Showing posts with label decor. Show all posts
Showing posts with label decor. Show all posts

Tempat Sangkut - Sangkut

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Kat bawah cermin tu nak letak kabinet kecil untuk simpan mask dan hand sanitizer. Puas cari susah betul nak jumpa saiz yang sesuai. Sebelum ini aku ingat nak letak rak kat situ tapi mesti nampak semak juga nanti.


entryway - nippon paint

Nak kena imagine lebar kabinet atau rak ... Aku tak boleh. Jadi terpaksalah angkut kabinet kat tv letak kat situ kejap. Kabinet Besta tu 60cm X 64cm tak termasuk kaki. Lebar dinding tu 70cm jadi kenalah cari yang kurang dari tu.


living room

Nampak tak side table putih kecil sebelah kabinet tv tu? Side table tu sebelum ni kat tempat lain dan kabinet yang dekat pintu tu kat situ tempat asal dia.


Tempat sangkut

Hook yang ada tu aku letak kat belakang pintu. Tak kuasa nak tunggu en hubby drill ke dinding, aku guna patafix untuk lekatkan kat dinding. Tak kuat pun patafix tu, kejap dah jatuh. Kena guna gam kuat atau drill jugak ke dinding lah nampaknya. 

Pernah beli Gorilla tape, punyalah mahal harganya tapi disebabkan aku guna kat dinding bercat, dia tak lekat. Buat abis duit aku aje. 

entryway - mirror n cabinet
kabinet pinjam tu.

entryway - mirror

Boleh dah nampak kalau guna kabinet lebar 60cm. 40cm mesti tak cantik. Lepas ni kena fikir pulak kedalaman kabinet tu. Nak lebar 25cm ke 15cm ke atau 17cm.




Mengecat Pintu dan Dinding kat Entryway

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Bila mata dah tak boleh tahan automatik hati pun tak tenteram, jadi nak tak nak kena jugaklah tukar kaler pintu yang dah kepam tu. 


ici dulax water based (kayu dan logam)


Dulu aku pernah beli cat kayu untuk cat pintu bilik si Faris tapi baru cat rangka pintu aje baunya dah satu rumah. Satu minggu pun bau tak hilang lagi, dah lah anak-anak aku jenis tak boleh bau cat yang kuat ni nanti diorang demam.

Kali ni cari cat kayu besi water based. Cari kat kedai cat yang aku selalu pergi tu tak ada pulak jadi terpaksalah aku beli cat Ici Dulux Water Based Gloss (Besi dan Kayu) kat Shopee. Harga RM30 lebih untuk satu liter.

Aku ni jenis rajin sekerat ... pintu tu aku cat bahagian dalam aje, bahagian luar masih lagi kaler lama.

Sebenarnya aku tak tau nak cat kaler putih ke kaler hitam, dua -dua macam cantik. Tak pelah nanti beli cat hitam, aku cat luar pulak. Dapat 2 kaler satu pintu 

entryway -

Dari pintu dah melarat ke dinding pulak. Mula-mula cat putih biasa dulu. Macam biasa, kalau aku sibuk buat keje si bulus tu pun sibuk jugak, kat badan dia pun kena cat.... macam dia pulak yang buat keje.


mengecat dinding entryway

Aku turun dia pulak yang naik atas tu.

Cat putih tu kena 2 lapis baru dapat kaler putih cantik kemudian barulah cat dengan cat cantik pulak.

mengecat entryway


Ok siap dah projek mengecat ...

Aku guna baki cat yang ada masa aku cat bilik dan hallway dulu tu. Aku guna Nippon Paint Satin Glo Hush White. Sebenarnya kaler putih Hush White tu tak putih betul. Ruang kat hallway tu masih nampak suram, ikutkan hati aku nak tukar kaler putih yang lebih cerah tapi aku malas. 

Dinding, pintu dan Tempat Sangkut-Sangkut

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebelum ni aku ada share tempat sangkut-sangkut kat tepi pintu tu kan, tapi hari demi hari makin semak tempat tu kat mata mata aku. 

entryway tempat sangkut

Semak mata memandang... pintu tu pun dah kepam. Rasa nak tukar cat pintu pulak dah. Dari tempat sangkut-sangkut dah melarat ke pintu pulak dah.

Nippon paint straw stack
 
Masa mula-mula pindah tahun 2010 dulu dinding entryway dan dinding belakang tv kat living room tu aku cat 'kaler' yang sama tapi bila dah nak masuk tahun ke 12 ni rasa nak tukar kaler lain pulak.  Masa tu aku cat guna Nippon Paint Satin Glo Straw Stack. 


nippon paint satin glowv
Aku masih suka lagi kaler Straw Stack tu tapi kat entry kaler tu buat ruang nampak lebih kecil dan gelap. 

