Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Mandi Wajib Selepas Subuh Semasa Bulan Puasa. Sahkah Puasanya?


Ramadan Dan Anak-Anak...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Sejak kebelakangan ni agak terabai blog Amy ni, lebih-lebih lagi bulan ramadan ni. Kalau tahun-tahun lepas ada aje yang nak di up datekan tahun emmmm. 

Sekarang ni pepagi mesti sakit kepala dan mata pun rasa macam nak tutup aje jadi lepas mengemas-gemas mesti nak kena lelap kejap.


Amy rasa macam tak de mood nak buat biskut raya tahun ni tapi buat jugaklah 2-3 jenis kotttttt.

Semalam buat biskut coklat chip, biskut yang mesti ada setiap tahun. Buat lebih sikit sebab nak bawak balik kampung sekali. Suruh anak-anak soleh ni tolong kejap aje siapnya lagi pun diorang seronok kalau suruh benda-benda macam ni (sebab selalu tak dapat).

Resepi ada di sini.

Amy rasa biskut tu macam tak sampai raya aje masing-masing balik terawih terus mengadap biskut tu. 



folio sains tingkatan 2

Folio Sains Irfan... Sc Form 2

folio sains tahun 5

Projek sains Faris Folionya entah manalah dia letakkan. Sains Tahun 5.



folio sains tahun 3

Folio Sains Nasiim... Sains Tahun 3.

Cuti sekolah ni anak-anak soleh ni semua ada folio yang hendak disiapkan. Irfan dah Faris dah boleh buat sendiri tapi si Nasiim tu kenalah mamanya yang tolong dia tinggal lekat gambar dan salin aje.

Alhamdulillah masing-masing masih penuh puasanya, nasib baik cuti sekolah. Minggu depan bila sekolah dah start + sek Kafa habis pukul 4:30 pm mulalah dugaan untuk mereka. 

Ramadan Datang Lagi...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan bertemu dengan ramadan lagi. 

Esok kita mula berpuasa malam ni dah start terawih. Amy dah ingatkan anak-anak Amy awal tapi minggu ni tiap-tiap hari supaya diorang bersedia terutamanya si kecik tu.



Cara menyambut Ramadan (copy dr WA group..😀)

● Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan org yg mendengar menjawab  "Allahu Akram"
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya " Allah lebih Mulia"

● Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri-seri tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn AMALAN dan TAQWA


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua.

Mee Hailam campak-campak aje...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam kami berbuka puasa dengan menu yang ringkas lagi, Mee Hailam, puding jagung lagi dan air sarsi aje. Ringkas kan. Puding jagung hari sebelum tu masih ada lagi jadi kena habiskan dulu baru boleh cuba resepi yang lain. 



 Resepi mee hailam ni Amy dapat dari MIL jadi Amy tak pasti kalau ada resepi yang sama. Resepi ni resepi campak-campak jadi Amy guna aje apa yang ada kat dapur dan tak ada sukatan yang khusus. Masuklah ikut suka. 


Mee Hailam campak-campak.
sesuka hati bagi nama ... heheh.



Bahan-bahannya.
1. Mee 500g - kalau ramai tambahlah lagi.
2. Halia ditumbuk - Amy guna 1inch kalau nak lebih pun ok aje. Kadang-kadang Amy guna seketul. 
3. Bawang putih 3-4 ulas ditumbuk.
4. Udang, sotong dan sedikit daging.
5. Sos - gunalah apa yang ada. Amy guna sos tiram, sos tomato, sos cili, sos lada hitam, kicap manis dan kicap pekat.
6. Air secukupnya.
7. Sayur - Amy letak aje sayur yg ada dlm peti tu tapi kalau ada sawi lagi sedap.
8. Telor sebiji.
9. 1 sudu besar tepung jagung - bacuh dengan air sikit supaya dia larut.

Caranya.

1.Tumis halia dan bawang putih pastu masukkan daging, udang dan sotong. Biarkan sekejap.
2. Masukkan semua jenis sos dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan air ikut banyak mana yang kita suka. 
4. Masukkan tepung jagung.
5. Masukkan telor. Biarkan sekejap aje dan kacau supaya nampak macam bertali-tali putih dalam kuah tu.
6. Bila daging, udang dan sotong dah masak masukkan sayur pulak.

