Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Apam Kampung Menu Petang Kami...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy buat apam untuk minum petang. Selalu guna resepi kak ipar yang pakai minyak masak tapi semalam Amy cuba resepi lain pulak. 

Rasa lebih kurang sama, cuma yang ni bau wangi pandan dan yang selalu Amy buat tu tak letak daun pandan pun. Untuk Amy yang tak berapa rajin ni, Amy lebih suka resepi yang selalu Amy buat tu .... masuk aje semua dan kukus. Dah siap. Resepinya Amy ada share DI SINI.


apam tembam apam kampung

 Apam Tembam/Apam Kampung.
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

Bahan A.
1/2 cwn gula melaka/perang
1/2 cwn gula pasir
2 cwn air
1 helai daun pandan.
- Satukan dalam periuk dan masak sampai gula larut.
- Sejukkan dan tapis. Pastikan dapat 2 cwn air. Kalau tak cukup boleh tambah.

Bahan B.
11g yis - Amy guna sepaket mauripan.
1 sudu teh gula
1/2 cwn air suam
- Satukan dalam bekas lain, kacau rata dan perap 10 minit. Ia akan berbuih-buih dan naik.

Bahan C
4 cwn tepung - diayak
secubit garam
1/2 cwn air



apam tembam apam kampung



Caranya:
- Satukan tepung dengan garam dalam bekas lain.
- Buatkan lubang kat tengah dan tuangkan yis yg diperap tadi.
- Kacau rata
- Tuangkan air gula dan gaul rata.
- Tuangkan 1/2 cwn airlagi dan gaul rata sampai tidak berbintil. Amy guna whisk aje, rasa macam nak tercabut tangan.
- Kalau nak blander pun boleh tapi sikit-sikit sebab adunan ni kental, kalau nak guna mixer pun boleh.

- Tutup (tutup dgn tudung yang tinggi sebab adunan akan naik)
- Biarkan dia 1 jam sehingga dia naik 2 kali ganda.
-Sediakan loyang 11 inch yang telah disapu minyak. (Amy tak de loyang 11 inch guna 9 inch aje.
- Tutup loyang dengan aluminium foil tapi Amy bungkus kain kat penutup periuk kukus tu.
- Kukus dengan api besar selama 40 minit.
- Bila dah masak tunggu sejuk baru potong.
- Nak senang potong, sapu sedikit minyak kat mata pisau tu.

apam tembam apam kampung

Adunan ni dapat banyak, jika yang nak makannya tak ramai separuhkanlah resepi ni.

Amy guna loyang 9 inch jadi apam Amy naik tinggi. Nak sedap lagi letaklah kelapa sikit. Kami makan macam tu aje. Anak-anak Amy tak suka jika ada kelapa lagipun mamanya malas nak ke kedai semata-mata nak beli kelapa parut aje...😂




Apam Gula Hangus...


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi pukul 9 dah siap masak dan mengemas... sementara tunggu kain dalam washer machine tu Amy buka FB sekejap. Tiba-tiba ternampak pulak kawan Amy share resepi Apam Gula Hangus dari page Sheila Rusly... 


Bahan bahan semuanya ada kat dapur... cara nak buat pun macam senang terus angin rajin datang. Bukan senang dia nak datang tu kadang kadang resepi dah berkulat pun dia tak datang lagi hihihi.


Kononnya nak guna cup kertas putih tu nampak klasik sikit tapi Amy tak de bekas nak letak cup tu kang melambak kang... ada yang terus masuk tong sampah kang. 

Nasib baik cup dot dot ni ada... keras sikit cup ni. Cup ni kecik aje sebenarnya tapi bila dah kena kukus membesar berganda ganda pulak dah.


 Apam gula hangus
Sumber : FB Page Shiela Rusly.





