Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Khamis 22 Feb 2018 kami dibawa ke Thaif. Program ni berbayar dan siapa yang tak nak ikut boleh tinggal di hotel. Caj yang dikenakan RM100 seorang. 

En hubby masih lagi demam tak boleh bangun Nasiim pulak kali ni nak ikut. MIL dan FIL pun ikut jugak sebab dia kata murah, yang sebelum ni dia pergi dengan agensi lain lebih mahal.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif
 Menunggu jemaah yang lain. FIL siap bawa ihram lagi.



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif
 Bangunan coklat ... hotel setahun sekali ( macam tulah bunyinya).

Bila tiba musim haji aje baru ada orang hotel tu. Dekat dengan tempat melontar tapi orang kayaaaaa yang duduk kat situ. Kalau ada ratus ribu bolehlah berangan. Tapi tak de lagi kot orang kita yang duduk kat situ.



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

 Sejauh mata memandang...


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Khemah berkapet hijau dan ada air cond, khemah mahal. Kalau ambik pakej berpuluh ribu bolehlah dapat yang macam ni.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Nunnnn di sana, yang bertingkat tu .... Kompleks melontar.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Khemah jemaah haji Malaysia di sebalik terowong tu. Punyalah jauh dari tempat melontar.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif



unta tepi jalan

Pemandangan sepanjang highway... kiri kanan depan belakang bukit batu, unta dan belukar. Arab Badwi pun masih ada lagi, ingat tak de dah.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Ladang unta di tepi jalan.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Masjid Miqat Qarnul Manazil

Jauh jugak Masjid ni dari Mekah, lebih sejam perjalanan. Kat sini kami berhenti makan tengah hari dan solat Zohor. 

FIL bawa ihram untuk berniat umrah di sini tapi dinasihatkan agar tukar dan niat masa balik ke mekah nanti.

Kat sini suhu agak sejuk sikit berbanding Mekah. Angin pun agak kuat.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Bahagian masjid yang satu lagi. Kat sini banyak kedai, pakir, toilet dan bilik mandi.

Antara masjid miqat yang kami pergi, masjid ni lah toilet dia paling bersih dan cantik kalah Masjid Bir Ali.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Lepas tu kami ke Kilang proses bunga ros pulak. Tak delah besar mana pun kilangnya. 

Kami diberitahu bahawa Taif mengeluarkan bunga ros yang terbaik di dunia. 

Satu aje ke kilang bunga ros ni ke ada banyak kilang lain lagi kat situ? lupa nak tanya ustaz.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Sebelum masuk pergi kat ladang bunga ros kat belakang.

Puas Amy belek... apa yang nak ditengokkan sebenarnya ni? Pokok rosnya mana? Tengok pokok kering aje ke?

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Kat situlah dia jual produk ros, kat situ jugaklah di tunjukkan proses menghasilkan air ros kat situ jugaklah diletakkan video penerangan.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Menikmati teh ros panas...

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Ni lah rupa dia. Rasa macam teh o biasa tapi ada bau ros.

Ingatkan teh tu teh ros tapi rupanya diorang masukkan air ros kat dalam teh tu.
Bukan air ros yang biasa kita jumpa kat sini tu tau.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Ada macam-macam, sediakan duitnya aje.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Kat sini peninggalan sejarah tak dipelihara.



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Pasar Buah-buahan Al Hada.

Kat sini tak rugi kalau beli buah sebab harganya murah dan besar tapi kena pilih-pilih jugak sebab kat atas nampak cantik kat bawah ada yang dah rosak sikit.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Budak ngajuk nak beli avocado.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Berjalan di belakang rumah orang dan pohon anggur yang dah mati untuk ke masjid yang tersorok kat dalam tu.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

UHR menceritakan kisah dakwah Rasulullah SWT di Thaif. Sedih sangat citer tu. 

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Sebelum balik singgah kedai Nasi Arab.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Nasi sedulang tapi lauk... makan nasi aje pun sodap kalau dah kelaparan macam kami, heheh.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Inilah yang dibeli masa kat pasar buah-buahan tu.

