Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Kek Batik Coklat Ganache. Senang ... sedap pulak tu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dah 2 kali cuba resepi kek batik coklat ganache ni. Anak-anak Amy sangat suka. Resepi senang sangat, kali pertama Faris dan kali ke dua Nasiim yang buat ... mamanya tukang tengok dan tukang arah,๐Ÿ˜.

Resepi ini dikongsikan oleh Che Nom di Facebook. Terima kasih untuk resepi yang sedap ni.



Kek Batik Coklat Ganache ... emmm Sedapnya.

Kek Batik Coklat Ganache By Che Nom

Bahan-bahannya:
2 pek biskut Marie - Amy guna 1 1/2 pek aje.
1 ketul/200g butter - Amy guna salted Achor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2tsp garam - jika guna unsalted butter
1 biji telor
1/2 cawan air panas
1 tsp esen vanila
1tsp serbuk nescafee - Amy tambah


Caranya:

1. Cairkan butter kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan milo satu persatu sambil kacau guna whisk. 
2. Masukkan air panas - kacau lagi sampai dapat adunan pekat licin.
3. Jika guna unsalted butter bolehlah masukkan garam. kacau lagi
4. Masukkan telor - Amy kacau manja kat luar dulu baru masukkan dalam aduan. Kacau lagi.
5. Masukkan esen vanila. Amy tampah sedikit serbuk nescafee dan kacau 
6. Tutup api dan masukkan biskut Marie sikit-sikit supaya senang nak kacau.
7. Biarkan sekejap bagi biskut tu menyerap apa yang patut dan menjadi sedikit lembut.
8. Loyang 9' - (kalau nak lagi senang guna loyang  removable tu) Lapik dengan baking paper bagi ada terkeluar sikit dr loyang. senang nak angkat kek keluar. Sapa nak lapik atasnya dengan plastik lagi pun boleh tp amy malas ... heheh.
9. Masukkan adunan sikit sikit bagi dia memenuhi semua ruang loyang tu sampai habis kemusdian tekan-tekan bagi padat dan rata.
10. Biarkan dia sejuk sekejap dalam peti sejuk.

Kek Batik Coklat Ganache ... emmm Sedapnya.


Topping coklat ganache:

-200ml /200g whipping cream - panas atas dapur bg suam2 sikit. -200g dark chocolate - tuang whipping cream suam tadi ke atasnya. -1 sudu kecil esen vanilla - masukkan pula esen vanila dan... -1 sudu besar butter - untuk nampak cantik berkilat.
-Tuangkan ke atas kek yang telah disejukan tadi.
- Letakkan dalam peti sejuk 4/5 jam atau semalaman.

Nisbah coklat dan whipping cream ialah 1:1.

Guna pisau yang dicelup air panas dan lap kering setiap kali nak potong kek. Potongan nampak cantik dan kemas.

Amy guna milk chocolate sebab anak-anak tak boleh makan dark chocolate.

Resepi Kek Pisang Sedap Dan Lembab, Banana Chocolate Rice Cake.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Amy paling suka kek pisang. Kecik-kecik dulu kenal kek pisang dulu dari kek coklat... maklumlah kat kampung melambak pokok pisang.

Kek cokat dan kek marble masa tu selalu jumpa kat rumah orang berada aje... heheh. 



resepi banana chocolate rice cake

Dah berhari-hari pisang kat dapur tu... bukan banyak pun, 5 biji pun payah nak abis. Masa bw ke blog kak Azlita, Amy jumpa ada 2-3 resepi kek pisang tapi Amy pilih yang ada coklat rice sebab nampak cantik ๐Ÿ˜…. 

Selain cantik, resepi kek pisang coklat rice ni juga senang nak buat.

resepi banana chocolate rice cake

Amy tak baca resepi betul-betul jadi Amy tak letak 1/4 tsp soda bikarbonat untuk bahan B tu ... nasib baik jadi jugak kek tu. Sedap aje pun... ๐Ÿ˜….

