Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Kek Coklat Kukus dan Blueberry Mufin.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya dua kek ni Amy buat minggu lepas, lama dah abisnya tapi baru hari ni Amy letakkan kat sini.

Resepi kek coklat kukus sedap

Masa nak buat kek coklat ni Amy tak tau nak pakai resepi yang mana satu lastnya Amy gabungkan aje resepi kek coklat tu, bahannya ikut resepi kek coklat ni dan cara buatnya ikut resepi ni

Cara buat Amy ikut resepi tu sebab caranya lebih senang dan cepat tak payah nak pukul telor asing... lebur aje.



Alhamdulillah cantik kejadian kek coklat kukus ni rasa pun sedap. MIL Amy kata kek ni pahit coklat tapi bagi kami sekeluarga sedap aje jadi kepada sesiapa yang tak berapa suka rasa coklat lebih bolehlah kurangkan serbuk koko.
 Amy lebih suka guna serbuk koko daripada serbuk coklat sebab harga lebih murah dan Amy rasa serbuk coklat tu lebih pahit. 

Kalau setakat nak makan kek coklat camtu aje bolehlah buat resepi ni ... kalau nak letak buttercream ke whipping cream ke pun ok guna resepi ni. Kek ni tak de lembut sangat seperti resepi asal yang Amy guna untuk buat kek coklat cheese lava tu .... TAPI, ada tapi tu kalau nak letak topping coklat meleleh tu macam tak berapa sangat sebab takut ia lembek.


Resepi blueberry mufin
Setiap kali lalu kedai Tea Leaf n Coffee  tu asyiklah nampak mufin blueberry. Satu ketul tak silap Amy dekat RM7. Teringin Amy belilah satu. Terasa betul mahalnya tu...๐Ÿ˜…

Resepi blueberry mufin

Hari Ahad Amy bangun pagi-pagi untuk buat mufin blueberry ni. Puas hati dapat makan lebih.


Kalau pakai cup yang macam Amy tu dapatlah 9 ketul. Lain kali kenalah buat 2 aduan sebab tak cukup. Blueberry pulak Amy beli yang dalam paket tu aje kat JJ, Tak cukup satu cawan tapi lantaklah.

Resepi blueberry mufin

Amy bakar lama sikit sampai nampak keperangan. Masa lepas bakar rasa macam kering sikit tapi bila dah sejuk ia jadi lebih moist dan sedap.

Kek Coklat Kukus Yang Moist, Sedap, Lembut Dan Senang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramai yang suka kek coklat kann, kalau ada yang tak berminat.... Amy rasa tak ramai kot. Sebut aje kek coklat mesti terbayangkan kek coklat yang moist, lembut dan sedap

Semalam Amy buat kek coklat kukus satu adunan dapat 4 bekas aluminium yang kecil tu. 2 bekas Amy buat kek coklat cheese lava. Kalau dibandingkan dengan kek coklat kukus yang Amy buat sebelum ni... Amy lebih suka resepi kek coklat kukus moist yang ini tapi kalau nak terendam lama-lama dalam coklat yang lebih cair kena pakai resepi coklat kukus yang satu lagi tu.


kek coklat moist kukus

Hari ni Amy sharekan sekali lagi resepi Kek Coklat Kukus yang sangat moist, lembut, sedap dan yang paling penting senang nak disediakan. Tak payah guna whisk ataupun mixer, Amy guna senduk kayu aje. Kek coklat ni adalah kek coklat yang sama dalam resepi Kek Coklat Cheese Lava sebelum ni. 

Anak-anak Amy suka sangat dengan kek coklat ni. Hampir habis 2 bekas tu sekali hadap...๐Ÿ˜…. 

kek coklat moist kukus

Kek Coklat Moist Anis 
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.

1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.

Caranya:

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus sehingga masak. Amy kukus 40 minit.

-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu cair untuk kek kukus.

kek coklat moist kukus

Selamat Mencuba...

Kek Coklat Cheese Lava ... Kek Berhantu Yang Sangat Sedap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah seminggu birthday en Hubby berlalu baru semalam Amy berkesempatan buat kek untuk dia. Minggu lepas Amy sibuk dengan anak-anak yang baru start sekolah (alasan...๐Ÿ˜‚) minggu ni barulah lega sikit.

Mulanya Amy tak tau nak buat kek apa... anak-anak dah muak makan kek sebenarnya. Yang tak muak hanya mama dan ayahnya sahaja... heheh.  

Belek-belek blog kak Azlita jumpalah resepi kek coklat cheese lava yang berhantu ni. Kek ni sepatutnya dalam bekas tapi Amy pulak dah tau topping dia meleleh lagi nak jadikan dia ala-ala birthday kek... hambik, cari penyakit betul. Kejap aje cantik lepas tu abis meleleh.

kek coklat cheese lava

Kek Coklat Cheese Lava memang sedap. Gabungan coklat leleh dan cream cheese yang sangat sedap. 

Bila gigit aje terbenam gigi dalam cream cheese dan coklat... ah sedapnya.  Ditambah pula dengan kek coklatnya yang moist, rasa macam makan kek mahal aje... heheh.



kek coklat cheese lava

Walaupun kek ni sangat sedap tapi ia bukanlah dalam kategori kek yang Amy akan buat selalu. Amy lebih suka kek yang simple. Kek yang leceh dan banyak cerita macam kek ni setahun sekali tu oklah.


kek coklat cheese lava

Chocolate Cheese Lava Cake
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.

Kek Coklat Moist Anis 
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.




kek coklat cheese lava

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus atau pun dibakar. Amy guna loyang 8 inch jadi kek agak tebal dan ambik masa  lebih satu jam. 
-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu caik untuk kek kukus.

kek coklat cheese lava

Krim Cheese

250g cheese
500g UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis

- Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
- Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.


kek coklat cheese lava

Coklat Leleh

250g coklat masakan - Amy guna milk choc.
250ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh madu/ golden syrup/glucose syrup - Amy guna madu
1 sudu besar butter - Amy guna buttercup dlm tin
1 sudu besar nuttela/ hazelnut paste
1 sudu teh esen vanila.

- Satukan coklat, butter dan nuttela ke dlm mangkuk
- Panaskan UHT whipping cream dan madu sehingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
- Biarkan coklat mencair
- Tambah esen vanila dan kacau rata
- Biarkan sejuk.

Cara-caranya.

1. Kek hendaklah betul-betul sejuk  dan di potong 2 - jika hendak letak cheese kat tengah.

2. Ambil sedikit krim cheese (2sb) dan letakkan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan masukkan dlm piping beg untuk hiasan atas kek.

3. Letakkan krim cheese di antara 2 keping kek yg telah di potong dan di atas kek.

4.Ratakan cheese di atas kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga cheesenya keras sedikit.

5. Bila cheese dah keras bolehlah tuangkan coklat leleh diatasnya.

6. Gunakan krim cheese coklat dalam piping beg untuk buat hiasan atas kek.

7. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.

8. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan bolehlah di kendurikan.

Selamat Mencuba ...




Kek Milo 3 Minit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah siap makan tetiba tekak teringin kek coklat. Bukan kek coklat yang biasa Amy buat tu tapi kek yang gam-gam sekali makan... macam mana nak terangkan Amy pun tak gheti... heheh.

Selongkar punya selongkar terjumpalah resepi kek milo 3 minit ni yang Amy simpan dari blog kak Azlita Masam Manis. Kebetulan barang semua ada tinggal adunan kan aje.

kek milo sedap dan senang

Resepi ni senang sangat dan sedap. Masa untuk membuatnya pun tidak selama kek yang Amy biasa buat. Tak perlu mixer, guna whisk aje. Masuk aje semua bahan dalam satu bekas dan guna whisk untuk sebatikannya. Senang kan.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo 3 Minit.

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar milo
4 sudu besar gula halus atau kastor
4 sudu besar susu segar - Amy guna uht whipping cream
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan.
 ramekin (bekas yang boleh dibakar di dalam microwave)


kek milo sedap dan senang

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Masukkan tepung bersama semua bahan kecuali choc cip n choc rice kedalam mangkuk besar.
3. Gunakan senduk kayu atau whisk - kacau adunan sehingga sebati.
4. Oles ramenkin dengan sedikit butter atau minyak dan tuangkan adunan 1/2 mangkuk. Jangan penuh sangat kerana kek ni akan naik takut nanti membuak-buak.
5. Taburkan choc cip dan choc rice diatasnya.



kek milo sedap dan senang


Kalau guna microwave 3 minit sahaja.
Amy bakar guna oven. Mula-mula 15 minit pertama 180c api bawah dan 5 minit lagi api atas bawah. Bergantung pada besar ramekin yang digunakan dan juga oven masing-masing.


kek milo sedap dan senang

Resepi ni Amy buat 3 aduan... kami 5 beranak manalah cukup satu aduan tu. 

