Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Dah seminggu birthday en Hubby berlalu baru semalam Amy berkesempatan buat kek untuk dia. Minggu lepas Amy sibuk dengan anak-anak yang baru start sekolah (alasan...😂) minggu ni barulah lega sikit.
Mulanya Amy tak tau nak buat kek apa... anak-anak dah muak makan kek sebenarnya. Yang tak muak hanya mama dan ayahnya sahaja... heheh.
Belek-belek blog kak Azlita jumpalah resepi kek coklat cheese lava yang berhantu ni. Kek ni sepatutnya dalam bekas tapi Amy pulak dah tau topping dia meleleh lagi nak jadikan dia ala-ala birthday kek... hambik, cari penyakit betul. Kejap aje cantik lepas tu abis meleleh.
Kek Coklat Cheese Lava memang sedap. Gabungan coklat leleh dan cream cheese yang sangat sedap.
Bila gigit aje terbenam gigi dalam cream cheese dan coklat... ah sedapnya. Ditambah pula dengan kek coklatnya yang moist, rasa macam makan kek mahal aje... heheh.
Walaupun kek ni sangat sedap tapi ia bukanlah dalam kategori kek yang Amy akan buat selalu. Amy lebih suka kek yang simple. Kek yang leceh dan banyak cerita macam kek ni setahun sekali tu oklah.
Chocolate Cheese Lava Cake
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.
Kek Coklat Moist Anis
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung-Amy guna minyak masak aje.
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus
2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.
1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.
2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan. Amy guna api yang paling kecik sekali.
3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.
4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus atau pun dibakar. Amy guna loyang 8 inch jadi kek agak tebal dan ambik masa lebih satu jam.
- Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu caik untuk kek kukus.
Krim Cheese
250g cheese
500g UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis
- Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
- Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.
Coklat Leleh
250g coklat masakan - Amy guna milk choc.
250ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh madu/ golden syrup/glucose syrup - Amy guna madu
1 sudu besar butter - Amy guna buttercup dlm tin
1 sudu besar nuttela/ hazelnut paste
1 sudu teh esen vanila.
- Satukan coklat, butter dan nuttela ke dlm mangkuk
- Panaskan UHT whipping cream dan madu sehingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
- Biarkan coklat mencair
- Tambah esen vanila dan kacau rata
- Biarkan sejuk.
Cara-caranya.
1. Kek hendaklah betul-betul sejuk dan di potong 2 - jika hendak letak cheese kat tengah.
2. Ambil sedikit krim cheese (2sb) dan letakkan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan masukkan dlm piping beg untuk hiasan atas kek.
3. Letakkan krim cheese di antara 2 keping kek yg telah di potong dan di atas kek.
4.Ratakan cheese di atas kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga cheesenya keras sedikit.
5. Bila cheese dah keras bolehlah tuangkan coklat leleh diatasnya.
6. Gunakan krim cheese coklat dalam piping beg untuk buat hiasan atas kek.
7. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
8. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan bolehlah di kendurikan.
Selamat Mencuba ...
Kak!! Sedapnya nampak kek akak tu :) Siqah suka kek cheese :D Pandai akak buat. Siqah suka jugak jenguk blog Azlita Masammanis. Suka dengan gambar2 dia. Semua nampak sedap :)
ReplyDeleteTapi cantik dan menarik sangat kakak tengok
ReplyDeleteDah macam kek secret receipe lah Amy
yuhuu... sedapnya sis... boleh ambil tempahan la lepas ni... :)
ReplyDeleteKecur ailio nengok.
ReplyDeleteya Allah sedapnya akak.. meleleh dh ni air liur. hehehe
ReplyDeleteya Allah...meltingnyer...:)
ReplyDeleteYa ampunnn...sedapnya!
ReplyDeleteHuwaaaa.. pandai amy buat kek.. Cantik dan menyelerakan...
ReplyDeleteNampak memang sedap.. Terasa berkobar nak buat. Tapi lepas tengok resepi dan step.. Allah.. Heheheee terus jadi malas. Ahaks :p
ReplyDeleteamboi sedapnyaa.. tergoda tengok ni :D
ReplyDeletewah sedapnya
ReplyDeletesmpi ati akk...tunjuk je kt sini bkn nyer nk kirim sepotong dua kat kita ni sob sob sob...
ReplyDeleteSedapnyaaa kek choc ni 😂
ReplyDeleteGebunye kek, mesti sedap...insyaAllah nak try buat nanti...harap2 jadilah
ReplyDeleteGebunye kek, mesti sedap...insyaAllah nak try buat nanti...harap2 jadilah
ReplyDeletesedapnyaaaaa kek coklat cheese lava nie. meleleh air liur tgk
ReplyDeleteSedpnya cake cklt cheese lava nie....
ReplyDelete