Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Cheese Grill Untuk Sarapan Pagi Anak-Anak

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Waktu pagilah waktu yang paling kurang kerajinan Amy nak masuk dapur tapi nak buat camner kena masuk jugak... heheh.

Cheese Grill Untuk Sarapan Pagi Anak-Anak

Cheese grill ni salah satu kegemaran Irfan dan faris, Nasiim tak berminat. Si Nasiim tu Amy kena buat roti tampal telor untuk dia. 

Yang bagusnya cheese grill senang dan cepat nak sediakan dia. Lagi cepat dari buat roti salut telor tu. Yang penting semua bahan dekat dengan kuali.

Cheese Grill Untuk Sarapan Pagi Anak-Anak


Bahannya:
2 keping roti
sekeping cheese - Amy guna chesdale
Butter atau magerin - Amy guna buttercup dalam tin.

Caranya:
1.Sapukan magerin atau butter pada roti - satu bahagian sahaja pada setiap keping.
2. Api kecil
3. Letakkan roti yang pertama di dalam kuali - bahagian yang   disapu butter dibawah.
4. Letakkan cheese di atasnya.
5. Letakkan kepingan roti kedua diatasnya cheese - bahagian yang disapu butter dibahagian atas.
6. Agak-gak bahagian bawah dah keperangan, terbalikkan roti tu.
-Amy suka tekan-tekan supaya cheese tu cepat cair kat dalam tu... heheh.
7. Angkat bila kedua belah dah perang.

Anak-anak Amy memang suka makan masa cheese dia cair, bertali-tali macam pizza.

Kalau ada yang suka tambah bahan-bahan lain kat tengah tu pun boleh jugak tapi Amy ni buat yang cepat siap aje... heheh.

Roti Lapis Daging Berkeju ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama simpan resepi ni... biasalah Amy kan, hehehe. Resepi simpan lama pastu bila dah buat pun duduk kat draf tu pun lama.

Resepi ni Amy buat hari Sabtu 2 minggu lepas,  angin rajin datang nak buat untuk breakfast anak-anak. Kebetulan pagi tu ada mesyuarat PIBG kat SMKSBU... asyik sangat kat dapur sampaikan lupa tengok jam, sekali tengok dah pukul 8:30 emmm tak pergilah jawabnya.


Resepi ni senang dan sedap. Nasiim cakap rasa macam lazagna.

Resepi ni guna keju chedar parut tapi memandangkan satu plastik kecik tu pun dah berbelas ringgit jadi Amy guna slices cheese yang ada dan gunting halus-halus. Tu pasal tak berapa cantik atas dia.

Inti daging Amy buat sehari sebelum dan tak letak cili sbb nanti ada aje alasan budak-budak tu tak nak makan.



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resepi Oleh : Sarimah Md Nor

Diambil dari ; Kak AzlitaMasamManis

12 keping roti

3 biji telur

200 ml susu segar

8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa 






Inti Daging
300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1/2 peket perencah daging black paper Maggi (Amy guna sos black paper Maggi  2 sudu besar)
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus 
2 batang cili padi ~ hiris halus (Amy tak letak)
1 batang lada merah ~ hiris halus (Amy tak letak jugak)
daun sup dan daun bawang ~ di mayang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kering dan daging empuk
Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
gaul rata
Tutup api dan biarkan sejuk



Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu.
Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
Susun dalam loyang pembakar satu lapisan.
Kemudian ratakan inti daging di atasnya.
Susukan pula slice chese atas inti daging tadi.
Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti.
Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
Lapisan terakhir letakkan inti daging
Kemudian taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Angkat setelah masak
Tunggu  suam sikit dah boleh di potong
Makan panas-panas memang sedap sangat..

Roti Nestum Bermadu dengan Krismis...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah ni masing-masing lapar aje, dan makan nasi pun masih mencari lagi. Kejap-kejap buka peti ais, kejap-kejap buka kabinet dapur pulak, adeh. Mamanya kena jugaklah masak lagi hehehe.