Amy guna 5 remekin, yang kaler pink tu kecik sikit dari yang kaler putih. Baki aduan dapat lagi 5 remikin- Amy bakar keesokkan paginya untuk breakfast. Kesimpulanannya.... 3 adunan tu Amy dapat buat 2 kali bakar.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo ni sedap dimakan suam-suam, jangan pulak keluar aje dari oven turus ngap.... nanti ada pulak yang melecur lidah ๐Ÿ˜‚.

En hubby dan anak-anak semua kata kek milo ni sedap tapi tak leh tambah sebab Amy bakar ngam-ngam sorang satu.



Kek Kukus Coklat Yang Sangat Sedap Lagi Moist.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sekejap aje dah Jumaat kan, pantas sungguh masa berlalu. Dah lama teringin nak makan kek coklat kukus tapi baru hari ni dapat buat. 


 Banyak-banyak resepi kek coklat kukus yang pernah Amy cuba resepi kek coklat kukus yang ni jugaklah yang paling sedap kat tekak. lembab, sedap tak padat sangat dan yang penting nak buatnya tu tak banyak cerita. Insyaallah jadi. 

Amy pun dah lupa mana Amy ambik resepi ni. Kalau kek coklat lain Amy buat gerenti merekah tapi kek ni kalau jaga api dia, pastikan api tu tak kuat sangat dan tak terlebih masa insyaaallah tak merekah. Cantik aje dia naik.




 Kali ni Amy buat dalam bekas kecik-kecik aje. Senang nak simpan dalam peti sejuk tu, tak payah nak potong-potong... nak cari bekas lain pulak nak simpan. Nak makan aje ambik satu terus tak payah kotor pinggan dan pisau.

Resepi kek kukus coklat yang sedap lagi moist ni pernah Amy share di sini

Dulu ... Amy pernah minta resepi ni kek ni tapi tuan punya resepi kata kena datang kelas dia. Kalau kena datang kelas tu maknanya kena bayarlah kan. Amy tak ingat berapa jenis kek kukus yang Amy belajar tapi yuran dia hampir RM300. Sekarang resepi kek coklat kukus ni kat mana-mana pun boleh dapat.

Nak beli bukan cukup sikit dan nak pergi kelas pulak bukan kita nak berniaga + harga pun mahal. Bersyukur sangat sekarang ada ramai yang sudi kongsi resepi yang sedap-sedap di blog dan FB. 

Rich Choc Moist Cake...

Assalammualaikum..

Salam Jumaat semua.... Sekejap aje dah hari Jumaat kan. 2-3 hari ni nak kata sibuk sangat tak jugak tapi bila dah start masuk dapur tu lepas satu2 ade aje yg dibuat begitu juga kalau dah ke balkoni tu...  konon nak siram bunga aje lepas tu gatal tangan pulak gi alih pasu lah, cantas mencantas lah... letak baja pulak tu yang tak sempat nak buka laptop tu.



Hari Rabu lepas teringin nak makan kek coklat bakar.... asyik buat yg kukus aje. Baru pukul butter, handmixer Amy pun dah rosak. Bila pukul butter .. besi pemukul tu (tak tau nak panggil apa) berjoget2 tak pasal2 kena pukul manual pulak lepas tu.. huh lenguh tangan.

Dulu Amy selalu suka melepak kat Forum Cari... best ade banyak resepi dan feed back dan Amy dapat belajar dari situ. Ramai yang dah cuba resepi kek ni dan kata sedap dan moist.

   Kek ni baru masak pun dah moist dah tapi klu dah semlman lagi moist... Amy pulak bila turn kek coklat bakar ni mesti  nak terbelah, kurang api tak masak dlm api biasa pulak mesti nak jd cam tu.. lantak lah asalkan sedap. Bukan nak jual... hihihi.



RICH CHOCOLATE MOIST CAKE [Jonah]

6 oz butter  (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO


BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN  (226 gm) (tepung gandum pun jadik jerrr jugak)
2 1/4 oz serbuk koko  (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:

1.  Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu persatu.
3.  Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5.  Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6.  Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.




Balik sekolah agama terus mkn kek tak sempat kek tu nak sejuk betul2 ... kelaparanlah tu. Kek ni saja Amy buat tak letak topping, asyik bertopping aje bosan dah. Dulu2 masa baru belajar buat kek mkn kek cam tu aje tak de topping2 pun.

Kek ni memang sedap... rugi kalau tak cuba.