Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Wattpad.. Baca Novel Kat Telifon Aje.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy sebenarnya malas nak pergi kedai buku terutamanya Kinokuniya. Kalau dah ke sana mesti rambang mata rasa macam tak cukup satu buku. Harga pulak lagi tebal buku lagilah mahal.


BEASTY - [A Wattpad Trailer]
Ada novel yang mempunyai lagu atau video pendek kat atas dia. Jangan ingat movie aje ada. Kalau rasa nak dengar sambil baca tu boleh tekan 'play' aje.

Mungkin ramai yang dah pasal tahu Wattpad tapi macam biasalah, Amy ni ketinggalan sikit... heheh. Ada banyak tempat lain yang boleh baca buku online free tapi Amy install wattpad ni sebab kat Appstore tu dia yang kat atas sekali.

Sekarang ni Amy baca novel kat tipun aje, senang. Tak payah pergi kedai  + selamat duit aku... hahaha. 


Ada banyak buku kat sini... pilih aje ikut 'genres' yang suka dan simpan kat library atau kat kita punya reading list. 



Kat sini memang banyak citer ala-ala mengarut aka dongeng yang Amy suka tu. Bagi Amy citer-citer yang macam tu tak menyakitkan hati dan Amy pun tak 'emo'.



Kalau nak baca kat komputer, pergi aje wattpad.com tu. Tulisan pun nampak lagi besar... heheh.



Mary Kay ... Starter Kit Box Punyalah Besar.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas Amy ada citer tentang Amy cuba produk Mary Kay kan tapi Amy tak citer pulak pasal Amy beli barangan dia. Amy join member untuk starter kit dia yang ada macam-macam tu. 

Hari Selasa lepas courier datang hantar kotak punyalah besar. Terkujat sekejap. Tak sangka kotak besar macam tu. Ingatkan dia hantar starter kit + barang yang Amy beli. Rupanya dalam tu starter kit aje.

hilmirdadaud.blogspot.my

Bila Amy buka kotak tu nampak ada beg besar aje tapi bila buka beg tu ada macam-macam. Boleh tak bayangkan betapa besarnya beg tu. Dalam katalog nampak macam handbeg saiz biasa. Bagus jugak besar macam tu boleh letak telekung dan barang lain.

Amy join member bukanlah sebab nak berniaga tapi nak kan diskaun 30% dan kat dalam starter kit ada facial wash dan moisturizer yang Amy nak tu. Kalau hitung balik harga 2 barang yang Amy nak tu aje kalau non member price dah RM2++. Kalau join member ni tak sampai banyak tu dah dapat 2 barang ni. 


hilmirdadaud.blogspot.my

Selain facial wash dan moisturizer kat dalam tu ada 2 liquid foundation, night solution sample, lipstick sample dan moisture renewing gel mask sample.

hilmirdadaud.blogspot.my

Kiranya berbaloilah Amy join member ni. 

Langit ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...



Satu kelebihan rumah atas langit ni ialah dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt seluas mata memandang. Gambar ni Amy ambil pukul 5:51petang semalam. Konon nak angkat kain tapi boleh pulak melarat-larat tengok pokoklah, tengok langit lah.

Amy suka tengok langit tu. Ada sikit awan bertompok-tompok kat bawah. 



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan ini. 



Pemandangan di padang sekolah yang nampak KLCC. Dari padang ni juga boleh nampak Ikea, KL Tower dan Berjaya Times Square. Rumah Amy mengadap sekolah ni jadi tak nampaklah KLCC tu.

'Try Test ' Mary Kay..

Assalammualaikum  dan Salam Sejahtera...


 Sila abaikan muka kepenatan kami.. heheh.


Jumaat lepas Cikgu Siti Zulaiha datang untuk kenalkan Amy dengan produk Mary Kay. Oooopps... ini bukan iklan Mk tau, heheh. Cikgu Zulaiha ni pun stokis Greeno dan dia juga mengajar di sekolah Irfan yang kat belakang rumah ni aje.

Sebenarnya dah lama nak cuba tapi Amy kena tunggu skincare yang Amy pakai tu habis dulu. Amy ingat kan boleh pilih aje mana yang berkenan rupanya tak. Cikgu Zulaiha bawa banyak sample, ada Botanical, MalaCEP Plus, Acne-Prone, TimeWise dan TimeWise Plus. Test dulu mana yang sesuai dengan kulit Amy.


 Masa test tu bila kulit Amy rasa tegang, Cikgu Zulaiha bagi oil-free hydrating gel untuk melegakan. Kira macam skuat bantuanlah... hihih. Bila sapu gel tu rasa sejuk aje dan rasa tegang terus hilang.

Amy ingatkan kalau rasa tegang lepas cuci muka tu perkara biasa rupanya tak. Sebenarnya pencuci muka tu yang tak sesuai dengan kulit Amy yang sensitif ni jadi kenalah tukar yang lain. Kalau ada rasa pedih ke gatal-gatal ke pun itu tandanya tak sesuai. Mk ni pun ada jaminan, katakanlah dah 1-2 minggu guna rasa tak sesuai kita boleh tukar dengan yang lain.