Mula-mula Amy ikut suhu oven 170c macam kak Ita tapi lepas 40 minit dalam kek tak masak lagi, bila turunkan suhu 160c dan bakar lagi 20 minit barulah ia masak dengan sempurna. 

Kek ni Amy buat semalam tapi Amy lupa nak keluarkan. Bila teringat semua dah tak boleh nak makan sebab masing-masing lepas makan nasi dah bantai makan roti.

Semalam sementara nak ambik anak dari sekolah, sempat jugaklah Amy merasa kek ni. Sedap tau makan kek panas-panas dengan secawan teh. Kacang tu pun masih garing lagi.

Pagi tadi hidangkan kek ni sekali untuk sarapan. Alhamdulillah, walaupun dah semalaman dia semakin lembab dan sedap. Memang tak rugi cuba resepi ni.

banana chocolate rice cake



Banana Chocolate Rice Cake
Sumber : Blog Azlita Masammanis.

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor 
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ Amy tak letak 

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ Amy letak 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat - Amy lupa letak

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~Amy tak letak 
1/4 cawan hirisan badam ~ amy guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C (oven Amy 160c)
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter - Amy lebihkan supa senang nak angkat keluar.

-Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
-Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
-Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
-Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
-masukkan coklat cip dan gaul rata
-Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas
-Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
-Taburkan kekacang di atas kek

-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.


resepi kek pisang sedap dan senang

Resepi Cheese Cake Yang Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

En hubby minta tolong buatkan kek untuk dibawa ke opis. Setelah tolak tambah ๐Ÿ˜‚, Amy pilih kek cheese sebab resepinya yang simple, mudah dan yang penting sedap.

Semalam puas mencari resepi cheese cake yang selalu Amy buat dulu. Resepi tu Amy dapat daripada Kak Anie (biras). Dalam buku resepi tak ada dalam komputer tak ada dan dalam blog ni pun tak ada. Pelik betul manalah Amy simpan resepi tu. 

Akhirnya Amy buat ikut resepi yang dalam kepala... ingat-ingat lupa, nasib baik jadi ๐Ÿ˜. Jadi hari ini Amy nak letak resepi tu kat sini supaya tak hilang lagi... heheh.

kek keju yang senang dan sedap
 Lampu kuning kek pun nampak kuning.




Cheese Cake 

250g biskut oreo - dikisar
100g butter- dicairkan. (Amy guna kurang daripada tu)

500g cream cheese di potong kecil - Amy guna philadelphia.
150g gula castor - tak suka manis boleh kurangkan sikit.
3 biji telor saiz A
1 sk esen Vanila.


Caranya:

Panas kan oven terbih dahulu.
1. Gaulkan butter yang telah dicairkan dengan biskut oreo.
2. Masukkan dalam loyang dan ditekan-tekankan sehingga rata.
3. Bakar sekejap aje dalam 10 minit.
4. Biarkan sebentar.


- Putar cream cheese sehingga gebu. Amy keluarkan dr peti , potong kecil kecil dan putar. Tak perlu tunggu suhu bilik, nanti tak sedap.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Masukkan telor satu per satu sehingga sebati - jangan pukul laju. sekadar nak sebatikan sahaja.
- Masukkan esen vanila dan gaul rata.
- Ambik sedikit adunan untuk dicampurkan dengan sedikit serbuk koko untuk buat lorekan.
-Tuang ke atas lapisan biskut oreo yang suam.
- Akhir sekali bolehlah buat lorekkan yang kita suka guna campran cheese dengan koko tadi. Amy bantai aje.
- Di Dalam oven, letakkan loyang yang berisi air di bawah loyang kek dan bakar sehingga masak. Api jangan kuat sangat nanti merekah.
- Amy bakar 160c - 40 minit api atas bawah dan 10 minit lagi 170c. 

Dah lama tak buat suhu pun lupa jadi kenalah guna kaedah "try test".