Sebelum ni Amy pernah share resepi Roti Nestum Bermadu, kali ni resepi yang sama jugak tapi Amy tambah krismis tu yang jadi Roti Nestum Bermadu Krismis... pandai-pandai aje bagi nama kan.


Sila abaikan rupa roti yang tak berapa nak handsome ni ye... maklumlah baru nak belajar meroti.




Roti Nestum Bermadu Dgn Krismis.
Bahan-bahannya:
  • 3 cwn tepung gandum.
  • ¾ cwn nestum - bukan nestum baby ye heheh.
  • 2¼ tsp yeast - Amy guna mauripan aje.
  • 1 tsp garam.
  • 1 cwn susu- Amy guna susu kotak lowfat. Klu takde soya pun boleh.
  • ¼ cwn air panas suam- suam kuku.
  • 28g butter - Amy guna buttercup.
  • ¼ cwn madu.
  • 2 tbsp madu - warmed (amy letak dlm air panas)
  • 1½ to 2 tbsp nestum.
  • 1/2 cwn krismis.












  • Masukkan tepung, nestum, yeast dan garam dalam mangkuk mixer pastu gaul sebatikan.
  • Amy gunakan kuali leper aje, panaskan susu tapi jangan sampai mendidih... cukup untuk cairkan butter aje. Pastu masukkan butter dan air.
  • Masukkan susu tadi ke dalam tepung. Kalau mixer Amy... Amy guna speed 2. Amy putar dalam 15 minit.... memandai mandaikan hehehe.
  • Masukkan dough ke dalam mangkuk yang dah diminyakkan sedikit. Tutup dengan kain bersih dan biarkan dia naik double 1/2 ke 1 jam. Amy biarkan lebih dari satu jam.
  • Pastu.. Amy tabur tepung kat tempat Amy nak letak dough tu. Gunakan jari.. ratakan dough 9x12. Pastu rollkan cantik cantik dan masukkan dalam loaf.
  • Tutup lagi dan biar dia naik lagi sekali.
  • Panaskan oven 180C kalau oven kecil kurangkan sikit kot.
  • Bila dah naik sapu madu suam ke atas roti tu dan tabur nestum.
  • Letakkan dulang atau bekas kecil berisi air kat bahagian bawah (dlm oven) untuk stim.
  • Amy bakar 55 minit.



  • Mula-mula cantik aje tapi tak menyabar punya pasal ... naik sikit aje dah bakar. 



    Gatal tangan mula-mula bakar api bawah aje dulu pastu bila dah tukar api atas bawah terus jadi macam gempa bumi roti tu.



    Dah tak handsome dahhhh...



    Keluar dari oven aje terus kena kenduri tak sempat sejuk dah, kejap aje tinggal suku.

    Walaupun tak handsome tapi rasanya masih sedap. Lembut dan moist.



    Keesokkan paginya en Hubby bawa ke opis. Cantik aje dia kena potong kan... 

    Honey nestum Bread... sedap, lembut dan moist lagi.

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Masa Amy selak selak Printerest ... terjumpa resepi roti ni. Bahan bahan memang dah sedia ada kat dapur dan nak buat pun macam senang aje... maksud Amy tak banyak ceritalah cara nak buatnya.

    Resepi asal ialah Homemade Honey Oat Bread. Kalau gi blog tu, Darla ada terangkan step by step... memang senang nak faham.

    Resepi ni Amy tukar oat dengan Nestum sebab anak anak Amy tak berapa suka dengan oat, kalau nestum... laju aje. En Hubby pulak tanya apasal tak letak krismis sekali. Dahlah first time buat kang tak sedap kang camner???



    Semalam Amy buat pukul 11 pastu biarkan sampai pukul 2:45 petang. Lama sebab tiba tiba angin M tu datang tapi teruskan jugak sebab dah buat pun kang membazir pulak.



