Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Kek Kukus Buah Moist Paling Sedap Pernah Cuba

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dua kali raya PKP aku tak buat kek kukus buah, kali terakhir mungkin raya sebelum tu. Raya kali ni kita semua berpeluang raya bersama sanak saudara ... Alhamdulillah. 

Tahun ni aku buat kek kukus buah 13 bekas ... dah macam menjual pulak, heheh. Satu mak mertua punya, kak ipar, adik ipar, jiran kat kampung, nenek aku punya , ehhh ramai ler. Jiran aku kat sini dapat ler 2 rumah. 

Jiran 'selevel' semuanya Cina tapi bila raya diorang ke birthday ke dapat kopi lebih ke moon cake lebih ke.... kalau halal, sampai aje ke rumah aku.

Bila dah bahagi-bahagikan tinggallah sebekas kecik untuk rumah sendiri. Hari ni Amy buat lagi tapi masak 2 jam aje. Kek tetap moist tapi kalau kukus empat jam mungkin dia akan lebih stabil dan tak lembik.

Rasa.... Alhamdulillah, semua kata sedap. Resepi kek kukus buah ni tak manis sangat. Berbeza dengan resepi-resepi yang sebelum ni. Manis buah campuran lebih dari rasa manis kek tu sendiri. Pendek kata kalau nak manis lagi, gigit ler buah campur tu.... ok, dapat tak bayangkan kemanisannya?


Kek Kukus Buah

Kredit: Kak Azita Masam Manis

Bahan A

300g gula halus/kastor

50 ml air panas

250g salted butter (aku guna SCS)

500g buah campur

- aku tambah sikit dried cranberry


Bahan B - ayak sekali

350g Tepung Gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil cream of tartar


Bahan C

1 sudu kecil esen Vanila

3 biji telor - dipukul manja, tak nak buih2


Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan. Api biar kecik aje. Biarkan dia mencair menjadi gula perang.

Aku ni jenis yang bukan penyabar, besarkan sikit api dan tunggu kat situ, agak-agak dah mula mencair terus perlahankan api ... ha cepat sikit.





Bila dah cair tu masukkan air panas dan kacau rata.
Hati-hati, gula ni panas, kalau boleh gunalah senduk yang panjang sikit pemenganganya tu.



Kemudian masukkan butter. Kalau nak cepat, potong kecik-kecik butter tu siang-siang. 




Kemudian masukkan pula buah kering. Sebatikan dan tunggu sehingga buih buih kecil atau letupan-letupan kecil. Tutup api.

Biar sehingga suam. Bulan puasa tu nak buat banyak jadi ada yang aku buat malam dan keesokkan paginya letak tepung.




Masukkan tepung, telor dan esen vanila. Kaub balik aje jangan terlebih kacau, sebati dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Kukus selama 4 jam. 


Aku guna bekas plastik aje, senang dah siap bertutup dan senang nak simpan. Bulan puasa tu mula mula aku kukus 3 jam lepas tu 2 jam kemudian asalkan masak aje. 12-13 bekas nak kukus 4 jam setiap kali kukus... emmmm banyak ler bil elektrik aku. 

Lagipun bukan nak simpan 3 - 4 bulan pun, tak sampai seminggu dah abis kena ngap.








Resepi Mufin Coklat Yang Senang Dan Sangat Sedap

    • Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Semalam Amy cuba resepi mufin coklat yang baru, buat dua adunan sebab ada cikgu BM Irfan datang mengajar dan untuk cikgu dan kawan-kawan Nasiim makan selepas kelas tambahan petang semalam tapi tak jadi sebab kelas dibatalkan. Cikgunya ada emergency.

  • Resepi Mufin Coklat Yang Senang Dan Sangat Sedap

  • 2 adunan dapat lebih kurang 30 biji mufin, Alhamdulillah habis semua. Kebetulan jiran Amy lalu depan pintu, biasalah kalau ada 2-3 orang anak kecil... dari jauh boleh dengar 😄 jadi berasalah budak budak tu mufin baru keluar dari oven. 
Cikgu BM Irfan pun dapat bawa balik sikit, memang rezeki diorang.

Amy pilih resepi ni sebab dia dapat banyak review, 

Resepi Mufin Coklat Yang Senang Dan Sangat Sedap

Alhamdulillah semua kata sedap, sampaikan cikgu BM Irfan tanya 'tak buat jual ke' Amy sekadar tersengih-sengih.... pelangan kat rumah ni aje pun dah ramai.


Resepi Mufin Coklat Yang Senang Dan Sangat Sedap

tips:
- 8 minit yang pertama bakar dengan suhu 220℃ dan turunkan ke 175℃, bakar selama 12 minit atau sehingga masak.



- Cucuk tester tu kat 2-3 tempat, kadang-kadang terkena coklat chip cair kat dalam tu.

- Suhu ikut suhu kebiasaan oven masing-masing. oven kecil dan oven besar suhunya tak sama. Oven amy tu nak set suhu kena pusing-pusing tombolnya, letak 175℃ nampak macam 180℃ jadi amy letak 180℃ terus. 

- Biarkan sekejap mufin tu dalam pan dia sebelum dikeluarkan.
- Letak dalam bekas kedap udara atau plastik yang boleh seal, boleh tahan sehingga 3 bulan.
- Thaw' 3-4 jam sebelum dihidangkan.

- Kalau nak panaskan, balut mufin dengan aluminium berasingan dan bakar dengan suhu 175℃ sehingga 'warm'.

Resepi Mufin Coklat Yang Senang Dan Sangat Sedap

Coklat Mufin
by Jennifer Segal, diadaptasi dari Joyofbaking.com

Bahan A
1 3/4 cwn tepung
2/3 cwn serbuk koko
1 1/4 cwn gula perang
1 sk baking powder - Amy lebihkan sikit
1 sk baking soda
1/2 sk garam- Amy tak letak sbb guna salted butter
1 cwn coklat chip - 3/4 masuk dlm tepung tinggalkan 1/4 cwn untuk letak atas mufin

Bahan B
125g butter - meltedkan dulu dan biarkan sekejap
2 biji telor besar - Amy guna 3 biji telor sedang
1 cwn buttermilk - Amy guna susu + 2 sb cuka
2 sk esen vanila 

Caranya:
- Letak rak kat tengah oven, panaskan oven dengan suhu 200℃ 
- Isikan mufin pan dengan baking cup saiz standart
- satukan buttermilk, esen vanila dan telor dan whisk kan. Amy pukul-pukul manja aje asalkan telor sebati dengan yang lain.

Dalam bekas lain,
- Ayak tepung, baking soda, baking powder dan serbuk koko bersama. Gaul sebati.
- Masukkan gula perang dan guna tangan, gaul-gaul dan hancurkan ketul ketul gula perang jika ada.
- Masukkan coklat chip- gaulkan
- Masukkan campuran buttermilk - kacau sebati, jangan kuat-kuat, guna kaedah kaub balik aje
- Masukkan pula melted butter. Gaul sehingga sebati -'just combined' sahaja, jangan terlebih.
- Masukkan aduan ke dalam cawan sehingga sikit lagi nak sampai ke gigi cawan kertas.
- Taburkan baki coklat chip ke atasnya dan tekan sikit.
- Kalau ada cup mufin (lubang kat loyang mufin tu) yang kosong, isi air jangan biarkan kosong.

- Masukkan ke dalam oven dan bakar 8 minit dengan suhu 220℃.
- Tukar suhu ke 175℃ dan bakar 12 minit atau sehingga masak.

  • Resepi Mufin Coklat Yang Senang Dan Sangat Sedap






Kuih Seri Muka Yang Sangat Sedap... Yeay menjadi akhirnya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kuih Seri Muka salah satu kuih favourite Amy. Banyak kali cuba buat kuih Seri Muka ni, ada aje yang tak kena ... senang citer, Fail. Bukan kuih Seri Muka aje, tanak pulut tu pun selalu fail jugak. Kuih Lapis tu pun sama janganlah request, baik beli aje. 
Agar-agar atau dulu-dulu Amy panggil 'Lengkong' yang guna agar-agar tali tu pun sama, kalau guna serbuk insyaallah menjadi. Pendek citer, kuih muih tradisional ni memang tak 'ngam' dengan Amy... heheh.