Kek Coklat Kukus Yang Moist, Sedap, Lembut Dan Senang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramai yang suka kek coklat kann, kalau ada yang tak berminat.... Amy rasa tak ramai kot. Sebut aje kek coklat mesti terbayangkan kek coklat yang moist, lembut dan sedap

Semalam Amy buat kek coklat kukus satu adunan dapat 4 bekas aluminium yang kecil tu. 2 bekas Amy buat kek coklat cheese lava. Kalau dibandingkan dengan kek coklat kukus yang Amy buat sebelum ni... Amy lebih suka resepi kek coklat kukus moist yang ini tapi kalau nak terendam lama-lama dalam coklat yang lebih cair kena pakai resepi coklat kukus yang satu lagi tu.


kek coklat moist kukus

Hari ni Amy sharekan sekali lagi resepi Kek Coklat Kukus yang sangat moist, lembut, sedap dan yang paling penting senang nak disediakan. Tak payah guna whisk ataupun mixer, Amy guna senduk kayu aje. Kek coklat ni adalah kek coklat yang sama dalam resepi Kek Coklat Cheese Lava sebelum ni. 

Anak-anak Amy suka sangat dengan kek coklat ni. Hampir habis 2 bekas tu sekali hadap...๐Ÿ˜…. 

kek coklat moist kukus

Kek Coklat Moist Anis 
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.

1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.

Caranya:

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus sehingga masak. Amy kukus 40 minit.

-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu cair untuk kek kukus.

kek coklat moist kukus

Selamat Mencuba...

Kek Coklat Cheese Lava ... Kek Berhantu Yang Sangat Sedap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah seminggu birthday en Hubby berlalu baru semalam Amy berkesempatan buat kek untuk dia. Minggu lepas Amy sibuk dengan anak-anak yang baru start sekolah (alasan...๐Ÿ˜‚) minggu ni barulah lega sikit.

Mulanya Amy tak tau nak buat kek apa... anak-anak dah muak makan kek sebenarnya. Yang tak muak hanya mama dan ayahnya sahaja... heheh.  

Belek-belek blog kak Azlita jumpalah resepi kek coklat cheese lava yang berhantu ni. Kek ni sepatutnya dalam bekas tapi Amy pulak dah tau topping dia meleleh lagi nak jadikan dia ala-ala birthday kek... hambik, cari penyakit betul. Kejap aje cantik lepas tu abis meleleh.

kek coklat cheese lava

Kek Coklat Cheese Lava memang sedap. Gabungan coklat leleh dan cream cheese yang sangat sedap. 

Bila gigit aje terbenam gigi dalam cream cheese dan coklat... ah sedapnya.  Ditambah pula dengan kek coklatnya yang moist, rasa macam makan kek mahal aje... heheh.



kek coklat cheese lava

Walaupun kek ni sangat sedap tapi ia bukanlah dalam kategori kek yang Amy akan buat selalu. Amy lebih suka kek yang simple. Kek yang leceh dan banyak cerita macam kek ni setahun sekali tu oklah.


kek coklat cheese lava

Chocolate Cheese Lava Cake
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.

Kek Coklat Moist Anis 
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.




kek coklat cheese lava

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus atau pun dibakar. Amy guna loyang 8 inch jadi kek agak tebal dan ambik masa  lebih satu jam. 
-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu caik untuk kek kukus.

kek coklat cheese lava

Krim Cheese

250g cheese
500g UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis

- Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
- Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.


kek coklat cheese lava

Coklat Leleh

250g coklat masakan - Amy guna milk choc.
250ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh madu/ golden syrup/glucose syrup - Amy guna madu
1 sudu besar butter - Amy guna buttercup dlm tin
1 sudu besar nuttela/ hazelnut paste
1 sudu teh esen vanila.

- Satukan coklat, butter dan nuttela ke dlm mangkuk
- Panaskan UHT whipping cream dan madu sehingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
- Biarkan coklat mencair
- Tambah esen vanila dan kacau rata
- Biarkan sejuk.