Amy tak masukkan garam dan gula sbb dah ada banyak dlm sos dan kicap.
Kalau nak pedas boleh masukkan cili padi atau cili besar.

Senang kan resepi ikut suka ni, guna aje apa yang ada yang penting jadi dan sedap.   






Juadah Berbuka 18 Ramadhan...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kononnya semalam Amy ingat nak masak nasi putih dan goreng ayam aje. Lepas tu teringat pulak sotong kembang kat dlm peti ais tu tak berusik lagi + kalau ada sambal sotong pun sedap jugak. Pastu kalau sambal sotong makan ngan nasi lemak lagilah sedap. Akhirnya menu petang semalam nasi lemak, ayam goreng dan sambal sotong.



Ayam tu Amy gaulkan dengan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan garam. Perap sekejap sebelum digoreng.

Sambal sotong tu pun Amy buat dengan cara yang paling senang. Amy tumis bawah merah yang dah ditumbuk kemudian masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili gareng dan barulah masukkan sotong. Bila sotong dah masak masukkan asam jawa sikit dan garam ... dah siap. 

Nasi lemak masak seperti biasa jugak. Tak de special pun. Manisan pula Amy sediakan puding jagung. 



PUDING JAGUNG
Resepi oleh : Kak Haneliza

1/2 cawan tepung kastard
1/2 tin susu cair ~ 200 ml
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar margerine
2 cawan air
1/2 tin jagung dalam tin

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas dapur dengan api yang sederhana hingga naik wap. meletup-letup dan berkilat
Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah di oleskan dengan sedikit minyak
Sejukkan

Hidangkan dengan baki jagung dalam tin - Amy guna semua jadi tak de baki... hehehe.



Air Cincau 
- Amy guna cara yang paling biasa.
- Cincau dipotong dadu.
- Gula secukupnya - Amy guna 8 sudu besar. 
- Air panas sedikit agak-agak boleh melarutkan gula.
- Tambah air sejuk , Amy masukkan cincau dan ais... dah siap.
- Cara yang semua orang tahu kannn.





Bihun Sup Utara dan Cucur Udang Yang Sangat Sedap ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiap-tiap hari makan nasi tapi sekali sekala kenalah tukar. Dua hari yang lepas Amy cuba resepi bihun sup utara pulak. Selalu makan bihun sup dengan sambal kicap tapi kali ni dgn sambal kaler merah pulak. 

Kalau makan bihun ni rasa macam tak kenyang jadi Amy gandingkan pulak dengan cucur udang. Resepi Cucur Udang ni pun Amy ambil dari blog kak Azlita jugak. 

Satu adunan tu dapat banyak... satu mangkuk besar, punyalah banyak. Amy hantar rumah MIL sikit dan bakinya masih banyak.  Tak sangka anak-anak dan en hubby berjaya menghabiskannya ... nak gambarkan sedapnya tu sampai ada yang bertanya ada lagi ke tak. Tak rugi cuba resepi ni... memang sedap.



 Sup tak boleh letak siang-siang jadi Amy tunggu dah dekat buka baru nak letak. Kononnya nanti dah dekat berbuka baru letak sup dan sambal untuk bergambar sekali terlupa dah dekat nak azan baru teringat.  Amy terlupa letak sambal untuk bihun tu untuk gambar ni... huhuhu.



Bihun Sup Utara
Resepi Oleh : Ida Shahida

Resepi ni dapat banyak, Amy buat 1/3 aje dari resepi ni.

Daging 2 kilo
Tulang 2 kilo
atau
kalau ayam beli yang tulang kerangka sahaja 3 ekor
Isi ayam 6 ketul

3 batang serai ~ di ketuk
3 inci lengkuas  ~ diketuk
3 inci halia ~ diketuk
2 labu bawang putih ~ di hiris 
7 biji bawang merah ~ di hiris
Daun leek * salery * ~ diptong besar 3 inci ~ ika ada

2 sudu besar gula 
secukup rasa pak aji
2 kiub ayam atau  daging maggi ~ saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedalam masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)
1 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedalam periuk sup
2 sudu teh garam
6 batang kulit kayu manis
8 bunga lawang 
10 buah pelaga 
2 bungkus perencah 'sup tulangj
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

Masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Masakkan di atas api. 

Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. 
Biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. ~ air boleh di tambah jika surut 
Setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi ~hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.

Teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...bolehlah di rasa kuah sup ini. 
Sebatikan rasanya seimbang. 
Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. 
** untuk pengetahuan:
 kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

BIHUN 

1 1/2 kampit bihun yang besar ~ rendam bihun bersama 1 sudu teh serbuk kunyit. 
Bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab. 
Celur dalam air didih-2-3 minit saja

HIASAN

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk ~ dipotong kiub kecil kecil 
Daun sup ~  dihiris halus 
daun bawang ~ di hiris halus
1 kampit kecilbawang goreng 
100gram lobak masin - dicincang halus halus



Cucur Udang Rangup
Resepi : Madiha


Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci dan tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 gengam taugeh
1/2 batang karot ~ di sagat kasar
2 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan

Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian di ayak
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  
Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  
Habiskan kesemua air & kacau rata.
Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  
Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
Bila cucur timbul,  cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
Bila dah garing, angkat & toskan.
Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas atau suam untuk nikmati kerangupannya.  



SOS CILI

6 batang cili merah 
3 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit bijan

Satukan cili merah dan bawang bersama sedikit air dan kisar halus
Masukkan dalam periuk dan masak hingga didih
Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa ( ita guna gula perang )
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam cili tadi
Biarkan kuah pekat
Angkat dan taburkan bijan
Sedia di hidangkan bersama cucur udang 


Hujan lebat...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Musim hujan ni kesian peniaga bazaar ramadan. Hari Sabtu lepas Amy pergi bazaar ramadan di Desa Pandan. 



Masa Amy datang tu hujan baru rintik-rintik tapi bila tak lama lepas tu hujan turun punyalah lebat. Siap ngan angin kuat lagi ... tudung pun nak terbang heheh.




Amy yang berdiri kat tengah-tengah tu pun basah sehingga ke peha.    Kasut pulak rasa macam penuh air aje.

Kesian diorang terpaksa bungkus semula. Ada kes khemah tu tiba-tiba bocor habis makanan kena air.

4 Ramadan yang simple...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni menu yang simple aje untuk berbuka puasa tak de kuih muih.. hujan menyebabkan Amy bertambah berat kaki nak gi membelinya... hehehe.

Hari ni Amy tak tau nak masak apa... mula-mula ingat nak buat jemput-jemput kurma tapi teringin nak makan roti jala jugak.



Sebenarnya dah lama Irfan minta buatkan roti jala tapi kesempatan nak membuatnya yang tak ada. Roti jala ni bahan ni nak buatnya senang aje tapi Amy ni yang malas berdiri lama-lama nak menjalanya. 



Roti jala ni Amy buat 2 adunan. Masing-masing kalau makan roti jala ni bukan cukup 2-3 ketul sorang. 




Roti Jala

Resepi Oleh : aishiteru81

Rujukan : My Resepi 

Bahan-bahannya :


2 cawan air 
2 cawan tepung gandum 
2 biji telur 
1/4 cawan minyak 
sedikit pewarna kuning 
sedikit garam
acuan roti jala ~ kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.

Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata. 
Tapis adunan tadi. 
Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala. 
Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
Tak payah terbalikkan. 
Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan.
Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air .



Air Mangga.

Buah mangga yang Amy kopek semalam tergolek-golek aje dalam peti ais tu. Daripada terbiar aje kat dalam tu tak dimakan baik Amy jadikan dia air.

Amy blend mangga + gula + ais cube = jadi dah air mangga.



 Bubur Lambuk.

Hari ni FIL Amy hantar bubur lambuk lagi. Bubur lambuk Masjid Maluri ni boleh tahan juga sedapnya. Amy letak sambal ikan bilis lagilah bertambah sedap. Sambal Ikan bilis tu Amy beli dari kawan saja buat stok bulan puasa ni. Asyik rasa sambal sendiri aje nak jugak merasa orang lain punya.




Selamat Berbuka.