Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Amboiii angin rajin tengah melanda ni oven kat dapur tu asyik berasap aje hehehe.
Amy buat brownies pagi semalam sebelum tong gas buat hal ... buatnya kalau gas abis masa nak double boil coklat kan ke parah. Resepi brownies ni dah setengah tahun terperam baru semalam Amy 'try test'nya.
Inilah brownies yang pertama yang Amy buat. Sebelum ni pernah beli brownies Kartika Sari masa kat Bandung... memang sedap brownies tu. Lepas tu tak de pulak terlintas nak beli atau nak makan brownies lagi. Mungkin Amy lebih suka kek kot.
Amboiii angin rajin tengah melanda ni oven kat dapur tu asyik berasap aje hehehe.
Amy buat brownies pagi semalam sebelum tong gas buat hal ... buatnya kalau gas abis masa nak double boil coklat kan ke parah. Resepi brownies ni dah setengah tahun terperam baru semalam Amy 'try test'nya.
Inilah brownies yang pertama yang Amy buat. Sebelum ni pernah beli brownies Kartika Sari masa kat Bandung... memang sedap brownies tu. Lepas tu tak de pulak terlintas nak beli atau nak makan brownies lagi. Mungkin Amy lebih suka kek kot.
Resepi best : Kek Kukus Coklat yang sedap
Seperti biasa resepi ni Amy ambil dari blog kak Azlita ... Terima kasih kak Azlita untuk resepi yang sangat sedap ni. Banyak yang Amy dah belajar dari blog kak Azlita.
Semalam satu rumah berbau wangi coklat ... Amy suka hehehe. Kebetulan masa Amy tengah potong brownies ni semalam cina tong gas tu datang dan nampak brownies ni kat atas kaunter dapur. Banyak kali dia tanya Amy buat sendiri ke.
Niat hati nak tapaukan dia brownies ni sikit tapi masa tulah cari bekas tak jumpa semuanya besar gedabak jadi dapatlah dia seketul aje. Punyalah happy cina tu. Amy tak rasa lagi dia dah rasa dulu tu. Dia kata sedap, tak manis sangat. Rasa kembang telinga ni masa tu hehehe.
Brownies ni senang sangat nak buat tak payah pakai mixer. Guna whisk atau senduk kayu aje. Coklat dan butter yang berkualiti akan menghasilkan brownies yang lebih sedap dan tekstur yang yang lebih lembut.
Kat rumah ni memang jarang sangat ada tepung naik sendiri ... adalah 2-3 tahun sekali kot. Amy tak guna tepung naik sendiri untuk resepi ni. Sebenarnya Amy takut tak jadi brownies ni bila tak pakai tepung naik sendiri tu, dalam hati Amy kalau tak jadi lepas ni Amy akan buat lagi guna tepung yang betul.
Untuk 100g tepung naik sendiri tu Amy guna timbang dulu 1 1/3 sudu kecil baking powder dan bakinya tepung gandum dan ayak. Maksud Amy total baking powder dan tepung 100g.
Dalam resepi tulis dark chocolate tapi Amy pandai pandai tukar milk chocolate. Amy suka dark chocolate tapi tak leh makan banyak nanti sakit kepala. Irfan pulak langsung tak boleh kena sebab nanti dia cirit birit so jangan cari pasal kalau sikit tak pe tapi untuk resepi ni nak guna 400g.
Saja Amy beli coklat yang bentuk coin tak payah susah payah nak potong dah tinggal timbang aje.
Chocolate Brownies Kedut.
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake
Diambil dari Blog Azlita Masam Manis
Bahan-bahan:
400g dark chocolate compound - Amy guna milk chocolate
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
100g gula perang
100g gula castor
150g unsalted butter - Amy guna SCS
4 biji telor A
1 sk esen vanila
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
Sepatutnya tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan tapi Amy buat terbalik pulak. Bekas coklat tu kocik benau tak muat lerrr.
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk coklat tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter. Amy guna loyang 9' aje tu yang brownies Amy tebal sikit.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
Oven Amy pulak .... selepas 30 minit masih lagi tak masak, boleh main goyang-goyang lagi. Amy guna api atas bawah. Selalunya Amy guna api atas bawah suhu 170-180 untuk kek. Amy slowkan suhu ke 150 dan bakar lagi selepas 10 minit pun tak masak lagi last Amy naikkan ke 170 api bawah 5 init dan lagi 10 minit api atas bawah ... barulah masak. Tulah pasal brownies Amy tak cantik siap terbelah lagi.
First time lah katakan ... hehehe nak sedapkan hati sendiri.
Brownies ni memang sedap ... tak manis sangat semua suka kecuali Nasiim. Nasiim dah tak boleh nak telan kalau adik beradik kek coklat ni tapi kalau coklat yang tu laju aje dia kendurikan.
Lain kali nak buat lagi ... rasanya macam 2-3 hari lagi aje hehehe.
waaaa...rajinnyee :)
ReplyDeleteApa pulak tak cantik Amy ni
ReplyDeleteOKlah tu kakak tengok dah teringin nak merasa tau:)
cantik je rupenyer naper lah di panggil kedut mcm buruk jd nya hahahha...
ReplyDeletesenang je kan kak, dh lama dana simpan resepinya tp nk bt tuh entah bila
Admin...kalau saya guna tepung gandum lepas tu letak baking powder..boleh kan??soda bicarbonate ke letak??
ReplyDeleteBoleh, letak 1 1/3sk baking powder dan 1/2 sk baking soda
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSedapnyer....kena try buat ni sebab anak suka betul coklat =)
ReplyDeletekalau guna spatula, akan menghasilkan byk air bubbles ke?
ReplyDelete