AmyHilmirda

 hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Semalam, 5 Julai 2018 genaplah 16 tahun usia perkahwinan kami berdua...😍, alhamdulillah.

16th wedding anniversary

 Pagi semalam En hubby sempat tolong kemaskan meja dan basuhkan pinggan mangkuk anak-anak dia breakfast. 

Terharu...

Tak de candle light dinner atau pun 'sun light' lunch pun...😆. Hadiah-hadiah pun dah tak de tapi bagi Amy semua tu tak penting...

Tapi kalau ada .... alangkah bestnya 😍😍😍.

Korang macam mana?

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Perkongsian dari group WA Ustaz Zamri.

Menghadiri kenduri tidak semestinya makan. Boleh hadir dan ucap tahniah meskipun berpuasa. 

Gambar pinjam pakcik google
Gambar pinjam pakcik google

Pada asasnya, haram seseorang itu sengaja membatalkan mana-mana amalan yang fardu termasuk lah puasa qadha’(ganti) kerana puasa qadha’ Ramadan termasuk di dalam ketogari amalan fardu. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Imam Syafi’ie –Radiyallhu ‘anhu- di dalam kitab “al-Umm”:

من دخل في صوم واجب عليه من شهر رضمان أو قضاء أو صوم نذر أو كفارة من وجه من الوجوه أو صلى مكتوبة في وقتها أو قضاها أو صلاة نذر لم يكن له أن يخرج من صوم أو صلاة ما كان مطيقا للصوم والصلاة على طهارة فإن خرج من واحد منهما بلا عذر عامدا كان مفسدا آثما عندنا.

Maksudnya: Sesiapa telah masuk(memulakan) puasa yang wajib daripada Ramadan, QADHA’, puasa nazar atau puasa kaffarah, atau solat fardu pada waktunya, solat Qadha’ atau solat nazar, maka dia tidak boleh keluar(membatalkan) dari puasa atau solat (tersebut) selagimana dia mampu untuk berpuasa dan solat dalam keadaan suci. Jika dia keluar(membatalkan) salah satu darinya tanpa keuzuran dengan sengaja maka menurut kami dia dikira sebagai bersalah dan berdosa.

Membatalkan puasa qadha’ tanpa keuzuran tetap dikira berdosa kerana amal ibadah yang fardu tidak boleh dibatalkan. Namun puasa qadha boleh dibatalkan jika ada uzur syar’ie seperti sakit dan musafir.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera....


Kedai Massage Nasiim
Alahaiii anak aku.

Kalau sebulan sibuk ... sebulanlah jawabnya dia tak buka kedai.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Punyalah banyak yang nak diceritakan tapi semua dah basi dah ... 

Ahad lepas balik dari Pajam kami menyinggah Satey Samuri kat Kajang tu, sampai sana pukul 10 lebih tapi budak kat parking tu kata kedai buka pukul 11. 

Sementara nak tunggu dia buka pukul 11 pagi, bawalah budak berdua tu kat padang tepi kedai satey tu. Faris tak ada sebab program sekolah kat Flamingo Hotel. 


satey samuri kajang



Cerita Basi Lag

Pukul 10:45 pagi Amy nampak ramai dah orang beratur kat kaunter yang belum buka lagi. Amy pun join jugak beratur kat situ. Tetiba budak kat kaunter tu kata kedai buka pukul 11:30 pagi. 

Macam-macam rasa ada masa tu. 

Tak kuasa nak tunggu lagi 45 minit. Balik lagi bagus. Kalau tak menyinggah tadi lama dah sampai rumah KL.




satey samuri

Sempat ambik gambar motor ni, manalah tau kot-kot nak order.

sek keb seri bintang utara

Lepas Zohor terus pergi ambik Faris. Tau ajelah MRR2 tu, pukul 2:15 baru sampai. Sampai sana nak cari parking lagi, last Amy dan Nasiim aje yang masuk En Hubby tunggu dalam kereta. 


Cerita Basi Lag

Bila mak-mak bergambar...😂

Hari Isnin petang Kak Seha dan Kak Ros jemput beraya rumah diorang. Walaupun berjiran bagunan tapi setahun sekali baru berkumpul... tu pun tunggu anak-anak dah balik sekolah. 

Tak sempat nak membawang hal orang lain, hal masing-masing pun tak abis cerita.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy try satu lagi resepi baru biskut coklat cip tapi kali ni saiz ikut pesan tok guru, kecik-kecik. Kalau ikutkan hati nak aje buat besar gedabak biar cepat siap... heheh.

resepi lain

Biskut Coklat Cip Sedap

Alhamdulillah, ikut cakap tok guru cantik aje kejadiannya dan sedap rasanya. Tapi ada jugak part menderhaka tu... hahaha.

Anak-anak semuanya suka sebab rasanya lain dari biskut yang Amy pernah buat.

Sesapa yang tak suka biskut yang ala-ala subway (lembut kat tengah) boleh cuba resepi biskut ni.

Biskut Coklat Cip Sedap

Tok Guru pesan suhu 150c bakar 20 minit tapi kalau loyang hitam kena kurangkan masa.

Yelah oven mana sama, masa nilah cuba tukar suhu dan masa .... dah lah ada macam-macam keler biskut tu 😅😅😅. Kat atas tu satu bakar 150c 19 minit dan sebelahnya 160c 13 minit.


Biskut Coklat Cip Sedap
Yang gelap sikit tu Amy cuba 180c 10 minit. Selalu Amy bakar biskut ke kek ke memang guna suhu 180c ni tapi biskut kali ni tak boleh pulak. Bawah dia cepat garing tapi dalam kurang sikit masaknya.

Jadi kenalah ikut arahan balik .... 150c. Luar dan dalam masak cantik aje.

Biskut Coklat Cip Sedap

Tok guru kata guna penyukat 1tsp ni aje, ikut kan hati nak cekup-cekup besar sikit biar cepat siap. Lamo bonar kocik-kocik ni.


Biskut Coklat Cip Sedap

Inilah hasilnya... dia tak membesar banyak pun.

Amy kongsikan disini resepinya supaya senang nak cari kemudian hari.


Biskut Coklat Cip Sedap

Biskut Coklat Cip


Bahan-Bahannya :

250g butter - Amy guna salted scs
100g gula halus
100g gula perang

1 biji telor saiz b - Amy guna M
1 sk esen vanila

370g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk baking soda
2 sb tepung jagung
200g coklat cip

Caranya :
  1.  Panaskan oven 150c atau ikut sesuaian oven masing-masing.
  2.  Adunkan butter dengan gula sehingga sebati - Amy guna spatula aje. 
  3.  Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
  4.  Bila sudah sebati masukkan bahan kering yang telah diayak bersama.
  5. Bentukkan ikut suka hati. Amy guna penyukat 1sk untuk skop-skopkan dia.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut tu boleh bergerak (tidak melekat) bila ditolak.
  7. Bila dah masak keluarkan dan biarkan biskut tu sekejap... biar dia set sekejap kata orang. Kalau terus angkat pindahkan nanti dia pecah atau patah pulak.
  8. Biar betul-betul sejuk baru simpan.