Bahan bahan:

1 cwn gula
1 cawan air
2 biji telor
2 sudu besar majerin
2 sudu besar susu pekat
1/2 cwn minyak
1 1/2 cwn tepung gandum *ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat *ayak

Caranya;

- Masakkan gula pasir hingga keemasan dan padam api. Kemudian campurkan dgn 1 cwn air, pasang kembali api dan kacau sehingga sebati. Padam api dan sejukkan.

- Mixer telur, susu,minyak dan marjerin selama 5 minit. Masukkan gula hangus dan mixer lagi. Kemudian masukkan tpg gandum yg telah diayak bersama soda tadi. Mixer sehingga sebati agak-agak 5 minit.  


- Masukkan dalam acuan papercup hingga penuh. 


- Panaskan kukusan hingga air mendidih dan masukkan adunan tadi. Balut tudung kukus dgn kain.


- Kukus selama 15 minit.buka tudung dan angkat adunan tadi.

Siap dan memang sedap dimakan bersama kelapa putih yg digaul bersama sedikit garam



Amy dapat 13 biji sebab cup Amy besar...



Pukul 11 pagi dah siap masak dah apam ni. Anak-anak dan en hubby suka apam ni kejap aje tinggal 2 ketul. 

Selamat Mencuba.

Apam Susu menu breakfast kami..

Assalammualaikum...

Resepi Apam Susu ni Amy jumpa kat blog kak Azlita, tak lama Amy simpan resepi ni sbb tiba-tiba angin rajin datang pagi semalam... akhirnya dapat jugak merasa. Terima Kasih Kak Ita.


 Cis tak jadi macam yang kak Ita punya daaa. Apam Susu Kak Ita sangatlah cantik... Amy punya jauh beza rupanya. Tak taulah mana silap Amy.. Apam ni dah sejuk kejung aje.. huhuhu.

Masa panas tu anak-anak n en hubby kata sedap, tapi bila Amy rasa masa buka puasa.. adeh tak berapa manis, dlm hati agaknya Amy ni dah kuat gula kot.

Sila ke Blog Kak Ita kalau nak tengok step by step ok.. 



APAM SUSU
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa


 Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam 
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk.



Apam Dot-Dot

Assalammualaikum...

Hari ni Amy buat Apam dot-dot... anak Amy panggil Apam Dino sbb rupanya mcm telor dinosor. Kali ni Amy ambil resepi dr blog Kak Azlita. Anak-anak dan kawan-kawan komen Apam yg ni lebih sedap dr yang sebelum ni. Dalam hati... lega, hilang penat mendengarnya. Amy sebenarnya malas buat apam ni sbb kena berdiri lama. Dah tu ada mcm2 citer pulak. 


Amy buat Apam ni untuk jamuan akhir tahun  Sek Kafa kelas Faris.     Dah siap semua... dah bawa gi sekolah pun, rupanya Jamuan tu ditunda minggu depan sbb ramai murid yang tak hadir. Ni gara2 Faris tak gi sekolahlah semlm... tu yang tak tau tu.

Adehhhh... penat. Kebetulan masa tu ada Kak Ros n Kak Nurul, Amy bagi pada mereka aje.





APAM DOT DOT
by : Eiza Hamid 

Diambil dr Blog Kak Ita

3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan (Amy guna susu Low Fat aje)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila 
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna









Susun acuan lompang dalam loyang.
Letakkan papercup didalamnya
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
Letakkan filing secukupnya. Filing ni masukkan juga dlm piping bag supaya mudah nak letak atas adunan tadi..
Picit lagi adunan yg sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna lain dan kacau rata.
Masukkan juga dlm piping bag dan dot-dot kan dgn warna pilihan. Masukkan setiap warna ke dlm piping bag atau plastik bersih.
Susun acuan lompang dlm loyang 
Letakkan papercup didlmnya.
Picitkan adunan kedlm papercup.







Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Pastikan api sederhana panas.
Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
hidangkan ketika panas.




Amy buat dua adunan dan dapat 148 biji. Kak Ita kata kalau guna santan lagi sedap. Santan tak de pulak, susu segar lagilah tak de sbb anak Amy sakit perut kalau minum Fresh Milk tu. So guna susu Low Fat aje.