Ziarah Luar Mekah...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah tertinggal citer umrah. Banyak yang dah terlupa puas nak ingatkan balik.

Rabu, 21 Feb 2018 kami semua dibawa menziarahi sekitar Mekah. En Hubby demam tak boleh bangun jadi di tinggal di hotel bersama Nasiim. Si Nasiim tu masa ajak tak nak pergi bila abang-abangnya dah balik bercerita mulalah menyesal tak ikut.


jabal thur bersama ustaz harianto

Pagi tu tempat pertama yang dituju ialah Jabal Thur. Bergambar lagi dengan Ustaz Harianto.

ustaz harianto dalam bas

UHR duduk kat depan sekali.

ustaz harianto rizal i jabal thur

Punyalah banyak habuk sampai kena tutup mulut dan tutup mata... adehhh kalau tutup mata tak nampak lerrr.

jabal thur

Kat sini benda yang Irfan dan Faris pengang tu murah, murah sangat berbanding tempat lain. Murah rezeki pakcik penjual tu hari tu. kumpul kami aje beli terus habis... dia pun start kete terus balik, heheh.

jabal thur

Amy lupa bawa lipsbalm, hari kedua di Madinah bibir Amy dah start pecah. Punyalah sakit. Nak makan sakit, nak cakap sakit dan senyum lagilah tak boleh.

Alhamdulillah sampai di Mekah bibir dah bertambah ok. Mungkin Madinah lebih kering berbanding Mekah.

jabal thur


Di sini Ustaz Harianto menceritakan kisah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar bersembunyi di dalam gua yang terdapat di atas bukit Thur dan Asma yang berulang alik ke sana menghantar makanan setiap hari.



ameer irfan di arafah

Irfan yang semakin meninggi.


arafah

Kemudian kami pergi ke Arafah dan Jabal Rahmah. 

makan ais krim di jabal rahmah

Bergambar dengan Ustaz Faizal(mursyid) pulak.

Baik Ustaz ni, sepanjang En Hubby demam dan tak dapat nak sertai ziarah, dialah yang tolong tengok-tengokkan anak-anak Amy semasa di masjid. Bila keluar masjid aje kalau tak nampak anak-anak soleh tu mesti Amy cari dia. Jumpa dia jumpalah anak-anak soleh tu.

arah bersama ustaz faizal UHR

Gambar ni kalau UHR nampak mesti dia tak puas hati... gambar dia  kat banner tu tak handsome masa ni, heheh.

ziarah luar mekah di arafah
Atuk dan nenek pun makan ais krim jugak. Ais krim murah dalam kon tu tak de, ada ais krim mahal dalam cawan aje. Bolehlah bukan selalu jumpa ais krim arab ni.

ziarah luar mekah

Ke Mudzalifah ustazah (isteri UHT) pulak yang menganti UHR  dalam bas kami.

Tengok dari dalam bas aje Mudzalifah, Mina, Masjid Namirah, Masyid Masyaer Haram, Masjid Kheif, Jamarat dan Jabal Nur- Gua Hera'.

Miqat Ji'ronah

Masjid Miqat Ji'ronah

Sebelum balik singgah di Masjid Ji'ronah untuk solat zohor. Kat sini jemaah yang ingin menunaikan umrah menukar ihram dan berniat di sini.

Masjid ni agak kecik berbanding masjid Miqat yang Amy pergi sebelum ni. 



ziarah luar mekah

Paling tak disangka... FIL minta ambikkan gambar dia. Tak pernah terjadi ni. 

FIL cakap ni adalah kali kedua setelah berbelas tahun dia ke masjid Ji'ronah ni. 

ziarah luar mekah

Punyalah banyak burung merpati.

