Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Hadiah STEM Challenge : Science Infografic 2020

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


STEM Challenge : Science Infografic Sekolah Menengah

Alhamdullillah Irfan menang Naib Johan untuk STEM Challenge : Science Infografic Sekolah Menengah. Keputusan telah diberitahu pada September 2020 tapi hari Khamis yang lepas baru ambil di sekolah. Itu pun sebab pergi ambil Sijil Berhenti Sekolah baru tahu dapat hadiah kalau tak.... tak tau lah sampai bila hadiah tu kat sana.


Medal Naib Johan

Mula-mula aku ingatkan Jejak suara 🤔 rupanya Jejak Juara, heheh.


Naib johan STEM Challenge

Dapat medal, powerbank dan Headset... Alhamdulillah.


Keputusan UPU dah Keluar

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

keputusan upu online


Alhamdulillah, keputusan UPU dah keluar hari ini. Dari pukul 12 tengah hari tadi sampai la ni, UPUonline tu busy aje. Kalau dapat pun time masuk password dia kata no ic Irfan tak de rekod dalam pengkalan Data... aduhhhh.

Sudahnya Amy gi kat jpt.uum.edu.my tu. Masuk nombor ic aje terus keluar keputusan.


keputusan upu 2021

Alhamdulillah, dapat Asasi Kejuruteraan UITM. Kebetulan kawan baik dia pun dapat yang sama. Kawan-kawan SK Seri Binta Utara dulu pun ramai yang dapat program pengajian yang sama.

Kalau dah ramai kawan.... emmm memang kesitulah keputusan hati dia tu.

keputusan matrikulasi 2021

Bagi Amy Matrikulasi yang dapat tu pun macam best. Nanti boleh pilih Sains Fizik jugak, tapi Gopeng tu jauh sangat dari sini. Sebenarnya Mamanya ni yang tak boleh berjauhan dengan anaknya 😂

Sejak habis SPM tu dapat banyak SMS dari kolej-kolej, Uniti, Unikop, uniCAM, MISA, dan banyak lagi. Peluang melanjutkan untuk anak-anak sekarang banyak, nak tak nak aje. 

Masa Amy dulu tahun 1998, internet pun macam kenal tak kenal. Amy tahu UPU dan kolej-kolej yang keluar kat surat khabar tu aje. Matrikulasi Melaka n N Sembilan tu tahun 1999 baru ada kot kalau tak silap Amy. Surat dari UPU sampai rumah suruh tunggu surat Tawaran dari UTM tapi sampai sudah ku tunggu tak sampai. Menangis tak de sapa boleh pujuk masa tu. 

Ok melalut dah... sambung balik

Ada anak jiran Amy ambil uniKOP, dah 3-4 bulan start belajar. Bagus jugak ambik kat situ, lepas belajar ada keje.

Apa pun Amy doakan yang terbaik untuk anak-anak kita. 


 

Sepintas Lalu - Anak-anak PDPR, UPSR dan SPM

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Lama sungguh tak mengadap blog ni. Asyik membelek IG aje, nak pulak setahun kebelakangan ni macam-macam yang menarik kat IG tu, pendek kata tak abis abis jari men'scroll' tambah pula ramai rakan-rakan blogger di sana.

Lagi pun theme Blog yang Amy guna sebelum ni tetiba buat hal lagilah bertambah vitamin M tu.

Sejak Convid ni macam-macam yang berlaku walaupun kita hanya duduk di rumah. Tahun lepas UPSR dan PT3 batal cuma SPM aje yang tangguhkan ke Fab 2021.


pdpr

PDPR 3 orang dan En Hubby yang WFH, tengah-tengah online line putus. Masa tu guna Unifi 20mbs tak boleh nak upgrade lagi sebab kat rumah Amy ni ramai yang guna Time. Permintaan untuk up grade tak de jadi terpaksalah tukar ke Time. 

Peranti... 

En Hubby keje guna laptop opis, kat rumah ni ada komputer besar, laptop personal En hubby dan laptop amy. Laptop Amy pecah screennya terpaksa pujuk En Hubby beli satu lagi anak anak nak guna punya pasal. 

pdpr

Nasiim sepatutnya menduduki UPSR tahun lepas tapi terus aje ke tingkatan 1 tahun ni. Faris pula yang sepatutnya menduduki PT3 tahun ini pun tak ada PT3.

