Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir Batin

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang singgah di blog Amy ni.

Korang raya mana tahun ni?

Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir Batin
Tak perasan pulak penyapu kat belakang tu, sila abaikan.


Lama dah raya baru ni nak up date blog .. raya ni Amy bukan aje terlebih makan ketupat dan rendang tapi vitamin M tu pun terlebih jugak 😁.

Tahun ni pagi raya pertama kami raya kat kampung Amy, Felda Raja Alias. Kalau yang selalu guna jalan dari Kuala Pilah / Jelebu nak ke  Karak Kuantan tu mesti tau. 


Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir Batin

Sebelum ke Melaka kami beraya rumah jiran sebelah dulu. 


Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir Batin


Pagi raya kedua kami beraya di Melaka pulak.

Raya ni Amy jumpa ramai yang dah kurus. Adik ipar Amy si Lin tu turun banyak, adik ipar Amy cik limah... dalam gambar tu yang kat depan sekali... pun turun banyak.

Amy ni 100g pun tak berganyak ... sapa yang sama macam Amy?

Aidilfitri 2017...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah nak habis Syawal baru nak up date citer hari raya... inilah padahnya kalau blog pun cuti raya jugak 😅. Alhamdulillah anak-anak Amy semuanya berjaya puasa penuh ramadan tahun ni. Mungkin kerana cuti sekolah masa mula puasa tu panjang dan cuaca tak berapa panas.

Persediaan menyambut hari raya tahun ni 'paling sederhana' (tak jumpa perkataan yang sesuai lerr). Biskut raya buat dua jenis aje tapi tak sempat raya dah habis kena kenduri nasib baik MIL ada bagi 2-3 jenis. Tahun-tahun lepas ada jugak beli kuih kapit, tempeyek, popia dan kerepek tapi tahun ni langsung tak ada. 

Aidilifitri 2017

Raya tahun ni adik-adik Amy turn rumah MIL diorang jadi tinggal kami yang beberapa kerat ni aje yang sambut 1 Syawal dengan nenek.


Aidilifitri 2017

Bersama nenek Amy...
Alhamdulillah nenek masih bersama kami. Dialah menjadi penyatu kami adik beradik setelah pemergian serentak mak, abah dan adik Amy mengadap illahi.

Aidilifitri 2017

 Adik Amy yang paling kecil, Haryani dan suaminya. Ramai yang tanya kenapa rupa dia tak sama, sebenarnya dia adalah dua pupu Amy kalau tak silap. Dia bersama kami sejak lahir lagi. 


Aidilifitri 2017

Kalau balik kampung anak-anak Amy main bunga api aje. Pakcik-pakciknya aje yang main mercun.

Aidilifitri 2017




Aidilifitri 2017
 Yang paling Amy sakit hati ni bila raya ... jiran-jiran Amy buka setakat main mercun tapi main 'BOM' sekali. 

Ada sekali sampai jatuh terduduk nenek Amy sebab terkejut, Dia dahlah ada sakit jantung nasib baik tak ada apa-apa. Siang-siang ok lagi tapi bila malam time orang nak tido masa tulah diorang start nak perang. 

Aidilifitri 2017

Raya ke 3 adik Amy yang ke 3 dah balik jadi ajak dia pergi dobi sekali.

Mesin basuh kat rumah tu dah rosak jadi terpaksalah mencari kedai dobi. Punyalah penuh kedai dobi raya ke 3 baru Amy dapat pergi basuh baju.


Aidilifitri 2017

 Anak-anak Amy macam biasalah kalau balik kampung memang tak duduk dalam rumah.

Aidilifitri 2017

Sambil makan ais krim sambil beborak. Entah apalah yang diorang cerita agaknya.

Aidilifitri 2017

Raya keempat baru balik Melaka singgah rumah sedara mara sekejap dan terus balik KL.




Selamat Hari Raya Semua...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap aje dah sampai penghujung ramadan, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadan tahun depan.