Cara-caranya.

1. Kek hendaklah betul-betul sejuk  dan di potong 2 - jika hendak letak cheese kat tengah.

2. Ambil sedikit krim cheese (2sb) dan letakkan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan masukkan dlm piping beg untuk hiasan atas kek.

3. Letakkan krim cheese di antara 2 keping kek yg telah di potong dan di atas kek.

4.Ratakan cheese di atas kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga cheesenya keras sedikit.

5. Bila cheese dah keras bolehlah tuangkan coklat leleh diatasnya.

6. Gunakan krim cheese coklat dalam piping beg untuk buat hiasan atas kek.

7. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.

8. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan bolehlah di kendurikan.

Selamat Mencuba ...




Kek Milo 3 Minit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah siap makan tetiba tekak teringin kek coklat. Bukan kek coklat yang biasa Amy buat tu tapi kek yang gam-gam sekali makan... macam mana nak terangkan Amy pun tak gheti... heheh.

Selongkar punya selongkar terjumpalah resepi kek milo 3 minit ni yang Amy simpan dari blog kak Azlita Masam Manis. Kebetulan barang semua ada tinggal adunan kan aje.

kek milo sedap dan senang

Resepi ni senang sangat dan sedap. Masa untuk membuatnya pun tidak selama kek yang Amy biasa buat. Tak perlu mixer, guna whisk aje. Masuk aje semua bahan dalam satu bekas dan guna whisk untuk sebatikannya. Senang kan.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo 3 Minit.

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar milo
4 sudu besar gula halus atau kastor
4 sudu besar susu segar - Amy guna uht whipping cream
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan.
 ramekin (bekas yang boleh dibakar di dalam microwave)


kek milo sedap dan senang

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Masukkan tepung bersama semua bahan kecuali choc cip n choc rice kedalam mangkuk besar.
3. Gunakan senduk kayu atau whisk - kacau adunan sehingga sebati.
4. Oles ramenkin dengan sedikit butter atau minyak dan tuangkan adunan 1/2 mangkuk. Jangan penuh sangat kerana kek ni akan naik takut nanti membuak-buak.
5. Taburkan choc cip dan choc rice diatasnya.



kek milo sedap dan senang


Kalau guna microwave 3 minit sahaja.
Amy bakar guna oven. Mula-mula 15 minit pertama 180c api bawah dan 5 minit lagi api atas bawah. Bergantung pada besar ramekin yang digunakan dan juga oven masing-masing.


kek milo sedap dan senang

Resepi ni Amy buat 3 aduan... kami 5 beranak manalah cukup satu aduan tu. 

Amy guna 5 remekin, yang kaler pink tu kecik sikit dari yang kaler putih. Baki aduan dapat lagi 5 remikin- Amy bakar keesokkan paginya untuk breakfast. Kesimpulanannya.... 3 adunan tu Amy dapat buat 2 kali bakar.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo ni sedap dimakan suam-suam, jangan pulak keluar aje dari oven turus ngap.... nanti ada pulak yang melecur lidah ๐Ÿ˜‚.

En hubby dan anak-anak semua kata kek milo ni sedap tapi tak leh tambah sebab Amy bakar ngam-ngam sorang satu.



Kek Kukus Coklat Yang Sangat Sedap Lagi Moist.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sekejap aje dah Jumaat kan, pantas sungguh masa berlalu. Dah lama teringin nak makan kek coklat kukus tapi baru hari ni dapat buat. 


 Banyak-banyak resepi kek coklat kukus yang pernah Amy cuba resepi kek coklat kukus yang ni jugaklah yang paling sedap kat tekak. lembab, sedap tak padat sangat dan yang penting nak buatnya tu tak banyak cerita. Insyaallah jadi. 

Amy pun dah lupa mana Amy ambik resepi ni. Kalau kek coklat lain Amy buat gerenti merekah tapi kek ni kalau jaga api dia, pastikan api tu tak kuat sangat dan tak terlebih masa insyaaallah tak merekah. Cantik aje dia naik.