Irfan pula, Alhamdulillah telah selamat menduduki SPM pada feb 2021 dan dah dapat keputusan SPM pada bulan Jun yang lepas. PDPR lebih banyak dari kelas di sekolah, dia tak boleh fokus seperti di sekolah. Keputusan Percubaan SPM sangat menyedihkan. Fizik gagal, terpaksa cari tutor.  Selepas percubaan Amy baru start kelas fizik. Muka tutor tu pun dia tengok face to face adalah 3-4 kali selebihnya tengok online aje.

iet faraday challenge 2019


Amy bukakan tengok tv pendidikan sudahnya Amy yang duduk depan tv tu. Aku ke yang nak peksa?. Dia kejap-kejap kelas tambahan online. Cikgu-cikgu dia bertukus lumus buat kelas ada yang kelas sampai pukul 11 malam. 

Kesian cikgu-cikgu tu, dia sorang anak murid ramai + masa kelas ada macam-macam cerita. Kalau kat kelas bolehlah cikgu tu pergi dari satu  meja ke satu meja, kalau tak faham bolehlah tanya cikgu tu sampai faham,  tapi kalau dah online mata yang besar makin lama makin kecik, suara cikgu umpama muzik kat teliga. Kalau depan. mata bolehlah cikgu tu jerkahkan tapi online cikgu tanya faham semua jawab faham. 

Hari Pertama peperiksaan... Ya Allah, jantung Amy punya dup dap dup dap. Boleh dengar suara-suara dari sekolah tu. Hanya berdoa aje yang Amy boleh lakukan kat rumah.

Alhamdulillah, keputusan SPM Irfan memang tak dijangkakan.  Fizik dari gagal berjaya dapat A. 

iet faraday challenge 2019

Kiraan merit semasa mohon UPU agak mengecewakan. Markah koko menyedihkan. Rupanya yang dia menang tempat ke 3 IET PARADAY CHALLENGE peringkat kebangsaan tu dan tempat ke 2 STEM CHALLENGE tu hanya mencantikkan sijil berhenti sekolah, bukanlah di bawah koko. 

Keputusan Permohonan Matrikulasi keluar minggu lepas, Alhamdulillah Irfan dapat Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak. Keputusan UPU pulak keluar esok khabarnya. 

Projek Usahawan Kerepek BM Tahun 6 - Kerepek Popia

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Siap dah projek kerepek si Nasiim. Pilih kerepek yang paling senang tak banyak cerita.

Setiap langkah kena catat dan ambik gambar. Kerepek kena dibungkus dalam plastik lutsinar atau botol lutsinar. Kena ada Label tentang produk, bahan-bahan, harga, berat dan cara untuk dihubungi.

Dalam kelas pula kena buat presentation tentang produk dan kena yakinkan cikgu-cikgu untuk beli.

Projek Usahawan Kerepek BM Tahun 6 - Kerepek Popia

Kerepek Popia Milo Nestum
RM3 100g
RM5 200g


Kerepek Popia Milo Nestum... guna bahan-bahan yang dah ada kat rumah aje.


Projek Usahawan Kerepek BM Tahun 6 - Kerepek Popia

Prosesnya pun senang. Gulung, gunting, goreng dan salut.


Projek Usahawan Kerepek BM Tahun 6 - Kerepek Popia

Nasib baik kulit popia tak banyak cerita, senang aje tarik satu persatu. Nasiim pun boleh tarik.

Projek Usahawan Kerepek BM Tahun 6 - Kerepek Popia

Mamanya bagi masukkan dalam dan kacau kuali aje, angkat tak boleh. Kang terbalik minyak panas pulak.

Johan Pertandingan Menulis Esei Kemerdekaan SKSBU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Johan Pertandingan Menulis Esei Kemerdekaan SKSBU

 Semalam keluar aje dari sekolah, Nasiim terus tunjukkan piala "Mama... Nasiim menang, nombor 1." Mamanya ni pun terkebil kebillah tengok piala tu, macam tak percaya.

"Ni Nasiim yang menang ke kelas Nasiim yang menang?. Nasiim sorang aje ke yang dapat atau semua budak dapat atau ... " banyak pulak tanya mamanya ni. 'konpius' sebab tulis 6 Dinamik, selalu kalau menang tak de pulak tulis siap-siap sapa pemenangnya.