Resepi Apam yang paling senang...

Assalammualaikum...

 Bila nak hantar repair tipun Amy tu pun Amy tak tau... susah betul bila tipun dah rosak ni. Tipun Amy tu bila nak charge aje kena off kalau tak ... tak boleh charge, nak tranfer gambar pun tak boleh. Nasib baik ada i pad tapi Amy pulak yg tak biasa.




Musim hujan ni perut asyik lapar aje... masa nilah rasa nak makan macam2 tapi Amy pulak yang malas nak masak nasib baik ada resepi apam yang senang ni..... tak banyak citer. 

Apam Tepung Gandum


3 cawan tepung gandum (diayak),
1 cawan gula,
1 paket yis (11g),
2 sb minyak - tak kisah minyak apa, Amy guna Canola.
2 1/4 cawan air.


Cara-caranya.

Satukan tepung, yis dan gula. Ratakan.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Jika agak pekat tambah sedikit  lagi (sehingga ia jadi tak pekat n tak cair-mcm nak goreng pisang). 
Last, masukkan minyak-sebatikan.
Masukkan kedalam loyang dan tunggu ia naik sedikit... kemudian bolehlah dikukus sehingga masak.

Bila sudah sejuk bolehlah di potong2 dan digaulkan dengan kelapa yang telah dicampurkan dgn sedikit garam.





Selamat mencuba...

Apam dot-dot .. apam dinosour .. apa2 ajelah.


Assalammualaikum...

Skang ni bila petang aje hujan.. hujan lebat + angin kuat membuatkan Amy tak berani nak biarkan baju kat ampaian, kalau tak kering lagi Amy rela sidai kat dalam rumah... 

Petang Isnin yg lepas hujan punyalah lebat, angin pulak (rumah Amy yg paling hujung) bila lalu rumah Amy bunyinya kadang2 buat amy kecut perut.  Banyak dahan pokok yg serkah dan ada jugak pokok yg patah.. bukan tumbang tau. Pokok patah tu pulak dah hempap kete yg paking kat tepi dia... nasib baik kete tu tak apa2.

Membebel pulak Amy pepagi ni... hihihi. Dah lama benar Amy tak buat apam dot-dot ni... Amy rasa dia ni ada byk nama antaranya Apam dino (sbb rupanya mcm telor dino kot). En hubby dah byk kali minta buatkan tp hari Ahad hari tu baru dapat tunaikan.. 




Sekali terlebih kaler daaa...


Resepi ni Amy dah tak ingat ambik kat mana sbb dah lama benar. Kepada tuan punya resepi, Amy minta izin sharekan kat sini ye..


Apam dot-dot/apam dino..

Bahan-bahannya:

3 biji telor,
200g gula halus,
275g tepung gandum,
3 sudu teh baking powder,
1 sudu teh ovellete ,
Filling secukupnya (masuk dlm piping beg),
150g susu segar- boleh ganti ngan susu sejat,
pewarna & esen vanila.

Cara-caranya:
1. Pukul telor dan gula sehingga kembang dgn kelajuan maksima selama 10 minit.
2. Masukkan susu, ovellete, esesn vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit.
4. Bahagi-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.. hihihi.
5. masukkan kedlm piping beg dan picitkan kedlm mangkuk kertas yg telah diletakkan di dlm acuan lompang.. Amy guna acuan tart.
6. Picitkan filling secukupnya.
7.Picit lagi adunan sehingga 3/4 penuh, kemudian dotkan ngan aduan kaler lain.
8. Kukus di dlm periuk kukus yg telah di panaskan terlebih dahulu.
9. Api jangan besar sgt nanti merekah.

Amy malas buat apam ni sbb banyak cerita dia dan Amy tak kuasa nak berdiri lama, tu yg lama tak buat.

Bila dah terlebih kaler... dah lah nampak garang.