Masa sampai berhampiran hotel dah dekat masuk watu Asar. Jalan dah kena tutup jadi bas berhenti kat Istana. Kenalah menapak balik ke hotel.


mekah

Sampai aje hotel, abang-abang sibuklah menceritakan perjalanan diorang pada si Nasiim. Cara diorang bercerita macamlah adventure sangat sampaikan si Nasiim tu pun tunjuk muka tak puas hati. Tu lah suruh ikut tak mau.

Umrah PertamaKu - Umrah Kedua.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum Amy mula bercerita Amy nak share tentang pakej umrah yang sangat menarik dan yang penting ... dekat dengan masjid dengan harga yang sangat berpatutan. 

Kalau ada yang tengah 'tengok-tengok' pakej umrah bolehlah cuba klik 👉 PAKEJ UMRAH 2019/2020

masjid aisyah, miqat tannaim

Dari jauh lagi boleh nampak 2 menara masjid ni.

Umrah kedua kami lakukan pada hari yang sama dengan umrah pertama. Petang tu selepas solat Asar kami semua menaiki bas keluar dari tanah haram dan bermiqat di Tannaim iaitu di Masjid Aisyah.



Selesai solat sunat ihram dan solat sunat yang lain sempat juga kami solat maghrib berjemaah di situ.

Masa kami sampai di situ, kami satu bas aje tapi masa nak balik ada 2 lagi bas yang sama (group kami jugak tapi dari hotel lain). Jadi ada 3 bas yang sama. 

Masa nak naik bas tu rasa pelik pulak... apasal orang dalam bas tu lain... apasal driver bas ni lain, rupanya salah bas daaaaa.
 Dari jauh nampak driver bas kami melambai-lambai ke arah kami. 

Bila sampai aje kat bas tu dia cakap bahasa dia sambil tunjuk nombor bas. Amy dan Nadia tergelak aje... adehhh nasib baik driver tu kenal kalau tak huru hara tak jumpa anak dan en hubby.




Sampai aje hotel isyak dah nak masuk. Cik Ya terus pergi masjid tapi kami kena tukar bilik. Dari tingkat 11 turun ke tingkat 9. Tak sempat nak pack cantik-cantik, orang angkat beg dah sampai. Baling ajelah semua dalam beg.

Kami semua kena berkumpul di WC3 pukul 9 malam jadi tak sempat nak kemas-kemas, lepas solat Isyak aje kami terus pergi berkumpul.

Tak ramai yang buat umrah malam tu. Cik Ya dia dah pergi buat umrah sendiri sebab malas nak menunggu yang lain. Yang lain masih lagi penat sebab umrah pertama pagi tu.


berhenti rehat di Safa
Rehat sekejap di Safa.

Umrah kedua ni masa Saie, baru pusingan ke dua anak-anak soleh tu dah tak larat. En hubby kakinya dah start pecah. Faris pulak mengadu sakit bila nak memijak.

Pusingan ketiga ke keempat camtu lah, Faris langsung dah tak boleh jalan. Mulanya nak berhenti dulu, balik hotel dan datang balik untuk sambung kemudiannya tapi ... nak tunggu masa untuk sambung tu, kami tak rasa dia boleh kekal dalam keadaan ihram.

Terpaksalah naik wheelchair. Memula orang tu nak SR75 tapi kami tawar sampai dapat SR30 ke 40. Kalau 7 pusingan oklah dia nak Sr75 tu tapi ni tinggal sikit aje lagi. Bila kata tak nak, nak jalan aje dia kurangkan harga. Lama jugak lah tawar menawar tu. 

Baki pusingan tu Faris naik wheelchair orang tu tolak tapi En hubby pun ikut sekali. Kang apa pulak yang dia buat dengan anak aku tu.

Alhamdulillah Irfan ok lagi, boleh berlari anak lagi tapi Nasiim start dah 'nyanyi macam-macam lagu'. Penat lah kaki sakit lah. Puas jugak nak memujuk supaya habiskan pusingan. Tak larat Amy nak dukung, Irfan pulak tinggi aje boleh harap. Jalanlah perlahan-lahan. Orang dah lama abis kita baru nak abis.