Amy try skincare dan make up. Dah alang-alang ada tu try ajelah kan. 

Tadi Amy kata bukan iklan kan... tapi manalah tau kot ade yang berminat nak tahu atau "try test"(macam pandu uji kete pulak) bolehlah Whatsapp atau sms Cikgu Zulaiha 013-6132510. 

Biskut Nenas Dan Gummy candies

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Semalam, masa menunggu kereta tukar tayar, Amy jalan-jalan cuci mata, tengok-tengok lah apa yang patut.


Kebetulan lalu depan satu kedai yang ada berderet tin biskut yang besar-besar. Apa lagi teruslah melekat kat situ. Ada banyak jenis biskut tapi Amy beli biskut nenas aje. Dulu-dulu kalau biskut yang melekat dua macam ni di panggil biskut kawin tapi sekarang dah tak dengar lagi dah.

Amy suka biskut nenas ni... sedap, sekilo RM15.


Gummy candies ni pun beli kat kedai yang sama. Gummy ni hanya anak-anak yang suka. Tak pelah sesekali kan.

Gas Gabis Multicooker Pun Jadi...



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam, dah tau dah tong gas tu dah ringan tapi nak jugak mengukus. Baru setengah jam gas dah abis... huhuhu.

Ingatkan sekejap rupanya satu jam kemudian baru cina yang hantar gas tu sampai. Nasib baik multicooker yang dah bertahun tak pakai tu masih boleh berfungsi.





Hari ni masih lagi mengukus. Projek buat kek buah dari semalam tak siap lagi.

Cuci Mata Kat SSF Cheras...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

** Nama pun cuci mata mestilah banyak gambar hehe**

Pagi tadi lepas hantar anak-anak kelas Tae Kwan Do kat sekolah Amy pun ajak En Hubby gi SSF Cheras. Dah bertahun dah SSF tu kat situ tapi Amy tak pernah pergi lagi. Kalau drive pun tak sampai 10 minit dah sampai klu bulatan nak gi HUKM tu tak sesak.

Lagi satu kalau nak gi tempat yg penuh barang mahal ni tak leh bawa budak bertiga tu kang ada pulak yg buat macam rumah sendiri pulak.


Pekerja dia tgh buka pintu no 2 pulak...

Kitaorang sampai gam-gam pukul 10:30 pagi, naik lif gi level 3 sekali pintu lif terbuka tapi tak leh nak keluar jadi kenalah turun balik. Nasib baik kami keluar aje dari lif ada seorang pekerja SSF, kitaprang pun naik sekali lagi ngan dia. Sampai level 3 pintu lif terbuka dia pun bukalah pintu SSF tu ... kiranya kitaorang lah pelangan pertama hehehe.



Sementara tunggu dia buka pintu kita ambik gambar tipun kat luar ni dulu.




Pemandangan sebaik aje pintu di buka.


Berkenan betul dgn idea ni. Tapi kan klu letak kat balkoni tu buatnya pulak angin kuat ... gerenti kejap aje pecah mentol tu. 



Suka juga dgn yang ni tapi harganya.... 





Amy cakap ngan En Hubby lain kali Amy nak beli bunga ni gantung kat luar tu. Nampak macam pokok betul ... cantik pulak tak payah Amy nak siram hari hari :)




Cantiknya sofa ni... harga pun cantik jugak..



Amy suka tp En Hubby tak berkenan.



Yang macam ni pun Amy suka ... 



Paling suka yang ni tapi En Hubby tak berkenan jugak. Bukan nak minta belikan pun dapat tengok pun jadilah. Tak tergamak nak minta oiii.


Kalau letak kat pintu ... selesa sikit En Hubby nak pakai stoking pagi-pagi buta tu. Tapi kan harga pulak yg tak selesa ... huhuhu.



Yang ni kalau dapat kat budak bertiga tu mesti kejap buka kejap tutup drower tu. 


Yang ni pun Amy suka juga .. 
Amy aje yang suka sofa kat sini, En Hubby lebih suka yang kat Ikea tu. Ikea tu Amy suka tapi kat sini pun suka jugak heheh. "Materialistik" kah aku?


Lain kali Amy nak beli yang ni... mesti anak Amy kejap-kejap minum.


Kek ngan roti nampak betul dan lembut. 



Langsir pun banyak.


Lagi satu barang yg Amy suka tp En Hubby tak minat .



Yang ni pun kalau buat tempat pakai stoking ok jugak. Boleh letak barang lagi dalam dia.






Cantik ... harga pun cantik.




Sticker..


Cermin Sticker...


Yang ni cermin betul tau ... Amy suka yg ni tapi nampak sarat sikit.









Cermin + Jam.









Karpet pun ada.




Bahagian ni ada Amy tak minat so tak masuk. 







Harga basikal ni dah macam harga basikal yang mahal tu.





Sedap bunyi dia tapi yang paling panjang tu bunyi dia sebiji mcm bunyi kat Ch**ch tu.

Kejap aje dah pukul 11lebih  Amy tak beli apa-apa pun hanya sempat daftar member aje. Bulan ni ada sale sampai 28 kalau tak silap Amy.