Showing posts with label SiBulus. Show all posts
Showing posts with label SiBulus. Show all posts

Luna n Lulu - Spay Surgery.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sekejap aje dah 10 hari kita melangkah ke tahun 2022. Selamat tahun baru semua.

Dolu-dolu aku tahu kucing jantan aje bising-bising cari girlfriend, aku tak tau kucing betina pun tak terkecuali jugak. Minggu lepas kita semua melangkah ke tahun baru si Lulu pulak melangkah menjadi kucing 'betina'.  



Mula-mula pelik jugak tengok keadaannya tak tentu arah, paling tak tahan dia punya bising... macam kena dera.Tak pasal-pasal nanti dapat komplen dari jiran tetangga pulak. Lepas 5 hari si Lulu dah ok si Luna pulak .... stress betul. 

Bayangkan sebulan dua kali ... Siang-siang dia ok dah malam bila time kita nak tidur dia start bising, aku dan en Hubby tidur kejap-kejap bangun. 


Selepas rujuk sana sini akhirnya kami pun bawa si bulus 2 ekor ni ke klinik untuk dimandulkan. Kalau kucing yang bebas keluar masuk rumah ... mungkin lain cerita tapi buat 2 bulus yang sentiasa dalam rumah mungkin ini yang terbaik untuk kesihatan meraka dan kesihatan metal kami sekeluarga. 


Hari Jumaat pagi kami pergi vet klinik yang sama dengan yang sebelum ini. Ramai yang kata vet klinik ni ok tapi agak mahal. 


spay surgery

Sebelum spay surgery, doctor buat pemeriksaan fizikal dulu kemudian blood test. Ambik masa lebih setengah jam tunggu keputusan. Sebelum datang sana si Bulus tu dah puasa dalam 10 jam.
 Sebelum buat blood test doktor maklumkan kadar bayaran, rupanya blood test harga lain dan spay surgery harga lain. Dalam hati... speechless.

Doktor terangkan satu-satu tentang keputusan blood test tu,  tentang hati, buah pinggang, blood platelets dan macam-macam lagi. 

Pukul 4 lebih diorang call beritahu si Lulu dan si Luna dah sedar dan semuanya ok. Si Bulus 2 ekor tu warded semalam kat sana dan Sabtu pagi aku datang ambik. 

 

Si Luna - hari kedua. 


Si Lulu - hari ke 3. 

Luka si Lulu nampak ok tapi si Luna bengkaknya tak surut lagi. Doctor kata kalau dia jilat lukanya kena bawa dia ke klinik semula tapi setakat ni tak de lagi dia jilat luka dia. Luka pun nampak bersih kering.

Tengoklah satu dua hari camner, kalau tak surut jugak kenalah bawa pergi klinik lagi sekali.

Aku punya Pets

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Buat masa ni aku ada 3 ekor pets, 2 ekor dapat free dan sekor lagi tu ... ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ duit tabung aku. Pet yang $$$ tu dah bertahun menjadi idaman kalbu tapi tahun ni beli itu disebabkan pet lagi 2 ekor tu.


Lulu and Luna

Si Lulu dan yang belakang hidung comot tu si Luna.

Budak bulus 2 ekor ni ... langsir, sofa, tisu, pendek kata semua dalam rumah ni harta dia. Semua ada trade mark dia. Tudung aku pun ada tanda dia. Bila kita sibuk mengemas dia sibuk mengembur. Pantang jumpa tisu abis ler satu rumah jadinya. Pendek kata si bulus ni penghibur hati, pengembur rumah dan tukang tambah kerje aku.




Pet aku yang sekor lagi ... si Robot berketurunun Roborock.



Walaupun bertahun ambik masa fikir nak beli ke tak tapi bila dah beli tu rasa berbaloi sangat. Tiap-tiap hari dia tolong vakum bulu si bulus yang bersepah satu rumah. Lantai pun dia tolong mop sekali.
Walaupun harga dia mahal masa beli lepas tu tak banyak citer dah. Caj bateri sampai penuh, bersihkan tempah sampah dan mop. Sekali sekala tukar spare part, tu aje.
Kalau dibandingkan si bulus dengan si robot. Si bulus tu punya 'maintenance' lagi banyak citer dan banyak ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ.


Happy ler dia tu...







Si Lulu Sakit Mata

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mulanya nak ambik si Luna aje tapi bila tengok keadaan si Lulu yang masa tu sakit mata (comot habis), aku takut tak de orang nak ambik dia. 

 Pagi pagi aje kena bersihkan mata dia kalau tak mata dia tak boleh buka. 

Kesiannnn.

Kena guna kain lembut yang lembab dan suam.


Ubat kucing sakit mata

Ni Lulu lepas kena vaksin... sakit mata dah lama baik heheh.


Risau juga sebab anak kucing Amy dulu maknya yang setelkan masalah tu... heheh.

Kawan Aku yang bela berbelas ekor kucing bagitau, dia bawa kucing pergi klinik tapi ubat mata yang diberi sama macam ubat mata dia... 

Kenalah pergi farmasi beli ubat mata. Padahal klinik haiwan tu lagi dekat dengan rumah. Siap ler minta ubat mata untuk budak kecik ๐Ÿ˜….

Ubat mata tu guna satu titik aje (sikit aje bukan satu titik yg banyak) selepas mata dibersihkan. Keesokkan pagi mata dia tak kena gam dah. Sekali tu aje guna ubat mata. 

Alhamdulilah.


nota kaki : draf bulan ogos dulu baru ni nak publish :)

Dos pertama untuk Luna dan Lulu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam lawatan kedua Luna dan Lulu ke vet clinic. Berat dah lebih 1kg, dah boleh ambik vaksin untuk anak kucing. Klinik yang kami pergi tu dekat dengan rumah tak sampai 5 minit dah sampai.