Showing posts with label Portugal. Show all posts
Showing posts with label Portugal. Show all posts

Bercuti di Portugal - Meronda Pekan Lisbon

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


23 Okt 2014.

Hari terakhir kami di Portugal. Pukul 9 pagi kami dah naik train. Beg simpan dulu kat hostel. Hari ni kami nak meronda pekan Lisbon pulak naik bas HOHO red line,18€. 

Sebenarnya kalau nak pergi semua tempat kat Lisbon ni kena ambik lebih dari satu line, barulah puas hati dah terbang jauh-jauh tu. Memandangkan tambang yang mahal dan kami pun dah tak de masa, kami ambik satu ajelah. 



bercuti di Portugal

Kami berhenti di Muzium Maritim. Ambik gambar berpuluh-puluh lepas tu kami keseberang jalan pulak.


bercuti di Portugal

Pemandangan dari dalam train semasa dalam perjalanan ke Cascais semalam.


Muzium Maritim dari jalan raya.


bercuti di Portugal
Cik Limah 'berposing' dulu kat Muzium Maritim sebelum meneruskan perjalanan... heheh.

bercuti di Portugal

Betul-betul seberang jalan ada banyak bot. Kena jalan jauh sikit untuk sampai distinasi kami yang seterusnya. 

bercuti di Portugal
Ok dah sampai... bergambar dulu.
Monument to the Discoveries- Padrão dos Descobrimentos.


Bercuti di Lisbon

Punyalah banyak tangga nak panjat tapi sampai situ aje, tak boleh nak menyibuk kat patung-patung tu.

Bercuti di Lisbon

Bercuti di Lisbon

Bercuti di Lisbon



Bercuti di Lisbon

Jambatan ala San Francisco. The 25 de Abril Bridge.

Punyalah panas kat tepi pantai ni kejap aje dah sun burn. Aku berjemur kat PD pun tak delah sehitam berjemur kat Portugal ni. 

Bercuti di Lisbon

Berjalan depan lagi sampailah ke Belem Tower.







Nak masuk kena bayar. Tak pelah kita bergambar kat depan dia aje.


Inilah jadinya bila kejar bas tapi terlepas. Punyalah laju jalan tapi tak sempat sampai kena gelak dengan mamat Lisbon. Agaknya dia tak pernah tengok orang kejar bas agaknya.

Di tengah-tengah bandar lisbon. Kami pulang ke pekan semula.


Tak silap Amy tiket bas ni boleh pakai sehingga 2 hari, dan memandangkan tak nak beli tiket bas line lain kami pun ikut ajelah bas tu pusing-pusing Lisbon. Entah berapa kali ntah kami lalu tempat yang sama. Dah lah panas terik, mengatuk pun ada.

Bercuti di Lisbon

Tak jauh dari terminal ferry ni ada tempat 'kapal cruise'berlabuh. Punyalah besar.... punyalah grand... punyalah luxury.

Bercuti di Lisbon

Pusing pekan lagi.


Bercuti di Lisbon


Bercuti di Lisbon


Bercuti di Lisbon

Bercuti di Lisbon

Lalu tempat nak naik cable car. 

Bercuti di Lisbon

Lepas tu lalu pulak kat tempat yang ada banyak besi ni. Tak lama lepas tu lalu pulak stesen keretapi Gare do Oriente Train Station. Kami turun di situ untuk tanya tiket ke Barcelona atau Madrid. Kami dapat tiket ke Madrid pukul 9:30 malam.

Dari Oriente Station kami ambil train untuk ambil beg di hostel, kena tukar train di Almeda baru sampai Interdente. Sepatutnya boleh aje tahan bas HOHO tu untuk balik tapi sama jugak nanti kami kena naik train jugak untuk sampai ke hostel. Lagipun kalau naik train, bila nak pergi Oriente balik dah senang, dah tahu jalan.

Sunburn in Lisbon... Sintra-Lisbon.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Nasib baik kita orang sampai aje train station train dah ada kalau tak tak taulah lepas tu ada train lagi ke tak.


bercuti di Portugal

Asyik berselfie aje kita orang kan hehehe.



bercuti di Portugal

Kami turun kat station Rossio dan keluar aje ada restoran Radores dan Starbucks.

bercuti di Portugal

Ternampak pulak papan iklan ni ha ... 


bercuti di Portugal

Nun di sebarang sana yang kaler pink tu ... Hardrock cafe.


bercuti di Portugal

Tadaaaa ... Hard Rock Cafe Lisbua.
Hard Rock Cafe kat KL ni tak pernah singgah pun lalu pun buat mcm tak nampak aje.