Safa-marwa, saie

Malam tu orang agak ramai. Kami terpaksa bersaie di tingkat atas.
Sepatutnya kami naik scooter kat atas tak delah penat sangat anak-anak.

Bangun pagi keesokkan harinya, masing-masing kaki sakit susah nak jalan. En hubby pulak demam panas, nasib baik bawa ubat.

Umrah PertamaKu - Umrah Pertama.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kami tiba di Royal Dar Al Eiman Hotel dah dekat pukul 9 malam. Lepas macam-macam citer pukul 10 lebih baru masuk bilik.

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat kami nak bawa MIL dan FIL ke sana dan menginap di hotel yang dekat. Lega bila mereka selesa dan gembira.

Maklumlah masing-masing dah berumur, manalah larat nak jalan jauh-jauh 5 kali sehari. 

Royal Dar Al Eiman Hotel

Kami terbahagi kepada 2 kumpulan, kumpulan satu lagi menginap di  Hotel Mira Ajyad.

Royal Dar Al Eiman Hotel

Lobby...


Royal Dar Al Eiman Hotel

Ustaz yang tunjuk kami bilik tu pun baru perasan. Agaknya letih sangat kot. Kami berlapan diberinya bilik satu aje katilnya pulak ada 4 patutnya 2 bilik.

Royal Dar Al Eiman Hotel

TV ada 2 channel aje, satu siaran langsung kat Masjid Nabawi dan satu lagi siaran langsung dari Masjidil Haram. 

24 jam benda yang sama. Kalau nak pergi masjid tu bolehlah tengok kat tv orang ramai mana ada kat dalam tu.

Royal Dar Al Eiman Hotel

Setiap kali masuk waktu, akan dengar azan life dari masjid. Bukan dari luar. 
Amy tak tahulah hotel lain macam ni juga atau tak. Mungkin sama kot.

hotel royal dar al eiman




Depan wc3


Lepas dapat bilik, golek-golek, gi toilet... ala buatlah apa yang patut dan kami turun berkumpul di Wc3 pukul 12:30 pagi.
Rupanya banyak Wc kat situ, yang dekat ngan hotel kami Wc3 toilet lelaki, toilet perempuan Wc4 jauh sikit menghala ke sebelah Hilton.

Dalam perancangan pukul 12:30 pagi tu nak buat umrah pertama tapi tunggu ketibaan group yang lain, pukul 2:30 pagi baru start umrah pertama.

Rupanya pukul 2:30 pagi tu orang dah kurang. Kami dapat tawaf dengan selesa, boleh jalan relax-relax lagi. 

umrah dibimbing ustaz harianto

Kami semua berjalan dalam satu kumpulan perlahan-lahan dengan diiringi oleh Ustaz Harry. Kami dibimbing oleh ustaz melalui walkie talkie. Satu-satu ustaz tu bimbing, bermula dari saat melihat kaabah, berniat tawaf, bacaan doa, Saie sehinggalah habis. Dia cakap kita jai tukang ikut aje.

Ketiga-tiga kali umrah ustaz akan iring dan bantu. Buat yang pertama kali macam Amy dan anak-anak, ia sangat membantu. Mula-Mula risau jugak tapi ahamdulillah semuanya lancar lepas tu.

Tak nampak sangat dalam gambar ... kami semua dibekalkan walkie talkie dan headphone tu sebabnya semua bawa beg. Senang nak letak walkie talkie tu. Amy senang aje, masuk dalam poket baju, headphone pakai dalam telekung, semua orang tak nampak.

Guna walkie talkie tu semestinyalah untuk berhubung kan, malah tau kot-kot ada yang hilang sekejap. Lagi satu tak delah terjerit-jerit ustaz tu nak bagi tau kena angkat tangan, sampai lampu hijau, baca doa semua tu kan. Tak lah menganggu jemaah yang lain.

Alhamdulillah pukul 4:30 pagi selesai umrah kami yang pertama. Pukul 5 lebih dah azan subuh. Kami balik hotel lepas solat subuh dan sambung pengsan.