Nampak tak ... dah melarat ke dinding pulak dah 😂.



Tempat sangkut-sangkut aku kat entryway dah siap.

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Tempat sangkut-sangkut aku dah siap. Khas untuk aku yang tak berapa tinggi ni nak pakai tudung,  tempat aku nak sangkut beg pergi kedai dan sangkut tudung.

Kalau satu hari 4-5 kali nak kena keluar masuk takkan lah nak simpan kat bilik kan.

ikea entryway idea
Tiru dari Ikea Cheras showroom.


Cermin di pintu masuk

Inilah satu satunya tempat kat rumah ni yang aku tak perduli cantik ke tak, janji praktikal.

Kayu kat dinding tu pakai kayu yang kat rumah ni, bukanlah kayu yang sesuai untuk lekat kat situ. Tapi tak kan nak buang kan, pakai ajelah walaupun tak lurus.


Stoking boleh sangkut bawah kerusi kat oven.
Masalah sekarang ... mana nak sangkut jubah. 
Bila posman datang ... sarung jubah dan tudung terus boleh keluar. Tak de lah lama posman tu nak menunggu.

Si Nasiim dan si Faris sempat lagi belek rambut kat sini sebelum keluar pakai kasut sekolah. Siap bawak sikat kat situ 😄

Yang di tunggu dah sampai...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dulu-dulu adalah 2-3 jali setahun beli barang online, sekarang ni 2-3 kali sebulan beli barang online... heheh. 

Dulu-dulu window shopping kat kedai aje,  sekarang ni window shopping kat Shopee tu dah jadi normal baharu... semakin senang nak nampak kat depan mata, semakin susut isi dalam tabung tu ...😅.

kaki lilin dari china

Malam tadi, barang yang Amy beli 2 minggu lepas selamat sampai. Masa nak beli tu Amy tak cek dulu kat mana kedainya, bila dah bayar baru tahu kedainya kat China.... uiiii jauhnya, nasib baik shippingnya Rm5.30.

Kaki lilin tu ok lah walau pun bila pegang tu tak terasa berat tapi lilin tu... alahai nampak benar plastiknya, macam mainan pulak rupanya.

Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Inilah projek setiap kali balik Pajam. Tak dapat tukar tiles ... lekat sticker ni pun dah rasa cantik pada mata sendiri, heheh. 

Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.

Mula-mula beli sticker ni kat Mr DIY, RM5 lebih untuk 6 keping. Kemudian jumpa kat Kaison Nilai RM2 lebih untuk sticker yang sama.

 Setiap kali balik sana beli sikit. Kali terakhir pergi kaison Nilai dah tak de dah sticker ni.


Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.

Sila abaikan wayer yang bersirat tu. Dapur kat sana macam terbiar aje, tak de deko-deko pun. 


Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.

Padangan dari sini nampak kemas sikit...😁.

Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.


Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.

Gambar bunga tu kawan Faris buat masa peksa seni tahun 6.  

Tiles Sticker - Ala Morroco Dapur ku.

Sticker yang terakhir .... 

Banyak dah terkopek hujung-hujung dia. Nanti nak kena gam balik.

Decor Penyeri Dapurku

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...



Bila dah siap susun semua masuk dalam ruang masing-masing rasa macam kosong pulak dapur aku tu. Bila nampak kosong tangan tu mulalah gatal. Puas google sana google sini, cuci mata kat group-group FB last-lastnya kat Pinterest jugak yang berkenan.


Mula-mula letak frem ni aje kat situ tapi masih lagi rasa macam kosong. Kebetulan ada frem ikea yang lebih Amy lekatkan kat situ, gambar tu print aje dari Printerest. 

Kenapa Kopi?

Yelah ... kan kat situ tempat nak bancuh air lagipun Amy dan En Hubby memang hantu kopi. Teh yang ada kat rumah ni guna bila ada tetamu yang datang aje. Bukan semua orang minum kopi kan.




Masa mengemas kat yard tu jumpa pulak 2 keping papan untuk para. Dia punya kaki (apa ntah nama dia yg lekat kat dinding tu) pun ada 2 design, satu set kayu dan satu set besi. Ni kes dulu-dulu beli tak pasang pastu lupa.


Guna satu papan aje. Sudut antara kabinet ni agak susah sikit nak dril, macam nak terkehel aje leher lastnya En hubby drill kaki dia aje ke dinding. Tu pun satu aje, kalau 2 rasa macam semak pulak.

Papan tu sepatutnya kena drill ke kaki dia, tapi macam susah pulak + nak senang kerja, Amy tampal Patafix aje kat tepi dan antara kaki dan papan.