Minggu lepas Amy nampak kat IG Azie Kitchen, kuih seri muka comel aje dia buat, siap boleh tengok kat youtube lagi cara membuatnya. 

Kali pertama cuba, masa tanak pulut Amy lupa cairkan santan kotak tu dulu dan masa buat lapisan atas pun sama 'plus' salah baca resepi, terlebih air hasilnga lapisan atas terlalu lembik TAPIIIII.... tapi en hubby suka yang lembik tu dia kata macam makan tepung pelita.

Kali kedua buat Amy baca resepi betul-betul dan santan kotak tu campur air sehingga jadi seperti di dalam resepi. Alhamdulillah.... menjadi.

Amy suka resepi yang ini. Lapisan atas lembut tapi tak lembik seperti sebelum ni dan tidak juga rasa kenyal. Lapisan bawah sedang elok kejadiannya. Pulut masak dengan sempurna.

Kuih Seri Muka Yang Sangat Sedap... Yeay menjadi akhirnya.


Lapisan Bawah (pulut)

1 ¾ cawan/320 gram beras pulut - rendam 1-2 jam  
1 ½ cawan santan – Amy guna santan kotak + air = 1 1/2 cwn santan tak berapa cair 😁 
½ sudu kecil garam 

Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. 


Angkat dan dikacau supaya bergaul rata. Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat. 


Lapisan Atas:
resepi asal boleh lihat di blog Aziekitchen. Pertama kali buat amy tersalah baca jadi santan 2 cawan + 1/2 cawan air daun pandan hasilnya lembik terlebih air.

Kali ini Amy buat:

2 cawan santan pekat + 3 daun pandan 👇keterangan di bawah.
1 cawan gula pasir - Amy guna 3/4 cawan sahaja.
2 biji telur – saiz B
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air panas mendidih
Sedikit pewarna hijau

- Kisar 3 daun pandan dengan 1/2 cawan air dan tapis airnya. 
     [Amy guna santan kotak kara, sangat pekat jadi kena tambah air. 1/2 cawan air daun pandan + 1 cawan santan kotak + 1/2 cawan air = 2 cawan. Campur sikit sikit supaya dapat santan yang tak terlalu pekat dan tak cair.]
- Titiskan sedikit pewarna hijau. 
- Dalam bekas lain ... Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. 
- Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau 
- Masukkan 1 cawan santan. kacau lagi.
- Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan. 
- Tapis dan akhir sekali, masukkan 1/2 cawan air panas mendidih dan kacau rata. 

Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.

Masukkan loyang lapisan pulut yang telah ditekan rata ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas. 


Kemudian tuang adunan hijau dengan perlahan lahan melalui senduk kayu/sudu barulah turun ke permukaan pulut untuk elakkan lapisan pulut bocor/berlekuk. 



Kukus selama  45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.  
Ketika mula, kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu sehingga dah turun, baru tutup semula. 
Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. 

Nota: Amy kukus menggunakan periuk pengukus Trio. Setiap beberapa minit, buka tudung pengukus dan lap untuk kering air.

Setelah betul betul sejuk (3-4 jam), baru dipotong dengan pisau plastik bersaiz kecil atau pisau yang dilenser dengan minyak.

Amy guna pisau platik dan potong ikut suka aje... heheh.


Kuih Seri Muka Yang Sangat Sedap... Yeay menjadi akhirnya.

Kek Batik Coklat Ganache. Senang ... sedap pulak tu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dah 2 kali cuba resepi kek batik coklat ganache ni. Anak-anak Amy sangat suka. Resepi senang sangat, kali pertama Faris dan kali ke dua Nasiim yang buat ... mamanya tukang tengok dan tukang arah,😐.

Resepi ini dikongsikan oleh Che Nom di Facebook. Terima kasih untuk resepi yang sedap ni.



Kek Batik Coklat Ganache ... emmm Sedapnya.