 Kali ni Amy buat dalam bekas kecik-kecik aje. Senang nak simpan dalam peti sejuk tu, tak payah nak potong-potong... nak cari bekas lain pulak nak simpan. Nak makan aje ambik satu terus tak payah kotor pinggan dan pisau.

Resepi kek kukus coklat yang sedap lagi moist ni pernah Amy share di sini

Dulu ... Amy pernah minta resepi ni kek ni tapi tuan punya resepi kata kena datang kelas dia. Kalau kena datang kelas tu maknanya kena bayarlah kan. Amy tak ingat berapa jenis kek kukus yang Amy belajar tapi yuran dia hampir RM300. Sekarang resepi kek coklat kukus ni kat mana-mana pun boleh dapat.

Nak beli bukan cukup sikit dan nak pergi kelas pulak bukan kita nak berniaga + harga pun mahal. Bersyukur sangat sekarang ada ramai yang sudi kongsi resepi yang sedap-sedap di blog dan FB. 

Kek Butter Asas- 1 Adunan 3 Rasa.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...


kek butter

Dua hari lepas kak azlita masammanis ada share resepi asas kek butter dan dari satu adunan tu boleh dapat 3 kek butter yang berlainan rasa. Bila tau aje buat 1 boleh dapat 3, Amy pun terus rasa nak buat.. nak buat. Dah tengah hari pun sanggup keluar cari blueberry filling, Planta, Anchor butter dan almond flake pastu balik terus bersilat kat dapur.


kek butter

Resepi kek butter asas ni dikatakan menjadi ibu duit kepada baker dan housewife, ini yang membuatkan keinginan Amy nak mencuba bertambah. Nak pulak hari Raya Aidiladha dan dekat, kalau sedap bolehlah buat lagi.

Alhamdulillah, resepi ni memang menjadi. Panas-panas lagi dah kena kenduri. Amy guna suhu oven yang sama dengan dlm resepi. Selalunya mesti Amy kena ubah tapi resepi ni tak perlu.

kek butter



Semalam masa bakar Amy tinggalkan sekejap untuk ambik anak-anak dari sekolah, ingatkan sempatlah sampai rumah sebelum abis 'timer' dia. Yelah kan baru first time buat, manalah tau kot tak masak ke, merekah ke atau dah rentung ke... heheh. 

Rupanya tak sempat. Lif pulak lambat. Sampai rumah cepat-cepat buka oven... nasib baik. Cantik aje dia masak. Tak merekah dan tak rentung.. heheh.

Resepi kek butter asas ni Amy guna butter Anchor ... saja nak cuba butter jenis lain. Bagi Amy guna SCS lagi sedap rasa dan baunya.

hilmirdadaud.blogspot.my

BASIC BUTTER CAKE
Resepi : Chef Asma.

Bahan A :
250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau kastor
1g m gula aising

Bahan B :
250 gm telor - lebih kurang 5 biji
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan C :
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - satukan dan ayak.



hilmirdadaud.blogspot.my

- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sehingga kembang atau berkerim pucat
- Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga sebati.
- masukkan esen vanila.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. (adunan ini untuk 3 junis kek yang berlainan)
- Sediakan 3 bekas aluminium (7x3 inc)


hilmirdadaud.blogspot.my

KEK BUTTER PANDAN

- Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak.
- satu bahagian letak pandan emalco dan pewarna hijau - Amy guna perasa pandan yang kaler hijau.
- satu lagi biarkan tak de kaler.
- Sedikit badam untuk hiasan.

caranya :
- Tuangkan 1 lapisan plain - ratakan
- Kemudian tuangkan pula lapisan hijau - ratakan
- Tuang lagi lapisan putih - ratakan
- Tuangkan lapisan pandan - ratakan - buat 2 palin 2 hijau.
- Akhir sekali dengan belakang sudu dan swirlkan aduana.
- Tabur badam untuk hiasan.


hilmirdadaud.blogspot.my

KEK BUTTER NEAPOLITAN

- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- 1 bahagian letak perisa blueberry dan pewarna hijau.
- 1 bahagian letak perasa mocha - Amy letak serbuk koko.
- 1 bahagian biarkan kosong.