    Bila dah siap tinggal nak bakar aje tiba tiba lampu oven tu padam... plug pulak berasap terus Amy gi off kan. Roti dah siap tak kan tak bakar pulak abis tu camner?. Tak pasal pasal kena buka pulak plug tu cek satu satu apa yang tak kena. 


     Nasib baik lepas tu dah boleh pakai... tak pasal pasal Amy kena duduk kat dapur tengok aje dia takut jadi balik. Alhamdulillah... selamat roti aku dibakar sampai masak. Satu rumah bau madu.


    Mula mula Amy pun cuak jugak... hangus ke roti aku? 

    Tak... dia memang macam tu sebab madu dan nestum yang letak kat atas tu sebelum bakar. Jangan risau tak pahit pun malah bahagian tulah yang Amy paling suka.... manis dan sedap.



    Amy pakai madu ni... kalau madu jenama lain pun boleh jugak.

    Roti madu bernestum cara Amy.. kalau nak ikut resepi asal kat bawah ye.
    Bahan-bahannya:
    • 3 cwn tepung gandum.
    • ¾ cwn nestum- bukan nest baby ye heheh.
    • 2¼ tsp yeast - Amy guna mauripan aje.
    • 1 tsp garam.
    • 1 cwn susu- Amy guna susu kotak lowfat. Klu takde soya pun boleh.
    • ¼ cwn air panas suam- suam kuku.
    • 28g butter - Amy guna buttercup.
    • ¼ cwn madu.
    • 2 tbsp madu - warmed (amy letak dlm air panas)
    • 1½ to 2 tbsp nestum.

    1. Masukkan tepung, nestum, yeast dan garam dalam mangkuk mixer pastu gaul sebatikan.
    2. Amy gunakan periuk kecil, panaskan susu tapi jangan sampai mendidih... cukup untuk cairkan butter aje. Pastu masukkan butter dan air.
    3. Masukkan susu tadi ke dalam tepung. Kalau mixer Amy... Amy guna speed 2 kalau lebih takut rosak pulak mixer tu. Amy putar dalam 15 minit.... memandai mandaikan hehehe.
    4. Dia memang melekit lekit sikit... Amy tambah 2 sudu besar tepung.
    5. Kalau guna tangan kena baca yg bawah punya ye.
    6. Masukkan dough ke dalam mangkuk yang dah di minyakkan sedikit. Tutup dengan kain bersih dan biarkan dia naik double 1/2 ke 1 jam. Amy biarkan lebih dari satu jam.
    7. Pastu.. Amy tabur tepung kat tempat Amy nak letak dough tu. Gunakan jari.. ratakan dough 9x12. Pastu rollkan cantik cantik dan masukkan dalam loaf.
    8. Tutup lagi dan biar dia naik lagi sekali.
    9. Panaskan oven 180C kalau oven kecil kurangkan sikit kot.
    10. Bila dah naik sapu madu suam ke atas roti tu dan tabur nestum.
    11. Letakkan dulang atau bekas kecil berisi air kat bahagian bawah (dlm oven) untuk stim.
    12. Amy bakar 55 minit.
    13. Dah masak sejukkan.. 





