Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah dua kali buat tapi terperap kat draf tu dah dekat sebulan dah. Inilah jadinya kalau terlebih vitamin M.
Sejak anak-anak Amy ke British Counsil rajin pulaklah Amy ke Subway maklumlah kat bawah tu ada Subway ngan The Coffee Bean & Tea Leaf aje yang Amy nampak. The Coffee Bean tu memang Amy tak gi lah, kalau sorang ok kalau berlima...
Kalau tak sempat nak beli makanan untuk masa break biasanya Amy belikan cookies aje kat Subway tu tapi biasalah kan satu sorang mana cukup jadi terpaksalah mamanya mencari resepi.
Kali pertama Amy buat satu adunan ... Amy tengok dan bagi arahan aje yang mengadunnya si Faris, sibuk aje dia nak buat. Kali kedua pulak Amy buat malam, Faris mengendeng nak tolong tapi nak cepat punya pasal dia dapat tolong tengok aje hehehe.
Amy bulatkan siap-siap malam tu pastu simpan dalam peti ais. Keesokkannya sebelum gi British Counsil Amy bakar sikit dan bakinya bila anak-anak teringin baru bakar lagi.
Senang buat siap-siap tinggal bakar aje bila nak makan.
CHEWY CHOC CHIP COOKIES
Resepi Oleh : Tengku Marceline Tengku Finn
Rujukkan : Masak Apa Hani Ni
Diambil dari : Kak Azlita masam manis
Bahan-bahannya:
115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak.
Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang.
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje.
Kemudian masukkan telur dan vanilla.
Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata.
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream, scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi. Amy guna sudu dan bulatkan guna tangan.
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang.
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar.
Amy bulatkan macam ni guna tangan dan simpan dalam peti ais.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Amy bakar selama 15 minit.
Jika suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai.
Bila dah keluarkan dari oven biarkan sekejap pastu Amy angkat dan sejukkan. Kena betul-betul sejuk sebelum simpan.
Memang tak rugi cuba resepi ni, memang sedap. Ranggup kat tepi-tepi dia dan chewy kat tengah.
Weeyyy sedapnya amy :)
ReplyDeleteAfter dah panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 180C tu, masukkan doh dan bakar cookies selama berapa minit ye amy?
ReplyDeleteBakar 15 ke 18 minit. Selalunya kalau 18 minit tu dah garing dah
DeleteAkak saya masak biskut ni dalam dia punya texture jadi mcm kek pulak... empuk.. kenapa eh
ReplyDeleteCuba lama kan sikit masa bakar tu. Biasanya kalau dah sejuk dia akan lebih keras dr waktu lepas bakar.
DeleteSuhu kena ikut oven sebab lain oven lain suhu dan waktunya.
Dlm oven tu pakai api atas ke bawah? Ke pakai api atas bawah?
ReplyDeletesaya pakai api atas bawah.
DeleteKak . Tepung jagung tu nk masok bila
ReplyDeletetepung jagung masuk sekali dengan tepung gandum... sorry tetinggal.
Deletesis.. butter tu perlu dicairkan atau tak perlu ??
ReplyDeletetak perlu.
Deletebutter brp byk?
ReplyDeleteSedapnya..ni klu wat confirm xsempat simpan
ReplyDeleteManis tak cookies ni kak? Nak buat lah tapi mak saye bukan jenis makan manis-manis 😅
ReplyDeleteKalau anak akak ok aje manisnya tapi kalau untuk yang tak Sika manis, akak rasa kurangkan sikit gulanya.
ReplyDeleteHi Sis, klau guna oven jenis api bawah shj, texture cookies akn jd sma juga ke? sbb tkut nnt garing bwh je, atas lembik. Haaa...
ReplyDeletehalamakkkk best ni.. kena buat ni...
ReplyDeletesis simpan dlm peti sejuk tu kan adunan tu simpan dalam bekas tertutup atau dlm mangkuk je?
ReplyDeleteKalau pakai magerin jadi tak?
ReplyDeleteutk resepi ni boleh dpt brp bnyk cookies eh?
ReplyDeleteNak tnya kalau xada gula halus.. Boleh guna gula icing x
ReplyDeletekalau terletak lebih tepung nak buat macam mane.
ReplyDeleteade cara tak nak adjust gula kasi tak manis sangat....takut tak solid
ReplyDeletesedapnya lepas ni nak try, kalau ada yang cari botol plastik boleh try baca kilang botol plastik
ReplyDelete