Tengok dekat-dekat boleh nampak patafix tu.



Yang ni pulak Amy lekatkan kat dinding sebelah oven sebab kat situ pun nampak kosong jugak.

Mana yang Amy boleh lekat guna patafix tu Amy lekat lagipun dia boleh tahan sampai 3kg. Kalau nak drill kena tunggu en hubby free pastu nanti nak kemas habuk, bising lagi... emmmm tak payah.



Ni lah sudut kopi/bancuh air.

Amy letak Milo dan gula kat situ supaya senang anak-anak nak capai.

Hantu kopi punya pasal sampai sanggup beli mesin kopi. Mesin kopi ni Amy beli masa Homedex kat KLCC awal tahun ni. Kebetulan harga dia murah banyak dari Harvey Norman + 12 bulan ansuran tanpa faedah jadi kami pun tangkaplah satu.

Inilah satu-satunya gajet dalam dapur ni yang 'in charge' nya En Hubby. Dah boleh jadi Barista dah husband aku tu 😂, Amy tukang order aje. Malas nak layan... banyak cerita nak buat kopi tu.





Dulu Amy letak bekas-bekas bawang tu kat atas water filter, tempat pisau kat tepi sinki bila nak pakai capai aje. Tapi skang tempat tu dah sempit jadi kenalah letak kat tempat lain.


Sebenarnya Amy berkenan dengan troli yang lain, lagi cantik .... lagi mahal tapi tak sampai hati nak minta kat En Hubby. Habis duit tabung dia aku beli KC ... jadi kenalah agak-agak sikit bila nak minta tu, heheh.

Troli ni RM2++ kat Ikea tu. Alhamdulillah gam-gam aje dia duduk kat situ, kalau yang Amy berkenan tu mesti tak muat sebab dia lagi panjang. Jadi bolehlah letak bakul bawang, kentang, tudung salji kocik, blender kat bawah tu, cerek air dan bekas untuk wayar periuk nasi dan wayar cerek air.

Bakul bawang tu Amy beli kat JJ RM3 lebih satu.

Atas dia tempat Amy buat kopek bawang, potong cili ke. Senang semua kat situ. Bila dah ada ayam, ikan dan sayur tak boleh dah nak buat kerja-kerja tu kat tepi singki.

Pintu kabinet yang hujung tu memang jarang buka. Kat situ Amy letak cawan dan gelas yang jarang guna. Pintu yang boleh buka tu letak yang selalu guna.




decor penyeri dapur

Tengah viral skang ni wall sticker ni. Ada jugak yang lekat wallpaper design macam ni kat KC diorang. Wallpaper tu tak de pulak kat Kaison MyTown. Jumpa wall sticker (RM5.50) ni aje kat MR DIY.

Kononnya nak lekat kat tiles dapur tu tapi bila nak try lekat kecik sangat pulak sticker tu dari tile + nampak semak dapur aku. Terus tak jadi lekat. 
Nanti bawa balik Pajam lekat kat toilet kot.

Penyeri Ruang Dobi ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dekat 8 tahun balik-balik tengok ghupa yang sama aje bosan pulak. Semalam, balik aje dari dating dengan En Hubby tu cari idea kat Pinterest untuk menyerikan sikit ruang dobi tu.


Nak cat tu tak delah dalam masa terdekat ni ... bila umur dah bertambah ni dah semakin kurang semagat nak mengecat. Lap-lap sikit dinding tu bagi hilang habuk aje, heheh.



Langsir tu rasanya tak sesuai dengan ruang ni tapi kalau nak tunggu Amy jahit ... emmmm entah bilalah tu.


Amy guna kertas A4 tu dan lekat guna Patafix tu aje. Tak kuasa nak menambah lubang kat dinding tu. Jam tu pun Amy lekatkan jugak, mesti tunggu masa nak jatuhlah tu.




Nak nampak simple aje tapi rasa masih ada yang kurang.

Sebelum ni ruang belakang ni Amy letak drawer, tv dan kerusi. Memandangkan tv tu pun dah terbakar dan barang semakin banyak jadi bahagian yang bertentangan dengan mesin basuh ni dah jadi macam stor.

Buat masa ni bahagian dobi ni aje dulu. 

Tapi kan ... tapi, Amy tetap rasa tak puas hati dengan kaler cat tu, macam nak buat tema black n white aje kat situ. oiii... cat bertentangan kaler pink, black n white bendanya.



Kerja yang tak pernah habis ... 

Alih Sana Alih Sini Lagi : Foyer

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ..