    Honey Oat Bread
    Author: 
    Recipe type: Bread
    Serves: 1 9x5-inch loaf
    Ingredients
    • 3 cups (381 grams) all-purpose flour
    • ¾ cup oats (I have used instant and old fashioned, both work great)
    • 2¼ teaspoons instant yeast
    • 1½ teaspoons salt
    • 1 cup (250 ml) milk (almond or soy milk for vegan/dairy free)
    • ¼ cup (62 ml) lukewarm water
    • 2 tablespoons (28 grams) unsalted butter or margarine
    • ¼ cup honey (agave for vegan)
    • 1½ to 2 tablespoons honey (or agave), warmed
    • 1½ to 2 tablespoons oats
    Instructions
    1. In a large bowl, or the bowl of a standing mixer, combine the flour, oats, yeast, and salt.
    2. In a small bowl, or two cup (450 ml) measuring cup, warm the milk so that it's hot enough to melt the butter, but not boiling. Add the butter, stirring until melted, then stir in the water and honey.
    3. Pour the milk mixture into the flour mixture, mixing with a dough hook until it just comes together to form a dough. Knead in the mixer, with the dough hook attachment, for 10 minutes, until the dough is smooth and elastic (if you're making this recipe by hand, the dough will be very sticky at first; flour your hands and work surface generously and be patient). If the dough is still very wet and sticky after 5 minutes of kneading, add more flour, 1 tablespoon at a time, until the dough is barely tacky. If the dough is too dry, add water, 1 teaspoon (5 ml) at a time, to soften it up.
    4. Place the dough in a lightly oiled bowl, cover, and allow to rise until doubled, about ½ to 1 hour.
    5. Once doubled, place the dough on a clean, dry work surface. If the dough is too sticky, lightly flour the surface before continuing. With your fingers, flatten the dough into a 9 by 12-inch rectangle. Tightly roll the dough, tucking the ends as needed, into a loaf. Place the shaped dough into a 9x5-inch loaf pan, cover with a clean dry towl, and allow to rise until doubled, about ½ to 1 hour.
    6. Preheat oven to 350 degrees (180 C).
    7. When the loaf is doubled again, place an *extra*, empty loaf pan on the bottom rack of the oven and bring 2 cups of water to a boil (this will be used to create steam in the oven).
    8. Brush the top of the dough with the warmed honey and sprinkle with the oats.
    9. Place the bread in the oven and pour the prepared boiling water into the *Extra*, empty loaf pan on the bottom rack of the oven (this is to create steam within the oven as the bread bakes). Close the oven door and bake bread for 40 to 50 minutes, until the bread is deep golden brown and the internal temperature is about 190 degrees.
    10. Transfer to a wire cooling rack and allow to cool completely before serving.
    11. Recipe by Darla



    Bila dah buat camni... rollkan dan masukkan dalam loaf.



    Anak anak dan en hubby semua kata sedap... semalam jugak dah habis 3/4. Bakinya pagi tadi buat sarapan sebelum ke sekolah...



    Walaupun dah semalaman, roti ni tetap lembut dan moist. Lembut macam roti Gardenia tu... Lain kali boleh buat lagi.


    Roti Jala Kari Ayam...

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

    Minggu lepas teringin sangat nak makan roti jala... barang-barang
    semua ada, tak lengah lagi terus buat. Resepi Amy ambik kat blog kak Ita, kak Ita buat kari daging Amy pulak buat kari ayam.




    Keluar tajuk kejap.... MPH sale 50% punya pasal dr RM178. Bacanya belum lagi, entah bila lah tu.



    Roti Jala
    ambik dr : Kak Azlita 


    Resepi Oleh : aishiteru81
    Rujukan : My Resepi 

    2 cawan air 
    2 cawan tepung gandum 
    2 biji telur 
    1/4 cawan minyak 
    sedikit pewarna kuning 
    sedikit garam
    acuan roti jala ~ kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.

    Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
    Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata. 
    Tapis adunan tadi. 
    Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala. 
    Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
    Tak payah terbalikkan. 
    Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
    Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan.
    Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air



    Amy tak pandai kalau menjala pakai acuan yg biasa tu... Amy pakai yg ni aje senang dapur pun bersih tak de menitik-nitik tepung tu. Harga RM2.20 klu kat Daiso RM5.30 klu tak salah Amy. Kuali Amy pakai kuali leper mcm kak ita. 


    pinjam gambar dr blog kak azlitamasammanis.

    Kari Ayam campak2 cara Amy.. Anak Amy tak makan pedas jadi kari ayam ni Amy tak letak cili. Amy tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis sikit, bunga lawang sikit pastu baru masukkan pes kari ayam. Kari ayam tu Amy pakai Adabi aje. Santan pulak Amy pakai santan kotak Harmoni 1 kotak. Untuk yg malas nak gi kedai mcm Amy ni harus simpan stok santan byk2 tp Amy simpan santan kotak aje hehehe.



