Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts

Kanak-kanak dan Bayi - Resepi Minyak Bawang Putih Untuk Merawat Batuk Dan Selsema.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam sahabat FB ada kongsikan post dari FB Page Dr Hana tentang bayi mati selepas diberi ubat selsema. Mungkin ramai yang dah tahu tentang tentang ni tapi Amy sharekan jugak di sini, mungkin berguna untuk yang belum tahu. 






Ubat batuk dan ubat selsema tidak boleh diberi sebarangan kepada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun. Ubat yang ada kesan sampingan mengantuk itu akan menyebabkan kegagalan pernafasan.

Klik sini untuk tengok video beliau.


Minyak bawang putih bagus untuk merawat batuk dan selsema dikalangan kanak-kanak dan bayi. Kalau nak start batuk terus sapu minyak bawang putih ni tapi kalau dah bertambah teruk haruslah dibawa jumpa doktor.


Minyak Bawang Putih.

Bahan-Bahannya:
Minyak masak/minyak zaiton.
Bawang putih.

Caranya:
1. Bawang putih dicucuk pada garpu dan bakar atas api sehingga kehitaman.
2. Lenyek-lenyek sikit dalam bekas.
4. Masukkan minyak.
- Dah siap. 
- Bolehlah buat sapu dada dan belakang bayi.

Tip Kurus : Timbang Berat Badan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tips timbang berat badan, 3 hari atau seminggu sekali, the best time adalah sekitar bangun tidur dan sebelum pukul 10am. waktu ini badan berada dlm keadaan sifar.

tip kurus - timbang


Elakkan menimbang pada sebelah petang, badan akan lebih berat dan juga ketika datang haid untuk perempuan.

1 liter air, akan naik 1 kg, jadi elakkan minum minuman yang bnyak sebelum naik penimbang dan perut kosong 4 jam. Semoga membantu semua.

Tip Kurus : Low Vs High Glycemix Index

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Amy kongsikan pula tentang glycemix Index. Selalu dengar  ulasan dari pakar nutrisi tentang kebaikan makanan mengandungi G.I (Glycemix Index) rendah, tapi apakah G.I ini dan apakah kebaikannya kepada kita?

tip kurus


G.I ialah ukuran bagi makanan yang mengandungi karbohidrat dan impaknya terhadap gula darah kita.

"Semakin rendah nilai G.I, maka semakin lambat makanan itu dicerna atau diserap. Ini kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat"


tip kurus


G.I rendah adalah amat penting dan sangat membantu dalam program penurunan berat badan. Ini kerana serapan yang berperingkat tadi mampu membuatkan seseorang individu tadi lambat berasa lapar, sekaligus dapat mengawal selera makan.

Rujukan nilai Glycemic Index adalah 100, pengkelasannya begini:

1) G.I TINGGI ukuran indek melebihi 70
2) G.I SEDERHANA ukuran indek antara 55 - 70
3) G.I RENDAH ukuran indek bawah 55

tip kurus

Kandungan G.I bergantung kepada jenis kandungan kanji, lemak, protein, asid organik atau garam dalam sesebuah makanan.
Apa kebaikan jika kita mengambil makanan yang kandungan Glycemic Index nya rendah?

1) Perut akan tahan kenyang lebih lama
2) Dapat mengelakkan diri dari mengantuk. Ini kerana G.I rendah akan mengekalkan lebih lama tenaga pada tubuh.
3) Membantu menstabilkan paras gula dalam tubuh
4) Membantu mengurangkan kolesterol
5) Dapat mengurangkan berat badan secara konsisten.

Jom amalkan gaya hidup sihat aktif dan seimbang bermula hari ini juga sebagai langkah ikhtiar serta TANGGUNGJAWAB kita menjaga AMANAH tubuh badan kurniaan Allah ini.

Tip Kurus : Kenaikan Berat Badan Ketika Period

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Post ini dedikasikan khas untuk semua Wanita Terbahagia (emosi) di Dunia. Amy kongsikan di sini dari group whatsapp. Amy copy aje, tak larat nak salin... heheh.

Why is it normal to gain weight during your menstrual period? Keyword dia, its WATER WEIGHT because of WATER RETENTION. 


ONLY WATER WEIGHT CAN CHANGE YOUR WEIGHT OVERNIGHT

ONLY WATER WEIGHT CAN CHANGE YOUR WEIGHT OVERNIGHT. 

Macam mana berlaku?
1. Estrogen 
2. Progesteron
3. Emotional craving
4. Eating craps
5. Less workout.

Semua di atas tu, akan menyebabkan water retention. Macam mana?

1. Sebelum period hormon estrogen akan meningkat. Jadi hormon ni akan bagi signal kat badan get ready to bleed, makanya badan akan retain water. Sebab tak nak kita dehydrates bila kita bleed nanti. 

2. Bila dah period, the water weight will be released slowly sebab kita bleed. However, the emotional roller coaster takes in. Haha the beauty of hormone. Jadinya kita start la makan macam-macam. Time ni la tetiba nak makan manis, nak makan masin, nak makan masam. Semuaaaa tu, leads to water retention (againn??😱)

3. Masa period jugak selalunya kita teringin nak makan junks and craps (senang citer). So kita pun dengan redhanya blame it on the hormone 😁 craps mean = overdose sugar, overdose sodium = water retention (never ending stories).

4. Bila dah hujung-hujung period plak, progesteron kicks in. Untuk prepare badan kot-kot nak pregnant. Progesteron jugak akan buat badan simpan air untuk persediaan pregnancy tu. So yes, again, water retention ( almost the end 😂).