Caranya :

- Tuangkan satu sudu aduan vanila di dalam bekas aluminium.
- Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan mocha di atas dan tengah-tengah vanila.
- Tuangkan 1 sudu lagi adunan purple di atas dan tengah-tengah adunan mocha.
- Ulang sehingga habis.


kek butter

KEK BUTTER BLUEBERRY

- Sediakan blueberry paste dan masukkan ke dalam piping beg.
- Masukkan separuh aduan ke dalam bekas aluminium da ratakan.
- Picitkan blueberry paste tadi secara rawak.
- Tuangkan baki adunan tadi dan menutup lapisan bawah.
- Hias atas kek dengan baki blueberry tadi.


kek butter

 Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit. Amy letak kat rak kedua dari bawah. 


Selamat mencuba...

Kek Butter ... mudah dan sedap.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sungguh tak buat kek, sejak anak-anak dah jemu makan kek Amy pun dah tak kuasa nak membuatnya. Skang kek coklat memang dah tak laku dah ... terutamanya si Nasiim sikit pun dia tak heran tapi mamanya teringin sangat hehehe.

Masih lagi demam + selsema tapi hati melonjak-lonjak nak buat kek butter untuk anak-anak. Anak-anak yang sedang membesar ni .... lepas makan nasi boleh pulak dia mencari yang lain. Mulalah kejap buka kejap tutup peti ais dan kabinet dapur tu.

Nasi satu hari sekali aje kat rumah ni kalau tengah hari dah makan nasi malam kena benda lain pulak. Tu pasal rumah Amy roti kena setiasa ada.

Resepi Kek Coklat sedap dan moist
Resepi kek coklat kukus yang sedap

kek butter

Kalau beli roti semua orang tengok ... Amy beli roti macam nak buat kenduri dengan roti gardenianya, roti coklat dan roti sweeties. 

Seperti biasa kek butter ni Amy guna resepi kak Bebop dari Singapore. Sapa yang selalu melepak kat forum cari - makanan dan resepi mesti pernah dengar nama Kak Bebop ni.

Resepi ni sangat senang dan sedap ... 



kek butter

Kek Butter
Resepi Kak Bebop 

Bahan - bahannya :

Bahan A.
250g butter 
200g gula - Amy bantai pakai gula pasir.
210g tepung - ayak nanti ada cik alien pulak hehehe.
1 sb baking powder - ayak bersama tepung.

Bahan B.

5 biji telor - sebaiknya gred A tapi Amy pakai 4 telor c 1 telor A.
- pakai aje apa yang ada.



kek butter


Cara-caranya :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga sebati sahaja.

2. Masukkan bahan B dan pukul lagi selama 4-5 minit. Jangan lama sangat ye. 

3. Dah siap ... bolehlah masukkan ke dalam loyang yang dah dioles dengan butter.

4. Bakar sehingga masak. 
- Dah lama tak buat, Amy pun lupa berapa suhu oven Amy utk kek ni jadi Amy guna 170c dulu mcm bakar kek biasa, luar kaler mcm dah masak tapi dalam tak masak lagi. Amy tukar suhu 150c barulah dia masak dengan cantiknya. 


kek butter

Mula-mula nak buat kek plain aje tiba-tiba teringin pulak nak kek yang meriah ... kaler merah yang biasa dah abis tinggal 'krimas red' aje, jadilah. Inilah hasilnya bila tiba-tiba tukar fikiran.

kek butter

Tadaaa ... dah siap. 
Masing-masing kata sedap kejap aje tinggal separuh. 


kek butter

Selsema punya pasal rasa kek ni manis aje,tak dapat nak komen sedap ke tak.