Inilah salah satu sebab kenapa Amy rasa 'aik dah pukul 10 pagi... aik dah tengah hari'. Lepas tu terkejar-kejar nak masak dan ambil anak sekolah yang balik masing-masing masa tak sama tu.

Amy rasa bukan Amy seorang aje yang macam ni.Tengah-tengah mengemas tu tetiba aje rasa kalau "ni letak sana, yang sana pulak letak sinun ok tak? Bila tengok jam baru sedar dah lambat nak masak.. heheh.

 Selepas ...



Sebelum ...


 Amy tukar meja rendah tu dengan meja tinggi. Mata Amy nampak dua-dua ok sampai tak tau nak pilih mana.


 Sebelum ni meja tinggi tu kat sini. Sekarang tukar meja rendah pulak. En hubby kata macam tak menyerlah aje meja tu kat situ.

Amy pun tak tau, rasanya tak lama lagi beralih lagi lah tu.

Alih sana alih sini ... Balkoni

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak habis citer balkoni lagi, heheh. Orang tanam pokok kita pun teringin jugak nak tanam pokok tapi alih sana alih sini pun kat situ jugak.



Kat sinilah nak letak meja dan kerusi, kat sinilah nak letak pokok dan kat sini jugaklah nak sidai kain. semua kat sini.

Masa mula-mula beli rumah ni dulu bukan main berangan lagi nak duduk-duduk sambil minum kopi kat sini tapi dah 7 tahun baru sekali dua aje duduk kat luar ni.


Pokok kari ni dulu Amy letak kat tempat redup sikit tapi 'hidup segan mati tak mau'. Geram punya pasal, yang satu pokok tu amy buang semua daun dan dahan dia tinggal batang aje. 



Alhamdulillah, letak aje kat tempat aircond ni terus banyak keluar pucuk. 
Pokok cili pulak mula-mula aje gemuk lepas tu ... nenek Amy cakap tangan Amy panas tu yang tak menjadi.




Kat sini jugaklah tempat letak basikal. Basikal ni sejak pindah rumah atas langit ni tak pernah guna. Tak de tempat nak main. 

Pokok pandan tu masa bulan pertama bukan main cantik lagi hijaunya. Skang daun dia bintik-bintik kuning dan macam berdebu, tak taulah Amy kenapa. Kat kampung tu terbiar aje tak de sapa perduli pun tapi boleh aje dia hidup subur.



Kat sini jugak tempat sidai baju. Bila musim angin kuat, nak tinggalkan rumah pun takut.... takut baju terbang jadi asyik lah kena cek baju dah kering ke belum. Biasanya kalau angin kuat tak sampai tengah hari kain dah kering.

Deco : Balkoni ... Sebulan Kemudian.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Dah sebulan beli tapi baru semalam en hubby tolong lekatkan kayu (tak tau apa nama dia) tu ke dinding. Pokok fiddle leaf fig yang beli sekali masa tu pun masih belum dipasukan lagi.



Kononnya nak tanam pokok menjalar supaya boleh memanjat kat kayu tu tapi Amy rasa kalau lekat pokok memanjat plastik lagi ok tak payah nak risau dia panjat ke tak.


Pokok kari dan anak cili Amy dah alihkan kat tempat aircond tu sbb tempat tu lama sikit kena panas. Masa letak kat balkoni sebelum ni macam terbantut pulak pokok-pokok tu. Anak cili tak besar-besar dan pokok kari pulak tak ada pucuk baru yang keluar. Dah seminggu Amy letak kat tempat panas tu barulah nak keluar banyak pucuknya.










Deco : Alih Sana Alih Sini ... Ruang Tamu.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Sambung lagi citer alih sana alih sini semalam.  Sebelum ni sofa putih tu duduk kat ruang tamu. Ruang tamu Amy ni kecik aje jadi boleh berangan ajelah kalau nak letak sofa yang besar-besar. 

decor, sofa putih

Sebelum sofa putih dihantar tukar baju ... 

sofa, decor

Pernah juga Amy cuba letak 2 sofa kat tepi sliding door tu tapi tak sampai sehari Amy dah alih balik. Susah nak keluar masuk balkoni. Balkoni tu tempat Amy menjemur kain jadi kalau dah jemu kain mestilah selalu nak keluar masuk.


decor,sofa

Sofa putih dah alih ke foyer dan sofa coklat tu letak kat ruang tamu pulak. Dah rasa kosong aje dah.



decor, sofa

Bila tetamu datang mulalah tak cukup tempat duduk.Terpaksalah hangkut sofa putih tu satu ke ruang ni.

Dinding belakang sofa merah tu nampak kosong pulak kan.

Amy teringin nak ruang tamu yang macam ni ... 

IKLAN SEKEJAP...

malam pertama