Kek Batik Coklat Ganache By Che Nom

Bahan-bahannya:
2 pek biskut Marie - Amy guna 1 1/2 pek aje.
1 ketul/200g butter - Amy guna salted Achor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2tsp garam - jika guna unsalted butter
1 biji telor
1/2 cawan air panas
1 tsp esen vanila
1tsp serbuk nescafee - Amy tambah


Caranya:

1. Cairkan butter kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan milo satu persatu sambil kacau guna whisk. 
2. Masukkan air panas - kacau lagi sampai dapat adunan pekat licin.
3. Jika guna unsalted butter bolehlah masukkan garam. kacau lagi
4. Masukkan telor - Amy kacau manja kat luar dulu baru masukkan dalam aduan. Kacau lagi.
5. Masukkan esen vanila. Amy tampah sedikit serbuk nescafee dan kacau 
6. Tutup api dan masukkan biskut Marie sikit-sikit supaya senang nak kacau.
7. Biarkan sekejap bagi biskut tu menyerap apa yang patut dan menjadi sedikit lembut.
8. Loyang 9' - (kalau nak lagi senang guna loyang  removable tu) Lapik dengan baking paper bagi ada terkeluar sikit dr loyang. senang nak angkat kek keluar. Sapa nak lapik atasnya dengan plastik lagi pun boleh tp amy malas ... heheh.
9. Masukkan adunan sikit sikit bagi dia memenuhi semua ruang loyang tu sampai habis kemusdian tekan-tekan bagi padat dan rata.
10. Biarkan dia sejuk sekejap dalam peti sejuk.

Kek Batik Coklat Ganache ... emmm Sedapnya.


Topping coklat ganache:

-200ml /200g whipping cream - panas atas dapur bg suam2 sikit. -200g dark chocolate - tuang whipping cream suam tadi ke atasnya. -1 sudu kecil esen vanilla - masukkan pula esen vanila dan... -1 sudu besar butter - untuk nampak cantik berkilat.
-Tuangkan ke atas kek yang telah disejukan tadi.
- Letakkan dalam peti sejuk 4/5 jam atau semalaman.

Nisbah coklat dan whipping cream ialah 1:1.

Guna pisau yang dicelup air panas dan lap kering setiap kali nak potong kek. Potongan nampak cantik dan kemas.

Amy guna milk chocolate sebab anak-anak tak boleh makan dark chocolate.

Roti Pisang Coklat Yang Lembab, Garing Ditepi Dan Sedap ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam baki pisang mas baki buat cekodok Amy buatkan kek pisang. Amy cari resepi yang paling senang nak buat pastu ada banyak vote atau review.

Roti Pisang Coklat Yang Lembab, Garing Ditepi Dan Sedap


Jumpa resepi yang Amy cari kat twopeasandtheirpod.com. 

Senang aje resepi ni, kebetulan semua bahannya ada kat rumah. Tak perlu pakai mixer, lagi pun mixer Amy dah bungkus letak tempat lain. Amy guna spatula aje untuk kaub balik adunan.
Tak payah nak pukul sampai gebu pun macam biasa kita buat kek tu. 

Mula-mula baca resepi was-was jugak, baking soda aje baking powder tak guna pun ... pastu tawakal ajelah, jadi tak jadi belakang kira.

Alhamdulillah... dapat makan panas-panas masa berbuka. Keliling dan bahagian atas gareng dan dalam dia gebu n moist dan yang penting sodap.
Sahur tadi masih lagi sedap rasanya walaupun dah simpan dalam peti sejuk. 

Sapa yang tak suka pahit coklat boleh kurangkan sikit sukatan coklat chipnya.


Roti Pisang Coklat Yang Lembab, Garing Ditepi Dan Sedap

Chocolate Banana Bread namanya tapi rasa macam kek ... lantaklah janji sedap.

Roti Coklat Pisang.
Credit to : twopeasandtheirpod.com

Bahannya :

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 tsp baking soda
1 tsp garam - Amy tak letak sbb guna salted butter.