Amy beli t-shirt untuk anak-anak sbg hadiah, biar happy sikit diorang lepas kena tinggal. Dapat VAT 8 euro... jadilah.


bercuti di Portugal

bercuti di Portugal

Tak tau bangunan apa tapi cantik.

Rupanya sebaris dengan HRC sebelah kiri tempat kita orang keluar dari metro pagi tu. Dah tak larat nak jalan dah kitaorang terus balik hostel. 

Sunburn in Lisbon... Sintra dan Cabo Da Roca.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah dekat setahun baru nak sambung citer hehehe... Biasalah kalau banyak vitamin M ni kan.


22 Okt, 2014.


Dari Carcais kita orang ambik bas no 417 dan duduk kat dalam tu sehinggalah sampai hentian terakhir dekat ngan train station. kena naik bas pulak lepas tu ke  information counter yang jual tiket bas HOHO. Kami sampai dah pukul 3 lebih  tak dapat nak pergi banyak tempat.



Mula- mula kami ambil line hijau yang lalu Castle Monserrate dan castle-castle yang lain kat.



Jauhkan dari Lisbon ke Sintra tu. Tiket bus HOHO boleh pakai 2 hari tapi kami di Portugal tak lama dan banyak lagi tempat tak pergi lagi. Tengok ajelah mana yang dapat.



 Castle Monserrate ...

Kami ambik gambar tepi jalan aje huhuh, dah lah jalan macam ular pastu kecik pulak. Bila kete ke bas lalu kena cepat-cepat lari kalau tak tak balik Malaysia lah jawabnya.


Kat sini rumah tak banyak sangat ... lebih kepada istana-istana kat dlm hutan aje. Apasalah diorang buat istana dalam hutan dan jauh dari rakyat jelata. 


Sepanjang jalan kat Sinta ada banyak tempat air macam kat dlm gambar tu. 

 Sayup-sayup aje kelihatan.
Bas HOHO line hijau ni tak pergi pulak kat situ.

Kiri kanan jalan hutan aje ... suasana kat sini sama macam kat Ulu Bendul tu aje.



Palasio de Pena ni kat dalam dia sangat cantik tapi kami tak dapat pergi huhuhu... rugi betul.


pinjam gambar pakcik google..
Castle of the Moors ni pun tak dapat pergi jugak. Sepatutnya kena datang tempat ni pagi-pagi buta barulah dapat pergi semua tempat. 



Dah satu punsingan... kami tukar bas line Merah pulak.




Macam best aje minum kopi kat tepi jalan mcm ni kan.. 


Tak tau rumah sapa tapi kebanyakkan kat sini seni bina rumah diorang cantik.







Perjalanan dari Sinta ke Cabo da Roca agak jauh ... dari atas gunung ke tepi laut. Ombak besar dan berkabus.





Mengadap North Atlantic Ocean ...  
Ni daratan terakhir kat benua Europe ni... kalau 'terel' berenang dan rasa-rasa nak gi US boleh aje terjun kat situ hehehe.




Monument declaring Cabo da Roca as the westernmost extent of continental Europe.


5:30 ptg... dari atas laut nampak tenang.


Muka keletihan ... lantak lah dah tak perduli dah. Kat belakang tu ada rumah api. Tak de pantai jadi diorang jalan tepi tebing aje. Curam giler kalau jatuh terus masuk laut, ombak pulak punyalah besar.


The light house of Cabo da Roca is  situated on top of the cliff and rice 144 meter in height above the cape. Cabo da Roca is cape which forms the westernmost point of both mainland Portugal, mainland Europe and Eurasian land mass - copy paste dr pakcik Google.




The granite boulders and sea cliffs along the coast.

Mula-mula ingat nak jalan jugak kat tepi ni nak tengok apa ada kat hujung tu tapi takutlah pulak kang tak sedar kena tinggal bas pulak.



Perjalanan pulang dari Coba da Roca ke Sintra lalu kawasan kampung.



Pukul 6:30 kami sampai semula kat tempat tukar bas tadi pastu pergi balik kat Information Counter untuk ambik bas ke train station.