Ramai sahabat Amy yang dah start balik kampung. Amy pulak insyaallah akan balik ke Negeri Sembilan hari Sabtu ni. Pada yang akan memulakan perjalanan, Amy doakan semoga perjalanan kalian selamat pergi dan balik.


selamat hari raya


Amy ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah singgah di sini dan juga kepada tuan punya blog yang pernah Amy singgahi dan meninggalkan komen yang terkasar bahasa menyinggung perasaan.

Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kita semua.


Sampul Duit Raya...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah tahun ni dapat lagi sampul duit raya walaupun tak sebanyak tahun lepas. Jimat tak payah keluar duit lagi nak membelinya.

sampul duit raya

Amy dapat paling banyak dari JJ siap boleh bagi 3-4 bungkus lagi pada nenek. En Habib pun baik hati jugak susah payah kirimkan kita sampul duit raya setiap tahun walaupun kita beli kat kedai dia 5-6 tahun dulu pastu tak beli-beli dah. Pakson pun ada jugak memberi, herbalife, Mary Kay dan dari opis en hubby. 

Nampak aje banyak kan, nanti bila balik kampung dengan anak-anak buah, anak dan cucu jiran yang datang bertandang, anak-anak kawan .... kejap aje habis.

Kereta Terbakar Di Pagi Raya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Hari Ahad yang lepas anak-anak Amy habis kelas pukul 6:30 petang dan kami sampai rumah dah maghrib jadi memang tak sempat nak balik kampung. Kami rancang nak bertolak lepas sembahyang raya tapi hujan pulak jadi kena tunggu hujan berhenti.

Dari rumah Amy.

Tetiba terdengar bunyi benda meletup. Bunyi macam mercun tak cukup power aje pun ada. Tak lama kemudian bunyi meletup lagi dan start ada bau benda terbakar. Amy tengok kat luar asap dah tebal aje dan tak lama kemudian polis pun sampai.


Rupanya ada kereta yang terbakar. Gambar ni Amy dapat dari sahabat yang tinggal betul-betul berhadapan dengan tempat kejadian.


Tak pasti apa punca kebakaran. Kesian tuan punya kereta. Pagi raya pulak tu kereta terbakar. 



Sebelum keluar rumah cek jalan dulu. Dah banyak kali terperangkap dalam 'jem'. Dengar cerita ada bas terbalik sebelum tol Sg Besi tu. Sudahnya pukul 3 petang baru kami bertolak balik kampung.


Biskut Raya ...

Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri...

Tengoklah ... bekas biskut raya semua dah kosong. Kosong bukan sebab ramai yang datang beraya. Kosong sebab tuan rumahnya sendiri yang beraya... huhu.

Letak kat depan tv, sambil tengok tv tu sambil masuk mulut. Amy tak nak isi lagi, nanti kalau ada yang datang baru isi. 


Tak ada lagi yang datang ke rumah sbb bila Sabtu Ahad aje tuan rumahnya sibuk gi beraya... hehehe.


Aidilfitri 2016 ... Raya Ketiga.

Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri...

Raya Ketiga kami berkumpul di Melaka rumah mak saudara en hubby. Dulu kami berkumpul beraya di sana sebab ada nenek tapi sekarang walaupun nenek dah tak ada kami masih lagi berkumpul di sana. Lagipun kalau beraya kat KL ni rasa macam tak raya aje ... heheh.


 Beraya ke rumah pakcik Haja dan makcik Gayah di Taman Norbar. Ada budak buat muka tak puas hati.



Kami sekeluarga di Kampung Musai. Budak tu buat lagi muka tak puas hati. 
Macam takde kena mengena tudung ngan baju tu kan. Masa packing tu Amy dah letakkan tudung yg sesuai dekat dengan beg tapi tak taulah camner boleh tertinggal.


 Amy dan adik beradik ipar.



 Bersama keluarga en hubby... abang en hubby n family dia tak de dan husband kak Ida pun tak de.



3 genarasi Ameer.
Semua lelaki dalam keluarga en hubby bermula dengan nama Ameer. Anak Amy pun semuanya ada Ameer.  

Kalau ada orang telifon rumah Maluri nak cakap dengan Ameer, kami kena tanya dulu Ameer yang mana satu.