3 biji pisang besar dihancurkan - Amy guna pisang Mas dlm 8 biji
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan (62.5g) butter - cairkan dahulu
1/4 cawan minyak canola - Amy guna minyak masak aje.
1 biji telor saiz L atau gred A
1 sk esen vanila

1 cawan coklat chip


Roti Pisang Coklat Yang Lembab, Garing Ditepi Dan Sedap


Caranya:

- Panaskan oven 180℃ - Amy guna api atas bawah dan guna tingkat no 3.
- Ayakkan bersama tepung, baking soda dan serbuk koko kemudian kaub-kaubkan supaya semua bahan sekata.
- Dalam bekas lain satukan pisang yang telah dileyek/hancurkan dengan gula perang dan telor kacau rata.
- Masukkan minyak, butter yang telah dicairkan dan esen vanila. kacau rata lagi.
- Jangan kacau kuat-kuat atau terlebih kacau.
- Masukkan bahan kering dan kaub balik sehingga sebati. 
- Masukkan 3/4 cawan coklat chip dan kaub balik lagi.
- Masukkan adunan dalam bekas yang telah digris. 
- Taburkan baki coklat chip dan bakar 55-65 minit. Amy bakar 1 jam.
- Letak di luar dan biarkan dalam 15 minit baru dikeluarkan dari bekas.



Roti Pisang Coklat Yang Lembab, Garing Ditepi Dan Sedap




Resepi Blueberry Mufin - Cepat Dan Senang.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera....


Nak buat blueberry n lemon scone tapi tak buat-buat, kes malas nak mencari sour cream punya pasal, akhirnya blueberry dalam peti tu Amy buatkan mufin.

Sebelum ni Amy pernah cuba Grandmother Hinckley's Blueberry Muffins kali ni cuba resepi yang lain pulak.


Resepi Blueberry Mufin - Cepat Dan Senang.




Amy ambik dari Inspiredtaste.net @Adam + Joanne. Resepi ni dapat 5 bintang, 1155 komen dan 592 review.

Yang penting resepi ni senang nak disediakan. Telor sebiji dan guna minyak masak. Tak perlu mixer.

Suhu oven untuk mufin lebih tinggi dari kek. Ada yang kata lepas 5 minit yang pertama baru rendahkan sikit suhunya dari 200℃ ke 190℃ tapi Amy bantai 200℃ sampai ke sudah.

Kalau guna frozen blueberry tak payah 'thaw' dulu, terus masuk aje dalam adunan. Kalau saiz mufin lebih kecil, kurangkan masa bakar.

Gula yang ditabur atas mufin menjadikan tekstur atas mufin macam 'gareng' sikit.

Bagi Amy resepi ni lebih sedap dari yang sebelum ni. Sekali makan anak beranak terus abis. 


Resepi Blueberry Mufin - Cepat Dan Senang.


Blueberry Mufin - cepat dan senang.
10 - 12 mufin saiz sederhana.

Bahan-bahan:-

1 1/2 cawan tepung gandum - ayak/tapis
3/4 cawan gula kasar/pasir
1/4 sk garam halus - Amy terlupa 
2 sk baking powder
1/3 cawan minyak - Amy guna minyak masak
1 biji telor besar - saiz L
1/2 cawan susu
1 1/2 sk esen vanila
1 cwn blueberry atau frozen blueberry 



Resepi Blueberry Mufin - Cepat Dan Senang.

Caranya :

1. Panaskan oven 200℃. 

2. Satukan tepung, gula dan baking powder dalam mangkuk, guna whisk gaul sebati. Guna sudu ke garpu ke boleh aje.

3. Amy masukkan minyak, telor dan susu ke dalam cawan yang saiz '1 cawan tu'. 
- Bila campur 3 bahan ni mesti 'gam-gam' 1 cawan dan kacau sebati guna sudu,garpu atau whisk.
- Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

4. Masukkan ke dalam bahan kering dan 'kaub balik' . Jangan terlebih gaul, asalkan dia sebati aje.
- pastikan adunan pekat tapi bukanlah sampai jadi dought biskut tu.

5. Masukkan blueberry dan gaul lagi sikit.

6. Masukkan ke dalam tin mufin yang telah diisi 'muffin cups'. 
- Kalau ada cup/lubang tin yang kosong, kena letak air sikit dalam tu jangan biar kosong.
- Taburkan gula perang atasnya adunan mufin. kalau guna gula pasir pun ok, gula perang yang kasar pun ok.