5. Masa period especially kalau yang heavy memang malas nak workout kan? Kalau tak heavy bleeding pun memang time period penyakit MALAS tu jadi 5x ganda. So, macam mana nak hilang water retention tu, tak berpeluh langsung? Gitu je la citernye. Haha 

So, should u feel sad? No.
Should you indulge? No. 
Should you eating craps? No. 
Should you just blame the hormone? No..or maybe Yes. 😁

You should be grateful if you gain weight during your menses because that means your body function well as they should. Bersyukur sebab sebagai wanita hanya kita je dapat pengalaman macam tu. And its normal. 

Oh btw, you can gain 500g to 5kg during your menses so dont be suprised 😱

Jika nak berat maintain ketika period, jaga selera makan dengan amalkan 'smart snacking' dan juga minum lebih banyak air masak. 

Untuk pastikan metabolisma kekal aktif, buat aktiviti 'low impact' seperti banyakkan berjalan, naik turun tangga, atau buat senaman yoga atau pilates.

Smart snacking maksud makan buah tinggi fiber.

Tip Kurus : Bersarapan Dengan Sihat.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sarapan pagi sepatutnya hanya 20%-30% daripada kalori kita seharian. Cabarannya kita pagi- pagi dah masuk nasi lemak, mee goreng, lontong yang 400-500 kcal ke atas. Katakan kenyang makan pagi pastu lunch lewat, makan pukul 3 -500 kcal lagi, petang pisang goreng pukul 4 - 400 kcal lagi. Malam pulak makan lewat ke awal ke balik ke kalori juga.


tip kurus healthy breakfast



BAGAIMANA NAK BERSARAPAN DENGAN SIHAT?

PERTAMA : fokus makanan yg berprotein sihat( bukan haiwan) dan berfiber (tinggi serat) dan ada nilai nutrition yang maksimum dan OPTIMAL  lagi tinggi khasiat vitamin yang ada lagi bagus.

KEDUA : NO HIGH KARBO awal pagi.  Hanya fokus pada fiber dan protein yang sihat dan sikit karbo yang sihat.

KETIGA : KALORI YANG BELOW 300
Mostly rutin masyarakat kita akan bersarapan lebih kurang 600-800 kalori untuk satu hidangan. Bayangkan sarapan saja, kita dah guna dekat 60% kalori harian yang sepatutnya hanya :

30% : Breakfast
40% : Lunch
20% : Dinner
10% : Snacking Pagi & Malam

- berapa kalori nutrisi yg kita ambik seawal pagi ?

healthy breakfast

Apakah makanan yang bagus masa sarapan?

Makanan yang bagi minyak ron97 ke badan , ada cukup khasiat, micronutrients, ada fibre dan memberi kebaikan .

Sebaiknya protein baik supaya kita bagi minyak yang baik untuk badan kit .

Tak semestinya yg sedap di mulut bagus untuk badankan. 

Penyakit skrg mostly semua berpunca dari PEMAKANAN , pastikan sarapan betul, supaya insulin tak buat keje teruk pagi-pagi.


Happy Breakfast Semua

10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Azam nak kurus tapi terhalang sebab kenduri. Benda ni memang selalu terjadi pada diri Amy sendiri. Nak pulak kalau satu hari tu ada lebih dari satu kenduri.

Sekarang ni menu kenduri ada macam-macam. Nasi dan lauk Amy tak heran sangat tapi yang lain tu yang tak tahan godaan. Ada mee, roti jala, ABC, cendol, bubur dan pengat dan macam-macam lagi.




 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri

Tips Kurus semasa kenduri, semoga bermanfaat. 

1. Jangan Skip Sarapan pagi. Mentang-mentang tengahari nak makan kenduri, skip sarapan atas sebab tengahari nak makan lagi.  Ingat  Skip Sarapan boleh menggemukkan.
- Ambik full nutrition seawal pagi.  

2. Jika kenduri itu agak jauh dari rumah pastikan alas perut sebelum pergi kenduri. Ambil snek ringan seperti buah atau roti gandum supaya tidak terlalu lapar atau epal hijau

3. Ikut portion makanan seimbang. Jangan makan macam tak makan sepuluh tahun ya. Hehe
- Kena selalu ingat, 30% karbohidrat , 40% protein sihat dan baki fiber dan lemak sihat.

4. Pilih nasi putih jika ada pilihan selain nasi minyak.

5. Elakkan makan daging, pilih hidangan ayam dan sedikit kuah.

6. Penuhkan pinggan dgn  sayur dan buah..makan ini dulu sebelum makan nasi.

7. Elakkan minum air manis. Untuk lebih selamat bawak air mineral dalam botol kecil dan simpan dalam beg manalah tau tempat kenduri tu tak sediakan air mineral.

8. Elakkan makan dessert yang manis. Jika teringin, ambil portion yang sedikit atau berkongsi. 

9. Jika terdapat lebih dari 1 kenduri pada hari yang sama, makan sedikit untuk setiap kenduri dan kurangkan nasi. 

10. Makan perlahan dan enjoy makanan anda. Otak kita ambil masa 20 minit untuk beritahu kita sudah kenyang. 

Tak salah sekali sekala menjamu selera. Its all about balance. Selamat Makan Kenduri ! 

Last sekali , back to "niat" kita pergi utk ukhwah dan silaturahim .. Bukan nak meriahkan lemak kita 😂😂😂..