    Resepi ni Amy buat 2 bancuhan, en hubby n anak2 Amy semuanya suka makan roti jala ni klu buat satu bancuhan tak cukup. Kalau orang lain cukup kot. Amy aje 5 keping tak cukup hehehe.

    Roti jala ni memang sedap... berbaloi rasa berdiri lama-lama kat dapur tu.



    French Toast Roll-ups...

    Assalammualaikum...

    Amy selalu buka Pinterest ada mcm2 kat situ... DIY, resepi, travel... banyaklah. Satu hari ternampak pulak gambar roti gulung yg mengoda selera... apa lagi 'kopi' ler.



    Tadaaaa... nilah dia. 
    Setelah resepi diperam berbulan-bulan.

    Resepi asal tak diketahui... bila bukak balik dah tak jumpa. Nasib baik dah kopi siang2.


    French Toast Roll-Ups



    Ingredients
    • 8 slices white sandwich bread (amy buat 10 keping)
    • softened cream cheese, diced strawberries, or Nutella. (Amy guna Nutella)
    • 2 eggs
    • 3 tablespoons milk (Amy terlupa letak)
    • 1/3 cup granulated sugar
    • 1 heaping teaspoon ground cinnamon
    • butter, for greasing the pan





    Instructions
    1. Cut the crust from each slice of bread and flatten it out with a rolling pin.
    2. Place about 1-2 teaspoons of your chosen filling 1 inch from one end of the bread in a strip. Roll the bread up tightly and repeat with the remaining pieces of bread. I really like cream cheese with diced strawberries as one combination and Nutella with diced strawberries as another combination.
    3. In a shallow bowl whisk the eggs and milk until well combined.
    4. In a separate shallow bowl mix the sugar with the cinnamon.
    5. Heat a skillet set over medium heat and melt a tablespoon of butter.
    6. Dip each bread roll in the egg mixture coating well and then place them in the pan seam side down. Cook in batches until golden brown, turning them to cook and brown on all sides, about 2 minutes per side. Add butter to the pan as needed.
    7. Add cooked rolls immediately from the pan to the cinnamon sugar and roll until completely covered in sugar. You can serve with syrup for dipping but I think they're perfectly good all by themselves.


    Amy buat untuk minum petang... kejap aje habis kena kenduri.

    Garlic Roll...

    Assalammualaikum...

    Belek punya belek Amy punya koleksi resepi yang menimbun belum dicuba jumpa pulak resepi garlic roll dari blog kak Azlita. Kebetulan bahan2 pun ada + angin rajin masih ada saki baki lagi =  Dapatlah merasa roti ni buat minum petang... hihihi.

    Amy tak ade tray yang sesuai nak letak roti ni jadi pakai ajelah apa yang ada.... tu yang terkeluar2 roti tu, bekasnya kecik punya pasal. Malas pulak nak gi kedai semata2 nak beli tray. 





    GARLIC ROLL
    Diambil dari Blog Kak Azlita
    By : Suhaina

    3 cawan tepung gandum ~ Kak Ita guna tepung roti.. Amy pun,
    1 cawan air suam
    1 sudu besar yeast
    1 sudu teh garam
    2 sudu besar gula
    2-3 sudu besar olive oil ~ Kak Ita letak 2

    Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
    Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
    Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
    Doh akan naik sekali ganda
    Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
    Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
    Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
    Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
    Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
    Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
    Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
    Kita akan mendapat 8 potongan doh
    Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
    tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
    Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
    Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka, Amy letak apa yang ada aje.
    Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

    Panduan

    Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan.


    Untuk garlic spread tu Amy guna yang yang dah siap tu aje, angin rajin dah tinggal saki baki punya pasal. 









    CARLIC SPREAD

    By : Suhana

    50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
    3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
    2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
    secubit garam ~ ita tambah
    sedikit lada hitam kisar ~Kak Ita tambah
    Gaulkan semua bahan
    Siap digunakan.

    Selamat mencuba...