Showing posts with label Lumut. Show all posts
Showing posts with label Lumut. Show all posts

Makan malam di Horizon Garden.

Assalammualaikum...

Semenjak adé kat Lumut ni, makan luar ajelah tak masak pun...hihihi masa nilah nak cuti memasak tapi asyik nak kene fikir nak makan ape n kat maner pulak. Kalau nak masak... nak kene beli mcm2 pulak pastu kene angkut balik kl, malaslahhh.

Semalam, hubby amy balik dr opis aje terus kami sekeluarga keluar makan. Kali ni try kedai yang kat bawah ni.. Horizon Garden kat Manjung.



Gambar ni ambik masa nak balik. Masa datang tu hujan masih turun lagi tak leh nak ambik gambar.



Dah lapar sangat,  makan nasi dulu. Lauk tak sampai lagi.


Gambar lauk dah kene makan.. dahhh, lauknye sampai satu2.



Takpelah sekali sekala dlm setahun dua makan mahal. Lepas ni tak dapat dah, nak makan macam ni kene masak sendiri lah jawabnye.

Walaupun mahal tapi puas hati.. lauknya sedap nak kuantitinye pun banyak sampai bungkus bawa balik. Haiiii kalau datang Lumut ni memang  KG akan bertambah2. Balik KL nanti kene diet balik ni...

Cuti Sekolah di Lumut Part 2

Assalammualaikum............

         Weekends ni tak de gi maner2.. duk kat rumah aje... hujan. Malam tadi pun, gerhana bulan tak dapat tengok kerana kat sini hujan lebat.




Semalam lunch kat Restoran Ah Choon ni.. Jangan risau tau.. tauke dia tu islam. Nasi goreng dia adalah yg paling murah pernah aku makan kat Manjung dan lumut (RM 3.50), Tapi yang sedap adalah Udang lipan..mungkin banyak kedai yang sediakan udang lipan ni tapi tak terjumpa lagi.



 Selepas makan, kebetulan lalu kat depan opis en hubby.. so singgah kejap kat Taman Paya Bakau ni. Betul2 depan opis dia.



                 Kat sini ade banyak monyet dan monyet2 ni tak takut orang.. kita balik takut kalau dia mencapai barang kita.





Selepas tu, gi beli buah rambutan, manggis dan cempedak. Sepanjang jalan menghala ke Teluk Batik ni ade ramai yang menjual buah-buanhan tempatan. En hubby aje yg turun beli..


5:30 pm pulak gi Setiawan dengan family aisyah. Tengok wayang citer Puss in the boots 3D. Bukan main happy lagi anak-anakku, tapi sayang... 3D glass nya budak2 ni tak boleh pakai..adisi kecil belum direka lagi lah....



3 Layer Tea
Sebelum balik rumah.. singgah dulu kedai mamak. Setiap kali gi Lumut mesti nak tea ni.. dah jadi kemestian pulak. yang gelap tu nira nipah (bukan air nira tau). Rasanya memang best.

Rasa-Rasanya, kat KL ade tak air ni?



Cuti Sekolah Di Lumut Part 1.

Assalammualaikum..


Dah dekat setengah tahun en hubby ku kerja kat Lumut ni. Cuti sekolah ni, kami tinggal dengan en hubbyku di sini.. tak taulah ade berape part nanti cerita kat Lumut ni. Walaupun dah banyak kali dtg sini tp tak pernah lagi bawa anak2 berjalan sekitar apartment yang kami duduk ni.


Petang semalam, selepas en hubby ku balik dr opis.. walaupun dah lewat (pukul 6:35 pm) ajak jugak dia turun.. tak kira sape suruh selalu balik lambat.


Ni pemandangan dari balkoni. Belakang Apartment yang kami duduk. 




Ni pulak pemandangan depan apartment.. mengadap hutan, rumah usang, pokok sawit yang kecik lagi dan satu2nya jalan raya ke Lumut.


Apartment ni aje yang ade kat tengah2 hutan ni..kedai semuanya jauh..Tak boleh nak bergerak kalau en hubby aku tak ade kat umah.



Anak-anak ni pulak.. macam tak pernah jumpa tanah.. semuanya benda pelik.






Bukan main lagi anak ku yang besar tu.. dah dekat maghrib ni.






Sepanjang hutan paya bakau ni ramai org datang memancing.. yang pakai bot pun ramai. Monyet pun banyak jugak.  Kat sini, selain kucing,anjing..monyet pun ade yg jadi korban jalan raya. kesian..kesian.