7. Bakar sehingga masak, Amy tunggu sehingga atasnya nampak macam gareng sikit. Amy bakar 27 minit. letak kat tingkat 3 dlm oven.

Resepi Blueberry Mufin - Cepat Dan Senang.

Selamat mencuba ...

Tepung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni jom kita kenali tepung...

tepung

Tepung Gandum (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah di dapati di pasaran.
Ia sesuai utk membuat pelbagai jenis kuih-muih, pastri, kek dan biskut.
Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protin adalah 9% – 12%.
Contoh tepung ialah Cap Sauh, Cap Kunci dan lain lain.

Tepung Protin Tinggi

Tepung ini dikenali sebagai tepung roti (bread flour) dan ia amat sesuai untuk membuat roti.Kandungan protin adalah 12% – 14%.
Kandungan protin yg tinggi menjadikan roti lebih kenyal, lembut dan gebu.

Tepung Protin Rendah
Tepung ini dikenali sebagai Tepung Superfine atau tepung kek. Kandungan protin yang rendah di bawah 10 % menjadikan ia sesuai untuk membuat kek dan pastri. Hasilnya kek lebih ringan, tekstur halus dan gebu.

Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini juga dikenali sebagai Tepung Biskut. Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu sangat sesuai untuk membuat biskut.

Tepung Hong Kong

Tepung ini juga dikenali sebagai (Water Lily Flour) dan warnanya sangat putih dan halus. Sesuai untuk membuat pau dan kek lapis kerana menjadikan kek lebih lembap dan gebu berbanding tepung jenis lain.
- Yang ni Amy tak pernah guna lagi.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)

Merupakan sejenis tepung kek yang telah mengandungi serbuk penaik dalam kadar tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambahkan serbuk penaik dalam resipi anda. Jika terlebih serbuk penaik,tekstur kek jadi berderai dan berasa pahit.


Tepung Premix (Premix Flour)

Terdapat pelbagai jenis tepung premix di jual di pasaraya dan kedai bahan kek. Antaranya kek span, mufin, kek mentega dan lain-lain. Anda hanya perlu mencampur bahan-bahan cecair ke dalam tepung campuran ini. Ikut arahan yang diberikan dalam setiap paket tepung ini.

Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu lepas macam hari sabtu yang biasa, terkejar-kejar dengan anak-anak mengaji pastu pergi hantar pulak kelas tae kwan do. Sementara diorang kat kelas tae kwan do Amy lari lah kejap ke AEON beli apa yang patut.

Anak-anak minta Lasagna ... nak beli tengok harga pun boleh pengsan. Jadi untuk kepuasan tekak diri sendiri dan anak-anak kenalah buat sendiri. 

Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah


Banyak kali dah Amy cuba buat lasagna ni tapi tak pernah jadi ... penat dan sakit hati aje yang dapat.

Alhamdulillah, resepi yang Amy cuba kali ni dah dua kali Amy buat. Dua-dua jadi dan yang penting SEDAPPPPP.

Sebenarnya tak delah susah dan leceh sangat buat lasagna ni macam yang Amy rasakan dulu. Hanya perlu buat sos daging@ kuah spageti dan sos putih cheese aje.

Sos spagheti tu ikut suka kita nak masak macam mana pun, kalau kena masa Amy malas, Amy lebur kan aje daging, bawang tu dalam sos spagheti. Bawang putih pun tak de... heheh, tapi kalau nak lagi sedap kenalah rajin.

Sos spegheti tu pun Amy beli yang cendawan punya ... kes malas nak tambah cendawan butang punya pasal.


Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah


Sos putih Amy ambil resepi sos putih asas Michela Tuscan. Lasagna sheet Amy beli yang instant punya... tak payah nak masak dulu. Yang penting kena ada cheedar, parmesan dan mozzarella. Mahalnya lah barang nak buat lasagna ni tapi dapat banyak dan boleh makan bertambah-tambah. 

