Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Blueberry Cheese Tart... sedapnya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya Nasiim minta buatkan blueberry cheese tart tapi angin M mamanya susah benar nak pergi hehehe. 

Hari Rabu lepas Amy barulah angin rajin datang so Amy pun buatlah shell/crust resepi dari kak Azlita. Sebelum ni Amy guna resepi yang Amy belajar dari kelas Cikgu Rahmah Taman Maluri tapi kali ni nak cuba resepi lain pulak. 



Hari Rabu pagi Amy buat ... hari Khamis baru jadikan dia shell/crust.  Sebenarnya kena biar semalaman aje tapi Amy lama pulak. Resepi Blueberry cheese tart ni lebih senang dari yang Amy buat dulu.

Memandangkan Amy tak pernah cuba lagi resepi ni jadi Amy buat crust ni tebal sedikit dari biasa. Kalau yang biasa tu nipis sikit aje bila dah masak mudah benar pecah.



Resepi ni kak ita kata dapat dalam 40 ketul dan Amy gandakan dia, maklumlah kalau kat rumah Amy ni kejap aje abisnya.


Shell/Crust
Diambil dari : Kak Alita

170g butter atau majerin - Amy guna buttercup dlm tin sbb yg ketul dah abis.
50g gula aising
290g tepung gandum - diayak
1 biji telor gred C
1 sk esen vanila
acuan tart.

Caranya:

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula sehingga sebati. Jangan lama sangat.

2. Masukkan telor dan esen vanila. Putar lagi

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.

5. Balut doh dengan plastik dan simpan semalaman dalam peti ais. Jangan kat tempat beku tu pulak ye heheh.



Amy balut dia macam ni aje pastu simpan dlm peti ais.

Nak buat dohnya kejap aje .. nak buat crustnya pulak, ya allah punyalah lama. Konon buat pagi-pagi nanti sempatlah nak ke kedai beli cheesenya tapi pukul 12 baru siap. 

Mungkin sebab Amy tak biasa buat tu yang lambat kot. Last sekali Amy guna acuan yang besar sikit, dapatlah 17 ketul tak sampai setengah jam dah siap. 



Ambik sedikit doh dan tekankan kedalam acuan tart. Cucuk ngan garpu sebelum dibakar. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170.   Amy bakar 25 minit baru dapat kaler yang cantik. 

Crust ni boleh disediakan awal dan simpan dalam bekas kedap udara. Tunggu crust benar-benar sejuk sebelum letak filling dan cheese.


 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Inilah hasilnya... crust ku yang tebal.

Amy suka crust ni sebab dia rangup kalau resepi dulu dia rapuh.


Terlambat sikit aje ... hambik dah tak cantik dah. 

Nilah orang kata ' Don't judge a book by its cover ' hehehe. Walaupun dah tak cantik tapi dia masih lagi sedap tapi nak ambik gambo takkan nak letak yang gelap ni kan.

Hari Jumaat Amy demam pulak. Kalau setakat demam aje ok lagi kena selsema sekali, adeh mata nak tutup, kepala sakit tapi kuat kan semagat jugak nak menyiapkan cheese tart ni.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.


Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Pastu tekan aje kan senang. 

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. 


Abaikan cheese Amy yang tak lawa ni, nak cepat punya pasal.

Bahan-bahan cheesenya pula...

250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Caranya :

1. Keluarkan cheese awal sikit tapi jangan sampai ke suhu bilik pulak cream cheese tu.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Masukkan ke dalam piping beg.
5. Picitkan ke dalam shell yang ber'filling' tadi. Letak sehingga ia penuh dan membuncit.



Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.







  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.  

  • Amy pulak masukkan aje dlm piping beg pastu lorekkan atas cheese. Kes nak cepat punya pasal.




    Bakar selama 5 minit dgn suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari kalau tak melekat, maknanya dah masak. kalau tak tambah seminit lagi. Amy guna Amy atas bawah tapi letak kat rak bawah.

    Resepi ni Amy gandakan bahan untuk crust jadi Amy dapat 97 ketul crust. Cheese pula Amy buat satu aduanan dan dapat untuk 80 biji. Tak cukup untuk semua crust.



