hilmirdadaud.blogspot.my

Akuaria KLCC Part 2

| On
November 22, 2012
Assalammualaikum....


Hari ni Amy nak sambung cerita Akuaria.. gambar sebenarnya ada byk lagi tapi Amy malas nak buat banyak part, so ... apa yang boleh masuk Amy masukkan sekali kat dlm ni... hihihi..

Tak mau cerita banyak layan ajelah cerita bergambar ni... 




En Shark yang sedang bersiar-siar ..




2 ekor jerung sedang berenang beriringan.. pusing2 pun situ jugak.. nasib ko lah jerung.



Itu dia... tak clear pulak gigi dia. Maklumlah kamera tipun aje. Rasanya kalau kat laut betul2 ni dah lama kami kena ngap ni... 


Si Penyu.. 


Mula2 masuk kat sini bukan main excited lagi budak2 ni..


Ni Amy bagi nama ikan polkadot.. sesuka hati aje kan hihihi..


Yang ni tak tau.. 


Ada banyak ikan pari yang basar2..


En hubby pun tak melepaskan peluang ambik gambar..


Ikan pari lagi... apasallah ko landing kat sini..




Ikan ni macam dlm cerita Finding Nemo lah, ikan ni bergerak dlm satu kumpulan ...



Ko pun pandai tidur telentang ekkk..


Comel..


Bayar mahal punya pasal, kami masuk tunnel tu 3 kali sampai budak2 ni dah bosan...





Sebelum keluar ada kedai cerderahati... kami tak beli pun, mahal.


Dah penat berjalan kononnya nak cari tempat duduk kat luar ni tapi basah pulak.



Kami parking kete kat Suria KLCC.. kenalah menapak balik ke sana. Masa datang kami lalu taman, masa balik lalu dlm ni pulak.


Masih lagi kat dlm tunnel..


Singgah Kinokuniya kejap..


Beli popcorn jugak..


Caramel crips...

Dari Jauh lagi dah berbau keenakan popcorn ni... perut masa tu dahlah tengah lapar apalagi tergodalah. Amy beli saiz M rm22... mahalnya, kalau dah terliurkan nak buat camner nanti asyik teringat-ingat aje.

Ok dah habis cerita Akuaria ni... lepas ni boleh keluarkan cerita2 basi yg Amy dah peramkan lama-lama tu hihihi..

3 comments on "Akuaria KLCC Part 2"

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)