Sebelum ni Amy guna susu low fat tapi rasa dia kurang sikit. Amy suka daun pasley berbanding basil sebab bau dia lain.

Resepi yang Amy kongsikan ni dapat banyak. Kami berlima tapi macam ada 10 orang aje dalam rumah ni. Dapat makan tengah hari dan malam. Kalau tak ramai yang nak makannya, kurangkan resepi ni ye.

Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Lasagna Sedap

1. Sos Merah @sos daging @ kuah spagheti
2. Instant Lasagna 
3. Sos putih + cheese cheddar
4. Mozzarella cheese - Amy guna 250g
5. Parmesan cheese - Amy guna 125g
6. Pencungkil gigi - jika ada
7. Aluminium foil.


Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Sos Daging

Daging Kisar
Bawang - amy guna bawang besar aje dah siap kisar
Bawang putih 3 ulas, amy penyekkan guna pisau aje
Sos spageti prego cendawan - jenama lain pun boleh
Tomato 2 biji, cincang
Cendawan butang - Amy tak letak
Italian Pasley ( boleh tukar tyme atau basil- ikut suka)

- Tumis bawang besar dan putih
- Masukkan daging 
- Daging dah masak masukkan sos spageti
- Masukkan tomato cincang, masukkan garam dan rasa.
- Dah masak tutup api dan masukkan pasley


Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah


Sos Putih - Michela Tuscan
         - resepi asal tidak ada chedar cheese.

80g tepung
80g butter 
800ml susu full cream
6 keping cheddar cheese - *Amy tambah, boleh kurangkan 3-4 keping.
black paper sikit - amy terlupa letak
nutmeg - Amy tak letak
garam sikit

- Cairkan butter
- Masukkan tepung dan kacau dengan whisk sehingga pekat dan alihkan dari api.
- Masukkan susu sedikit-sedikit dan kacau sehingga tiada bintil-bintil tepung.
- Letak atas api semula, api kecil aje.
- Masukkan  cheddar cheese dan kacau sehingga cheese cair.



Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Cara-cara BuatNya

- panaskan oven 180℃
- griskan bekas yang nak diletakkan lasagna tu. Amy guna bekas lebih kurang 12 x 9.
- tuangkan sos daging dan rata kan
- susun lasagna sheet menutup sos daging tadi. Amy guna yg tak payah nak masak dulu punya. Masuk terus.
- tuangkan sos putih  cheedar  di atasnya dan ratakan
- taburkan mozzarella cheese dan parmesan cheese
- ulang semula dengan sos daging
- mesti berakhir dgn mozzarella dan pamesan cheese.
- tutup dengan aluminium foil
- selepas 25 minit, buka aluminium foil tu dan bakar lagi 25 minit.
- kalau sikit lasagnanya kurangkan masa pembakaran.

Amy buat 2 kali aje, baki sos daging amy curah atas lapisan parmesan dan mozzarella cheese dan atas sekali Amy letak saki baki cheese yang tinggal. Tak kuasa nak simpan-simpan dah.

Tip -
untuk mengelakkan cheese melekat pada aluminium foil, cucukkan lidi seperti dalam gambar di atas 👆

Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Dah siap tutup... ready untuk dibakar.


Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Tadaaaaa ... dah siap. Ni barulah  fresh from oven, tak keluar abis dari oven lagi dah ambik gambar.

Lasagna tak siap masak lagi anak-anak dah tanya dah boleh makan ke belum. Masing-masing dah kelaparan.

Keluar aje dari oven, tak sempat lasagna nak set lagi dah kena kenduri. Meleleh-leleh cheese tu, tak ada rupa lasagna ... rupa 'larojakna' ada lah. Bila dah petang sikit, suam-suam kuku panasnya barulah bila potong tu cantik aje kejadiannya, nampak lapisan cheese dan sos daging tu.

Amy taburkan serbuk cili kering atas dia... tak delah bercheese sangat rasanya.


Resepi Lasagna Sangat Sedap Dan Mudah

Pesanan untuk diri sendiri, lain kali kena buat awal. Tak boleh last minit nak makan baru nak buat. Tak boleh buat selalu, kolestrol banyak melampau. Sediakan teh detox lepas tu.