    Tart ni memang sedap kejap aje dah tinggal separuh. Sempat jugak anak-anak buat bekal ke British Counsil.




    No Bake Strawberry Chocolate Tart... sedapnya.

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Dah 2-3 hari Amy jumpa resepi ni kat youtube... pagi semlm gi JJ nampak pulak Strawberry terus teringat nak buat tart ni. Strawberry Amy beli yang murah.. yg diorang dah potong2 tu kalau beli yang cantik molek tu mahal oooo.



    Tart ni simple aje bahan2 pun ada kat dapur tu + tak payah bake... so zassss kejap aje siapnya.


    Tart yang Amy buat ni agak manis sbb Amy guna Rich whipping cream. Kalau ikut resepi yg asal mungkin tak manis sangat. Heavy cream yg ada tu tak buka lagi + Amy malas nak buka nanti bakinya sikit aje n tak tau bila nak guna lagi.



    Strawberry dan kacang yang Amy letak ni tak cukup... kena letak banyak lagi supaya coklat tu tak rasa manis sangat. 

    Nasihat Amy pada siapa nak cuba resepi ni... ikut resepi yang asal ye pakai heavy cream. Rich yg Amy guna tu dah memang manis pastu pakai pulak milk chocolate lagi lah manis hehehe.



    Sila tonton video kat bawah ni ... 




    No Bake strawberry Chocolate Tart
    ambik kat Home Cooking Adventure.
    Versi Amy Hilmirda 

    Bahan-bahan:

    330g biskut oreo - hancurkan
    110g butter - cairkan
    200g milk chocolate
    100g dark chocolate
    200g heavy cream - Amy guna rich.
    Strawberry - sesuka hati
    Badam

    Cara-caranya:

    Masukkan butter yg telah dicairkan ke dlm biskut oreo yang telah dihancurkan. Sebatikan.
    Masukkan dlm loyang tart.. Amy pakai yg bulat sbb tak ada mcm yg dlm video tu. Tekan-tekankan mcm buat tart yg biasa tu pastu masukkan dlm peti ais.

    Amy double boilkan cream tu... suam aje pastu Amy masukkan coklat...mcm buat coklat ganache aje caranya. Tuangkan coklat tu kedlm kulit(base) tart tadi. Hahaha Amy pun dah lupa nama dia.

    Letak stawberry atas dia dan masukkan dlm peti ais. Paling kurang 2 jam atau semalaman.



    Strawberry yang Amy guna tu masak sangat jadi bila potong dia keluar air.


    Tukang Rasa..



    Tak berapa keras... kalau tunggu lama sikit dlm peti tu mungkin lagi keras kot.



    Tat Nenas Gulung...

    Assalammualaikum....

    Amy suka sangat biskut tat nenas gulung, setiap kali raya mesti cari biskut ni.


    Amy jumpa resepi ni kat forum cari...  resepi dari Kak Anis ni memang sedap. Ramai yang dah cuba resepi ni pun kata sedap.

    Terima kasih kepada Kak Anis kerana tidak lokek berkongsi ilmu. Banyak yang Amy pelajari dari Kak Anis. 



    Tat Nenas Gulung
    oleh: Kak Anis Suraya




    Bahan-bahannya:
    200g butter - Amy guna buttercup yg dlm tin tu aje.
    50g majerin - Amy guna Daisy.
    1/4 cawan gula halus.
    3 cawan tepung gandum - diayak.
    1/2 cawan serbuk badam yang telah disangai.
    1 biji telur.
    Jem nenas secukupnya - Amy guna perisa strawberry.
    Kuning telur + pewarna kuning telur secukupnya.

    Caranya:
    1. Gaulkan tepung, gula dan serbuk badam sebati.
    2. Masukkan butter dan majerin. Gaulkan lagi sehingga menjadi seperti serbuk roti.
    3. Masukkan telur yang telah di pukul manja sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut tapi tak perlulah menguli sepenuh tenaga mcm nak buat roti tu. 
    Kalau doh mcm keras sedikit ambil sedikit butter dan digaulkan pada doh sehingga doh menjadi lembut dan senang di tekan. Doh yang keras akan menyebabkan anda bekerja keras sambil terangkat2 badan... hihihi.


    Selamat mencuba...