" Nasiim sorang aje mama... kawan Nasiim nombor 2 kelas lain nombor 3." Pastu panjang jelalah penjelasan dia. Nak menyakinkan mama dia ni.... heheh

Tak sangka dia menang... memang tak pernah terlintas dia dapat kalahkan budak-budak yang selalu dapat 100% Bahasa Melayu. Selalunya kalau dia punya karangan dia buat asalkan buat. Kalau cikgu kata nak 1 ayat mesti tak kurang 8 perkataan, 1 perenggan mesti 4 ayat..... dia akan buat cukup cukup 8 perkataan pastu boleh pulak dia jarakkan jauh jauh supaya nampak panjang..... 😂

Haaaaa tau dah camner maknya ni susah nak percaya, bukan mamanya aje, ayah dan abang-abangnya pun banyak soal siasat. Walaupun banyak kali dia kena terangkankan, inilah kali pertama dia cakap benda yang sama banyak kali dengan muka yang bangga dan happy. Kalau tak, selalunya panjang aje muncung tu.

Projek BM Nasiim

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Projek BM Nasiim kena buat kerepek tapi Amy tak tau kerepek apa yang anak-anak paling suka. 

Anak-anak Amy semua spesis kerepek diorang suka, kejap aje licin. Kalau minta pendapat  diorang, semua diorang nak. Tak membantu langsung.



Popia Nestum macam senang...

Popia salut coklat  ... ala-ala eclair stix Auntie Anne's tu ke

Kuih gunting ke ... ok tak de idea.

Kerepek apa yang budak-budak suka dan senang nak buat?

Buku En Hubby...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....



Antara buku En Hubby yang Amy jumpa masa Amy sepahkan rumah ni 
Ada yang dah terbarai, tajuk dah tak ada dan ada yang dah reput. Rasanya tak lama lagi tulisan pun dah tak de 😅 .

Old Engineering book

Akhir tahun lepas Amy dapat beberapa email dari En google,  yang Amy pelik tu post yang usia dah 5-6 tahun dia kata ada masalah. Apasal dulu ok skang tak pulak ???.

Amy ni bila baca coding tu rasa macam baca polisi insurans. Baca 100 kali pun tak kan faham. Akhirnya Amy tak kuasa nak layan.

Minggu lepas dapat lagi ... nak senang citer, Amy tukar template blog ni. Padan muka sendiri... heheh.


Pemandu Myvi Yang Mencurigakan, Awasi Anak-anak Kita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengah hari semalam kami pergi makan kat kedai mamak Ameer Ehsan Maluri. Sebelah kedai mamak tu ada kedai tayar, kami park kereta kat sisi tapi dah dekat hujung kedai.


Pemandu Myvi Yang Mencurigakan, Awasi Anak-anak Kita


Masa nak balik ke kereta semalam (en hubby dah tunggu dalam kereta) kami jalan berpecah. Amy, Nasiim dan Irfan jalan kat bahagian kaki lima yang sempit tu dan Faris pula jalan kat bahu jalan (belakang kereta - kereta park kat kaki lima). 

Ketika tu memang kami aje yang ada kat situ, kemudian ada kereta myvi jalan perlahan sambil drivernya (lelaki) buat bunyi macam 'cencorot' tu memanggil-manggil si Faris. Amy pulak tak perasan pemandu tu cina ke melayu tapi dia turunkan cermin tingkap dan cuba tarik perhatian Faris. 



Dari start Faris keluar ke bahu jalan sehingga sampai ke kereta kami, kereta myvi pandu perlahan dan selama tu jugak lah buat bunyi 'cencorot' tu memanggil-manggil Faris. Dia tak perasan pun kami yang kat bahagian kaki lima kedai tu, mungkin sebab terlindung dengan kereta yang park kat situ.

Nasib baiklah Faris tak perasan orang tu panggil dia.

Masa tu Amy tak terfikir pun benda-benda lain. Yang terlitas di fikiran ... "anak aku tu kan lelaki, budak pulak tu, kau dah gila ke apa?" Kemudian ada kereta lain kat belakang kereta myvi tu dan dia start pandu macam biasa dan berlalu pergi.

Memang mencurigakan betul. 

Dah masuk kereta barulah terlintas fikiran yang lain. Sama ada orang tu tak betul atau pun ada niat jahat yang lain. 

Ya Allah cuainya Amy sebagai seorang ibu. Ya Allah, kau lindungilah anak-anak ku dan anak-anak orang lain dari niat jahat manusia seperti ini.

Amy terus pesan dengan anak-anak Amy lain kali jangan jalan sorang-sorang, kalau kat sekolah pun selagi Amy tak sampai jangan keluar dari kawasan sekolah.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Musim panas ni kalau dapat berendam alangkah bestnya kan. Masa sekolah dulu Amy rajin pergi mandi jeram kalau musim panas, selalunya akan pergi jeram Sungai Lui. Sungai Lui ni tak jauh dari kampung Amy tu.

