya dalam hati, bila? kat siapa? akhirnya Amy panggil petugas yang lalu lalang tu. Tak sampai 3-4 minit nama dah kena panggil. Menyesal betul tak tanya awal-awal.


klcc, vaksin

Balik Amy ambik Grab kat KLCC, rupanya kalau masuk dari arah KLCC lagi dekat dengan pintu PPV tu dari masuk ikut pintu utama.

Lama tak menyinggah KLCC ni. Kebetulan lalu ambik kesempatan menyinggah kedai RotiBoy tapau untuk anak-anak.



vaksin, gejala



Hari ni ada yang share malam tadi dah start rasa gatal/miang satu badan. Ada kawan-kawan yang pergi lagi awal pun share benda yang sama. Ada pula yang demam. Alhamdulillah setakat hari ini Amy rasa sengal-sengal aje kat tempat cucuk tu.
Ada yang buat saja lawak dia rasa dia semakin Lawa 😂😂😂
Dah 20 tahun tak jumpa namun kat group WA tu tetap kecoh. Hari-hari tak kering gusi.