Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Chocolate Brownies Kedut ...


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amboiii angin rajin tengah melanda ni oven kat dapur tu asyik berasap aje hehehe.

Amy buat brownies pagi semalam sebelum tong gas buat hal ... buatnya kalau gas abis masa nak double boil coklat kan ke parah. Resepi brownies ni dah setengah tahun terperam baru semalam Amy 'try test'nya. 

Inilah brownies yang pertama yang Amy buat. Sebelum ni pernah beli brownies Kartika Sari masa kat Bandung... memang sedap brownies tu. Lepas tu tak de pulak terlintas nak beli atau nak makan brownies lagi. Mungkin Amy lebih suka kek kot.

                     Kek coklat sedap dan moist
                                Kek Butter senang dan sedap




Seperti biasa resepi ni Amy ambil dari blog kak Azlita ... Terima kasih kak Azlita untuk resepi yang sangat sedap ni. Banyak yang Amy dah belajar dari blog kak Azlita.

Semalam satu rumah berbau wangi coklat ... Amy suka hehehe. Kebetulan masa Amy tengah potong brownies ni semalam cina tong gas tu datang dan nampak brownies ni kat atas kaunter dapur. Banyak kali dia tanya Amy buat sendiri ke.




 Niat hati nak tapaukan dia brownies ni sikit tapi masa tulah cari bekas tak jumpa semuanya besar gedabak jadi dapatlah dia seketul aje. Punyalah happy cina tu.  Amy tak rasa lagi dia dah rasa dulu tu. Dia kata sedap, tak manis sangat. Rasa kembang telinga ni masa tu hehehe.



Brownies ni senang sangat nak buat tak payah pakai mixer. Guna whisk atau senduk kayu aje. Coklat dan butter yang berkualiti akan menghasilkan brownies yang lebih sedap dan tekstur yang yang lebih lembut.

Kat rumah ni memang jarang sangat ada tepung naik sendiri ... adalah 2-3 tahun sekali kot. Amy tak guna tepung naik sendiri untuk resepi ni. Sebenarnya Amy takut tak jadi brownies ni bila tak pakai tepung naik sendiri tu, dalam hati Amy kalau tak jadi lepas ni Amy akan buat lagi guna tepung yang betul.



Untuk 100g tepung naik sendiri tu Amy guna timbang dulu 1 1/3 sudu kecil baking powder dan bakinya tepung gandum dan ayak. Maksud Amy total baking powder dan tepung 100g.

Dalam resepi tulis dark chocolate tapi Amy pandai pandai tukar milk chocolate. Amy suka dark chocolate tapi tak leh makan banyak nanti sakit kepala. Irfan pulak langsung tak boleh kena sebab nanti dia cirit birit so jangan cari pasal kalau sikit tak pe tapi untuk resepi ni nak guna 400g.

Saja Amy beli coklat yang bentuk coin tak payah susah payah nak potong dah tinggal timbang aje.



Chocolate Brownies Kedut.
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

Bahan-bahan:

400g dark chocolate compound - Amy guna milk chocolate
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
100g gula perang
100g gula castor
150g unsalted butter - Amy guna SCS
4 biji telor A
1 sk esen vanila




Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.




Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Sepatutnya tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan tapi Amy buat terbalik pulak. Bekas coklat tu kocik benau tak muat lerrr.

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk coklat tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.



Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter. Amy guna loyang 9' aje tu yang brownies Amy tebal sikit. 

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.




Oven Amy pulak .... selepas 30 minit masih lagi tak masak, boleh main goyang-goyang lagi. Amy guna api atas bawah. Selalunya Amy guna api atas bawah suhu 170-180 untuk kek. Amy slowkan suhu ke 150 dan bakar lagi selepas 10 minit pun tak masak lagi last Amy naikkan ke 170 api bawah 5 init dan lagi 10 minit api atas bawah ... barulah masak. Tulah pasal brownies Amy tak cantik siap terbelah lagi.


First time lah katakan ... hehehe nak sedapkan hati sendiri.

Brownies ni memang sedap ... tak manis sangat semua suka kecuali Nasiim. Nasiim dah tak boleh nak telan kalau adik beradik kek coklat ni tapi kalau coklat yang tu laju aje dia kendurikan.

Lain kali nak buat lagi ... rasanya macam 2-3 hari lagi aje hehehe.

Chocolate Mousse Brownies...

Assalammualaikum...

Salam Jumaat kepada semua.. Hari ni Amy nak share resepi Choc Mousse Brownies yang sangat sedap.


Resepi ni Amy jumpa kat blog Kak Azlita.. tergoda ngan gambar yang cantik + Kak Azlita kata sedap apalagi terus copy resepi ni. Terima kasih kepada Kak Azlita kerana kongsikan resepi ni.

Rupa macam kek tapi namanya brownies... Amy pun tak tau nak panggil kek ke brownies. Amy buat kek/brownies ni untuk family gathering pada hari Wesak yang lepas. Resepi ni kena pakai springform 18cm tapi Amy tak de Amy pakai aje loyang biasa saiz 18 inch tu tapi yang bawahnya boleh di tolak ke atas... apa namanya pun Amy tak tahu.. hihihi. 

Resepi ni senang sangat... tak rugi mencuba.




Choco Mousse Brownies 
by:Yani
Diambil dari Kak Azlita

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies 
45g butter 
65g gula halus 
1 biji telur 
50g tepung gandum 
1/2 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar serbuk koko 

Chocolate Mousse 
140g coklat masakan 
1 sudu besar gelatin 
100ml air 
2 biji telur putih 
200g whipping cream 
40g gula halus
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse. Sama mcm kak Azlita...Amy campurkan dgn Milo supaya tidak terlalu pahit.