25 tahun ... sebelum dan selepas.

Dari depan kiri Nadia, mak, ayah dan Halima.
Belakang kiri abang Ilham, kak Ida dan en hubby.

Kami balik ke KL raya keempat iaitu hari Sabtu. Nak mengelakkan dari jem punya pasal, pukul 5:30 pagi kami dah bertolak dan sembahyang subuh di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Alhamdulillah walaupun dah ada banyak kereta tapi jalan lancar ... pukul 7:30 pagi kami dah sampai kedai mamak Taman Maluri.






Tak Sabar Nak Makan Ke tu tu pat ...

Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri ...


Ni namanya tak de keje cari keje ... heheh. Meh kita dengar lagu ke tu tu pat ni.



Aidilfitri 2016... Raya kedua.

Assalammualaikum ... Salam Aidilfitri.

Sebelum ni Amy  ada cerita pasal gambar tak center kan... Alhamdulillah tadi dia dah ok balik. Amy tak buat apa-apa pun, dia ok sendiri.

Raya kedua... pagi tu tak kemana-mana, petang baru bertolak balik kampung en hubby di Melaka. Ingatkan jalan ok tapi sebelum sampai Batu Kikir lagi jalan dah banyak kereta. Biasanya dari Serting ke Tampin tak sampai sejam tapi hari tu hampir satu jam setengah.




Sampai Tampin ... selfie dulu. Kereta punyalah banyak, jalan slow aje kalau jalan kaki pun dah jauh dah.



Selalunya kami ikut jalan lain tapi hari tu gatal pulak gi ikut jalan depan Freeport A farmosa Outlet tu kononnya nak elak jem tapi hambik.... tak bergerak. 

Perjalanan 2 jam dah jadi 3-4 jam. Pukul 7:30 baru sampai Melaka.

Aidilfitri 2016... Raya pertama.


Assalammualaikum ....

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga.
Raya pertama tahun ni kami beraya di Serting 1/ Felda Raja Alias 1, Negeri Sembilan. Alhamdulillah tahun ni dapat beraya dengan adik beradik dan nenek. 





Semuanya lelaki... tak de perempuan. 


Bergambar dengan oyang(moyang) pulak... sampai melalak yang kecik tu.


Akhirnya tahun ni dapat jugak bergambar dengan semua. Baby Amsyar aje yg takde.

Dari belakang adik Amy yang no 2 (baju biru) bersama isterinya dan adik Amy no 3 (baju coklat) bersama isterinya. Tengah Amy, nenek dan en hubby. Anak-anak Amy yang pakai baju grey dan anak adik yang no 3 pakai baju purple. Yang pakai baju biru anak kepada isteri adik Amy yg no 2. 


Faris tolong mama angkat baju... samping dah lama hilang.


Kemas rumah disaat akhir... Cerita Sblm Raya.

Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sabtu lepas orang lain ramai yang sudah berangkat ke kampung tapi Amy pulak sibuk mencari langsir kat Ikea. 
Alvine Spets net Curtains

Langsir tu Amy nak bawa balik ke Serting, tahun ni merasalah rumah kampung tu pakai langsir Ikea. Harga asal RM29.90 tapi dapat RM19.90. 



Amy sampai Ikea dlm pukul 11 pagi ... lengang sangat. Masa nak balik baru ramai orang tapi orang melayu 2-3 orang aje. Troli yang ada pokok tu troli kami. Amy beli pokok fiddle leaf fig RM15.90 sepokok.



Amy beli benda ni sekali untuk letak alat tulis anak-anak. Senang ... bila nak buat homework atau nak pakai tarik aje ke meja tak payah nak angkut satu-satu lagi. 

Petang tu anak-anak dah mula bising bilalah mamanya nak mengemas rumah mcm tak nak raya aje, hehehe.


Disebabkan anak-anak yang tak sabar jadi Amy bagi diorang tolong. 



Kusyen yang besar gedabak tu Amy buang sikit isi perutnya barulah selesa sikit nak menyandar. Diorang pasang sarung sofa dan mamanya menjahit langsir.