Satu lagi tempat yang selalu Amy pergi dulu ialah Bukit Putus, Kuala Pilah. Jeram ni jauh dari Serting. Kena naik 2 bas. Sekolah selalu buat aktiviti berkhemah kat sini. Amy pernah mendaki Gunung Angsi tu 2 kali anjuran Kelab Rakan Muda dan Tae Kwan Do Malaysia.

Lama sangat dah tak menyinggah kat Bukit Putus, last singgah masa Faris baby. Padahal setahun banyak kali lalu kat situ nak balik Serting.


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Cuti sekolah bulan Januari tu kami habiskan di Pajam. Dari Pajam nak ke Bukit Putus tak sampai 20 minit kalau ikut LEKAS. Dah alang-alang dekat, Amy ajaklah en hubby bawa anak-anak ke situ. Nak ke PD jauh + nak kena keluar duit lagi.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Sampai sana dah pukul 10 pagi, orang dah ramai. Kami mandi kat bawah aje, dekat dengan tempat parking.


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Dulu kat bawah ni air tak banyak tapi sekarang dah dibuat macam kolam-kolam kecil, banyak pulak airnya.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Kalau dulu Amy mesti nak naik atas-atas, cari tempat yang banyak air dan tak de orang.

Skang ni kat atas lagi penuh, kat tempat nak start naik tu dah dibuat kolam besar. Kolam tu pulak dah dibahagi-bahagi ikut kedalaman.


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Kat bawah ni lagi best. Lapang, kurang orang dan.... redupppp.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Lain kali kena bawak gayung dan baldi.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Adehhhh anak den ... botol pun jadi.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Last minit ambik keputusan nak pergi, Amy tak sempat nak bawa bekal. En Hubby beli jagung dan pau kat situ aje. 


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.


Kat sini pun boleh buat sand castle. 



Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Mamanya pun teringin jugak nak mandi tapi malas pulak nak pergi tukar baju jadi dapat main aje pun dah cukup. 

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Lain kali anak-anak ni kena bawakkan kain pelikat. Senang nak tukar baju. Tempat salin baju tu manjang penuh aje. Berjam nak kena tunggu. 


Nasiim Dan Homeworknya.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sejak masuk tahun 5 ni homework punyalah banyak. Boleh dikatakan setiap hari balik aje dari Kafa mandi makan pastu terus buat homework, berhenti kejap sembahyang maghrib dan mengaji pastu sambung balik.

Kadang-kadang pukul 11:30 malam tak abis lagi, tersenggut-senggut buat kerja Amy pun suruhlah dia tidur dulu dan sambung keesokkan paginya.

nasiim


Bukan dia aje, Amy pun sama terlelap jugak bila mengadap dia tu.... heheh. Yang dua orang lagi tu pun banyak jugak homeworknya, mamanya ni tak tertengok kerja diorang tu. 

Hari ni Amy temankan dia aje, homework bm agak senang sikit hari ni jadi mamanya bolehlah curi-curi buka blog 😁.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kononnya lepas subuh pagi tadi nak pergi berkelah di Taman Tasik Permaisuri, Taman Pudu Ulu kat depan rumah ni pokok tak besar lagi ... panas.

Rancang nak pergi sebelum pukul 8. Belum panas lagi, orang pun mungkin tak ramai lagi. Rupa-rupanya mamanya aje yang tung tang sana sini, yang lain relax aje ... macam tak de nak kejar apa-apa. Sudahnya pukul 9 lebih baru sampai sana... 😤.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Sampai sana meja banyak dah penuh, nak betang tikar atas tanah ... nak golek-golek, tikar tak cukup besar. Nak tak nak bentanglah tikar semeter tu atas meja.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Lepas makan En Hubby dan anak-anak nak jalan-jalan keliling taman. Amy pulak kononnya nak duduk situ baca buku. Tak sampai 10 minit pun lagi Amy dah tak tahan. Banyaknya nyamuk, pastu tak selesa pulak sebab hari dah mula panas.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Akhirnya Amy bungkus-bungkus dan kejar En hubby.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Ni Gaya apa Amy pun Tak tau ...


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

 Irfan yang jadi tukang ambik gambar... heheh.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Tengah jalan-jalan nampak playground kat sebelah satu lagi, short cut ajelah, kalau ikut laluan dia jauh pulak nak kena pusing.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Bukan senang nak tengok En Hubby mendaki bukit ... heheh. 


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.



Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Kena gigit nyamuk ... 



Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.




Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Dapatlah satu keping gambar berdua. En hubby Amy ni memang malas nak melayan bab bergambar ni ... so jangan haraplah dia nak buat apa-apa posing ok. 

Pukul 11 kami pun balik. Bukanlah berkelah seperti yang Amy rancangkan ... lebih kepada sarapan dan jalan-jalan aje kat situ.

Pagi-Pagi Mengadap Baju Sekolah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu depan last cuti pastu dah sekolah balik. Rasa macam sekejap aje cuti kali ni. Baju kuning dan vest si Nasiim masih belum cari lagi tu.

mengadap baju dan drama korea
(drama clean with passion)

 Hari ni pagi-pagi lagi dah mengadap baju sekolah untuk jahit lencana. Tie, baju pj, baju koko(hijau), baju t-shirt tae kwan do, kain samping semua nak kena ada nama. Kasut putih bolehlah tulis nama, kasut hitam nak tulis camner ?. 

Tengah menulis ni baru teringat... songkok si Faris tak beli lagi. Sek menengah nanti hari Jumaat nak kena paka baju melayu lengkap. 

Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Balik dari naik SkyCab pagi sebelum tu, kami menyinggah di Idaman Suri sekejap. En Hubby tak turun kereta pun. Amy pergi beli pelapik periuk dan set sudu garpu untuk nenek di kampung. Cepat-cepat ambik dan cepat cepat pergi bayar.

Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Kemudian kami ke HIG pulak, tak teringat pun nak ambik gambar. Masuk-masuk kedai aje terus pergi beli benda yang hendak di beli. Amy beli coklat sikit, menyesal tak beli lebih. Dah makan kat sana, sampai KL tinggal sikit aje. Nak bagi orang pun tak dapat.

Selain coklat Amy ada juga beli benda lain. Tak delah banyak beli pun, terhad dengan duit tabung yang ada. 

Sebelah malam kami ke Rams pulak. Mencari periuk visions. Masa kat HIG,  banyak tutup periuk visions kat sana ada bubble dan kecacatan yang lain.

Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Selepas Rams kami pergi makan kat kedai mamak yang tidak jauh dari situ.


Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Kalau ikutkan diorang ni kedai mamak tetiap hari pun tak pe, Amy ni aje yang jadi tak tentu arah bila nampak macam-macam kedai makan .... heheh.

Memborong Di Big Bad Wolf

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kononnya nak pergi Big Bad wolf tu sebelum subuh pagi tadi tapi dah masing-masing tak boleh buka mata jadi lepas aje anak-anak siap mengaji baru pergi.

Sampai sana dalam pukul 10 lebih, nasib baik orang tak ramai, parking pun masih kosong. 


Banyak buku budak-budak ... buku Nasiim paling murah yang Amy belikan berharga RM3 (buku aktiviti BM dan Math). 

Big bad wolf kuala lumpur

Buku yang lain RM5 sehingga RM15.


Memborong Di Big Bad Wolf

Memborong Di Big Bad Wolf

Novel RM10.

beli buku Di Big Bad Wolf

buku kanak-kanak di big bad wolf

Buku untuk kanak-kanak aje yang banyak, buku yang Amy cari banyak yang tak ada.


beli buku di big bad wolf

Buku rujukan UPSR, PT3 dan SPM murah sangat kat sini. Kalau kat luar RM2+ tadi kat situ RM10 aje.


beli buku di big bad wolf

Tak muat beg ... masing-masing kenalah tolong pegangkan.


Irfanlah yang memborong sakan tu, dia sedap aje masuk dalam troli, itu pun Amy tapis sebelum bayar.


duck x big

Semua sekali 31 buah buku, RM 2++. Buku lain yang dicari buku lain pulak yang diborong bawa balik.

beli buku di big bad wolf

Buku mama ...

Sampai rumah aje masing-masing terus ambik buku masing-masing. Yang tinggal tu buku mamanya, bersepah lagi kat meja makan tu.

Buku tingkatan 4 tu RM3.

Mamanya ambik buku yang murah aje. Sleeping Beauty dan Miss You tu RM12 dan yang lagi 5 tu buku dah lama dan dah tak cantik, Rm6 dan RM8. Bolehlahkan.

Tadi ada jumpa buku Shakespeare (semua citer dalam satu buku) RM18, ingat nak beli tapi bila buka .... punyalah kocik tulisan dia, nak suruh Amy cepat pakai cermin mata ke hapa?, terus tak jadi beli. 

Si Nasiim mencari buku Geronimo Stilton, satu pun muka tikus tu tak nampak. Manalah tahu kot murah, kat kedai dekat RM30 jugak harga dia.