Showing posts with label congo bar. Show all posts
Showing posts with label congo bar. Show all posts

Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Satu lagi resepi congo bar yang sedap. Lagi sedap dari yang Amy cuba sebelum ni. Resepi ni dikongsikan oleh kak Azlita masam manis. Kebanyakkan resepi yang Amy cuba dari blog beliau memang tak mengecewakan.

Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Resepi ni guna whisk aje pun boleh tapi Amy guna mixer sebab nak cepat.

Anak-anak dan En Hubby semuanya suka dengan congo bar yang ini. Cepat aje abis dikendurikan.


Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Chocolate Congo Bar
Azlita Masammanis

Bahan A - Ayak bersama :-
280g tepung
2 1/2 sk baking powder
30g serbuk koko 

kalau nak lagi sedap pakailah serbuk koko yang mahal tu... heheh.

250g butter - cairkan
300g gula perang
2 biji telor A
1 sk esen vanila
1 cwn coklat cip
1/2 cwn cransberry - opt
coklat hiasan - opt


Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Cara Amy :-
- panaskan oven suhu 170℃
- loyang 10 inch, gris dan letak baking paper.

1. Pukul telor dan gula sehingga sebati - tak perlu sampai kembang.
2. masukkan esen vanila - gaul rata
3. Masukkan butter yang telah dicairkan- gaul rata
4. masukkan tepung - gaul ratakan atau kaub balik
5. Masukkan cransberry dan coklat cip - gaul rata lagi
6. Masukkan ke dalam loyang.
7. Letak coklat hiasan kat atas, boleh juga letak kekacang.
8. Bakar 30 minit atau sehingga masak.
9. Tunggu sejuk baru potong.


*** Macam biasa, bila dah masuk tepung jangan kacau lama-lama, kaub balik sebati cukup ***

Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah terperap n3 ni kat dalam draf tu. Congo bar ni Amy buat sebelum Irfan ambik PT3 tahun lepas.

Resepi ni sangat senang, tak payah mixer. Boleh aje kalau nak tambah kekacang atau cransberry.

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang
Nampak macam kering sikit sebab panas-panas terus potong ... kes tak menyempat.


Tak boleh bebel panjang-panjang, banyak lagi yang kat dalam draf tu yang menunggu.

Amy sharekan di sini resepi ni untuk rujukkan masa hadapan. Lagi pun senang kalau letak kat sini, pergi mana-mana tak payah bawa buku resepi. 

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Congo Bar.

75g butter - Amy guna scs
120g gula perang
 1 1/2 telor A - puas nak setengahkan dia.
1 sk esen vanila
155g tepung
1 1/4 sk baking powder
100g chocolate chip


Caranya :-
- ayakkan tepung dan baking powder.
- griskan loyang 7 inch, alas kertas. Biarkan kertas tu lebih dari loyang, senang tarik keluar nanti.
- Panaskan oven 150℃ selama 5-10 minit.

1. Cairkan butter
2. masukkan gula perang - kacau sebati.
3. Masukkan telor dan esen vanila - kacau lagi.
4. masukkan tepung kacau - sebati aje, jangan kacau lama-lama
5. masukkan chocolate chip - kaub balik bagi rata.
6. masukkan ke dalam loyang dan bakar 35 minit atau sehingga masak - Amy tambah lagi 10 minit.

*** tips - bila dah masuk bahan kering jangan kacau lama takut batat... 😉 *** 

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Guna lesung batu ... heheh.

Amy tambah masa bakar 10 minit lagi kerana takut dalam dia rasa macam tak berapa masak, melekat kat lidah.


Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang